Blog Member

Jumaat, 10 Februari 2012

demi politik....gadai aqidah pun tak ada masalah!!!!

dah entah kenapa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengeluarkan kenyataan yg sudah tentu akan ditentang oleh puak umno luar dan dalam.....

berita : Najib ‘gadai akidah’ hadir upacara Thaipusam di Batu Caves, tegas Harussani

sedikit sedutan berita :
Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,”

berita lanjut : SINI


depa tau ka apa itu aqidah??? setakat tau sebut saja, tak guna.....mana dia geng2 ulama muda dalam umno tu??? apa depa buat sampai boleh jadi lagu ni???

depa mgkn ingat perayaan Thaipusam tu mcm perayaan Tahun Baru Cina kot....inilah natijahnya apabila pendapat ulama diketepikan, dipandang sepi dan langsung tak ada kepentingan....demi politik, semuanya boleh....

satu perkara menarik lagi yg disebutkan oleh Harussani iaitu dia kata tiap2 tahun dia ada tegur isu ni....tapi masih lagi dok jadi.....itulah aku nk habaq kat Harussani ni....puak2 tu semua tak makan teguran punya... memang lah tak rugi kita menegur, tetapi dok tegur tak jugak mau pakai....lagi lah tak guna.... itu juga menunjukkan sikap sombong dan bongkak individu yang tak boleh terima teguran walaupun tau teguran tu mai dari orang yg punya authority dalam bidangnya.....

tapi, demi politik yg memisahkan agama dalam sebarang amal perbuatan, maka semua teguran hanya akan dipandang mudah dan ringan....sedangkan Allah dah jelas sebutkan bahawa semua dosa akan diampunkan KECUALI dosa syirik......

aku jugak nk tengok mana2 pihak yg pertahankan satu dosa syirik yg dibuat ini.....dah tentu akan ada yg pertahankan perbuatan tersebut dgn sejuta macam alasan....hahahaha....pertahanlah selagi boleh tetapi jgn lupa bahawa Allah Maha Tahu apa yg kita perbuatkan, malah belum berniat lagi Allah Maha Tahu....

sebenarnya banyak lagi lah perkara2 yg bertentangan dengan agama dibuat oleh umno ni....bezanya ada yg tidak menjejas aqidah secara langsung, namun ada yg menjejaskan secara langsung yg macam ini....bertaubatlah kamu sebelum kamu ditaubatkan.....

aku jugak nk tunggu komen2 pertahanan dari geng2 ILMU (ulama muda umno)....nk tengok apa depa nk kata....hujjah mana depa nk bawa.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...