gambar hiasan |
jangan dok pandai melalak saja, tapi tak bertindak....kalau yg mcm ni pun hangpa tak mau bertindak, mengaku sajalah yg hangpa hanya lebih suka 'berpolitik' dan mempolitikkan agama demi kepentingan peribadi hangpa......
mengaku sebagai pejuang Islam tulen, Melayu seJATI...orang lain tak berjuang Islam....maka usah ditangguh lagi....mulakan tindakan hangpa sebagai pejuang sebenar.....kami (PAS) tak apa sbb hangpa dok tuduh tak berjuang Islam pun.....
ataupun kalau negeri yg umno tadbir, judi boleh jadi 'halal'!!!!!
berita : Judi: 60 pengunjung beragama Islam ditahan
REMBAU – Seramai 60 pengunjung beragama Islam di premis perjudian komputer ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam satu serbuan di sebuah premis perjudian komputer berhampiran Taman Taboh Naning di sini, awal hari ini.
Dalam serbuan tersebut, pihak penguat kuasa JHEAINS turut merampas 41 unit perkakasan komputer yang digunakan untuk permainan perjudian selain wang pertaruhan berjumlah RM6,000.
Ketua Unit Operasi JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, kesemua yang ditahan adalah lelaki berusia dalam lingkungan 20-an hingga 60-an, ketika mereka sedang leka bermain judi siber di premis dua tingkat tersebut.
"Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau untuk siasatan dan diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan bon jaminan penguat kuasa dan dikehendaki hadir semula pada satu tarikh yang ditetapkan untuk membantu siasatan,” katanya kepada pemberita selepas serbuan itu di sini hari ini.
Ahmad Zaki berkata, pihak penguat kuasa turut menahan empat penjaga premis terbabit dan mereka telah diberi satu surat perintah hadir ke Unit Penguat Kuasa JHEAINS pada satu tarikh yang akan ditetapkan untuk tujuan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.
Operasi yang bermula pada pukul 12 malam dan berakhir 5 pagi tadi turut disertai anggota dari Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri. – BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....