Blog Member

Sabtu, 4 Februari 2012

masalah lebih 10 tahun pun masih belum selesai...jenis paku dulang lah ni!!!!

diberitakan masalah pembiakan lalat di kawasan terbabit dah berlarutan sejak 10 tahun dah....malah sejak berpuluh tahun dulu, umno dan be end lah yg silih berganti menjadi wakil rakyat kawasan ni....apa ke hal...masalah dh dekat 10 tahun masih lagi belum selesai....kalau kena kt pembangkang, hangpa tujah macam2. Johor plak negeri keramat umno dari kepala sampai ke ekoq.....utamakan rakyat ka utamakan pangkat kalau camni punya cerita????

Penduduk minta campur tangan MB

NUSAJAYA - Penduduk daripada 14 perkampungan di Machap, Simpang Renggam, mendesak campur tangan Kerajaan Negeri dalam mencari kaedah penyelesaian segera selepas lebih 10 tahun menderita akibat masalah pembiakan lalat.

Penduduk Kampung Batu 6, Machap, Anuar Maslar berkata, penduduk tidak mampu lagi bersabar dengan masalah berkenaan.


Menurutnya, bagi mengurangkan serangan serangga itu dia terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri kira-kira RM300 untuk membeli perangkap lalat.

“Kita minta agar Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman datang sendiri ke kawasan Machap dan menyelami masalah yang dihadapi penduduk sejak sekian lama,” katanya kepada Sinar Harian.

Anuar berkata, paling menyedihkan sekiranya mengadakan majlis keramaian, makanan yang disediakan dihurung lalat sekali gus mengundang perasaan malu khususnya kepada tetamu yang datang dari luar kawasan mukim berkenaan.

Selain kampung berkenaan, kampung yang terjejas akibat masalah lalat termasuk, Kampung Hj Noh, Kampung Mat Amin, Kampung Baru, Kampung Bukit Keremoiyang, Kampung Paya Palembang, Kampung Ulu Benut, Kampung Empangan, Kam­pung Perak, Kampung Sima dan Kampung Sri Jaya.

Semalam, kira-kira 40 penduduk perkampungan berkenaan hadir ke Pejabat Menteri Besar, Kota Iskandar, di sini, dalam usaha bertemu Abdul Ghani atau wakilnya untuk menyerahkan satu memorandum bantahan mengenai isu berkenaan, termasuk mengumpul 500 tandatangan.

Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak Masalah Alam Sekitar Machap, Abdul Rahman Maslar berkata, sebelum memorandum berkenaan diserahkan kepada pihaknya telah terlebih dahulu berjumpa pengarah dua agensi kerajaan pada 31 Januari lalu untuk membincangkan hal berkenaan.

sinarharian.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...