Blog Member

Isnin, 13 Februari 2012

Hassan Ali patut terima nasihat Harussani ni....

berita : “Bagi saya biarlah beliau bersama NGO, jangan libatkan parti politik. Jangan pedulikan orang lain dan fokus kepada perjuangan,” - Harussani


aku setuju dgn nasihat Harusssani kepada Hassan Ali seperti di atas....cumanya aku nk bancuh sikit lah beberapa perkara....


pertamanya iaitu Hassan Ali dah dipecat sejak lebih sebulan yg lalu dan tempoh edah nya pun sudah tamat...tapi heran jugak kerana baru hari ini Harussani keluarkan kenyataan seperti ini....mgkn ada kenyataannya sebelum ini, tetapi sejauh pengetahuan aku yg meliputi kutub utara dan kutub selatan serta kutub khannah, tak ada aku dengar pulak komen Harussani sebelum daripada ini....cuma ini rasa aku pertama kali komen darinya....apa sebab ya!!! isu dah sedikit sejuk, dia baru nak komen.....hahahahaha.... ada kemungkinan juga wartawan tak pi tanya dia....ataupun ketinggalan keretapi ataupun nk seimbangkan kenyataan yg dikeluarkannya terhadap Najib beberapa hari lepas.....

walau apa pun, aku harap Hassan Ali terima nasihat di atas tu....oleh yg demikian, Hassan Ali tak payahlah dok dabik dada dgn Phd nya serta dok jaja merata pasai pemecatannya serta menyentuh sebarang isu berkaitan dgn PAS....apatah lagi dok pemuhong rata cerok pasai PAS....adalah lebih baik hang fokus kpd NGO tu, cuba utk tarik sebanyak mungkin orang Islam dari semua golongan tak kira lah ahli PAS ka, ahli UMNO ka...ahli PKR ka, mahupun ahli DAP dan yang tak berparti.....banyak kerja yg nk kena buat kalau dah letakkan sasaran utk memperjuangkan isu berkaitan aqidah ummat Islam....jangan dok nampak sebelah mata saja....PAS belum ada kuasa mentadbir negara, so...kalau dok kutuk sana sini keupayaan PAS, umpama hang kata kpd diri hang sendiri saja....sbb apa??? sbb hang sendiri pun tak mampu nk buat apa2 tanpa kuasa mentadbir......kalau setakat nk pi ranting yg terjelai menjolok mata, semua orang boleh buat...tapi esok, dia tumbuh balik jolok mata....sampai kapan pun tak sudah punya kerja....

zaman Rasulullah dulu, Rasulullah tak pi katok tak ketahuan berhala orang kafir, Rasulullah tak pi curah arak dari tong arak orang kafir, Rasulullah tak bakar rumah perjudian orang kafir....hanya setelah berkuasa mentadbir, barulah sedikit demi sedikit pencegahan dilaksanakan....itupun hanya tertakluk kepada batas2 tertentu......

masalah murtad di kalangan ummat Islam setelah Rasulullah wafat pun tidak diletakkan kesalahan kepada orang kafir....para Sahabat menyelesaikan masalah ummah melalui kuasa dan melalui kaedah Islam, bukan dengan menyerang dan menyalahkan agama lain.....aku pun harap JATI dapat memainkan peranan yg baik, tetapi sesungguhnya JATI akan jauh bezanya dengan PAS yg meletakkan kuasa pentadbiran sebagai jalan penyelesaian utama kepada kebanyakan permasalahan yg ada....apa yang PAS ingin adalah Islam mentadbir, bukannya Islam ditadbir....ini lah yg masih lagi tak difahami oleh Harussani dan Hassan Ali.....15 tahun Hassan Ali berada di dalam PAS bukanlah satu jangkamasa yg lama, sedangkan suami isteri hidup bersama lebih 20 @ 30 tahun pun masih lagi sukar utk memahami pasangan masing2.....apatah lagi PAS yg mempunyai lebih sejuta ahli dengan pelbagai pendapat....semuanya diraikan walaupun berbeza, tetapi arah tujuan kami hanya satu iaitu mendaulatkan Islam ke puncaknya......

Tiada ulasan:

Catat Komen

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...