Blog Member

Isnin, 13 Februari 2012

MB Terengganu lebih cerdik dari segala mufti yg ada

berita : Label ‘parti ajaran sesat’: MB Terengganu
berita penuh : SINI

kalau tak disebutkan oleh MB Terengganu ini pun, PAS dah lama dilabelkan begitu oleh seteru politik nya...cuma kali ini ianya di arus perdana kan kenyataan 'kurang ajaq' MB ini....ini juga menunjukkan betapa semua mufti dan cerdik pandai agama dok ada dalam negara bernama Malaysia ni sebenarnya tak lebih mahir bab agama berbanding MB sorang nih.....mana tidaknya, belum ada seorang cendikiawan agama di Malaysia atau luar Malaysia yang berani dan lantang secara terbuka melabelkan PAS sebagai "parti ajaran sesat"...


sebelum ini, dalam banyak juga perdebatan....aku cabar semua pihak termasuk mufti dan cerdik pandai seluruh negara duduk semeja dan berbincang utk memfatwakan PAS sebagai satu ajaran sesat lagi menyesatkan....dan jika benar ianya sesat, boleh memudahkan umno memonopoli politik negara....bab sesat ini juga bersangkutan dgn aqidah dan masa depan ummat Islam di Malaysia....adakah semua cerdik pandai agama sanggup membiarkan kesesatan menjalar ke setiap pemikiran ummat Islam di Malaysia??? maka, di sini sekali lagi aku cabar semua cerdik pandai agama utk tampil berhujjah atau bermuzakarah....jgn mudah2 utk menyesatkan orang lain tanpa dalil dan hujjah berdasarkan al Quran, nas, ijma' dan qias para Ulama....

Ahmad Said kata dia punya bukti!!! bukti apa yg dia ada??? aku amat berharap supaya keceluparan MB ini dibawa ke pengadilan di dunia dan insyaAllah kita akan tuntut di akhirat jika hujjahnya berdasarkan akal semata......

jika hanya berdasarkan apa yg disebut "Amanat Haji Hadi" dan seumpamanya telah diistilah sesat...apakah hangpa pernah menganjurkan sebarang majlis terbuka dan memanggil tuan tubuh menghalusi apakah yg dimaksudkannya??? adakah selama ini hangpa pernah dapatkan komen atau hujjah atau penjelasan sebenar mengenai apa yg dicakapkannya???......

sebaliknya, apakah dgn menanamkan ke dalam minda ummat Islam bahawa "hanya umno yg mampu mentadbir negara" tidak sesat??? apakah kata2 penghinaan ditujukan kepada Sunnah Rasulullah tidak boleh dianggap sebagai sesat??? apakah dengan beranggapan bahawa perlaksanaan hukum Hudud itu hanya sebagai 'salah satu' atau hukuman alternatif tidak boleh dianggap sebagai sesat??? dan apakah tindakan berdiam diri dengan penghinaan rakan sekutu hangpa terhadap hukum agama Islam tidak boleh dianggap sebagai sesat juga???

bagi aku, aku tidak kisah kalau PAS dilabelkan dengan ajaran songsang, sesat dsb....kerana itu adalah mehnah dalam menyampaikan dakwah....malah Rasulullah berlebih lagi berhadapan dengan pelbagai rintangan, cercaan dan kesulitan....cumanya apabila melabelkan PAS demi semata2 untuk mendapatkan keuntungan politik....maka ianya perlu dihadapi secara politik juga....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...