berita : konsert Erykah
seorang penyanyi "funk", "hip-hop" dan "soul" yg bernama Erykah Badu....aku ada terbaca dalam satu laman mengatakan yg makhluk bernama Erykah ini adalah beragama Islam....hehehehe.....entahlah... kalau agama i-selam, aku rasa ya lah kot.....
berbalik kpd ceritanya....konsert Erykah ni di bawakan khas oleh sebuah syarikat organiser tempatan iaitu "Pineapple Concerts"....penaja bersama dgn bentuk penajaan masing2 termasuklah NTV7, AirAsia dan beberapa penaja lain yg tak begitu penting sangat untuk disebutkan......pertamanya yg penting iaitu siapa di belakang syarikat2 ini??? hangpa pikiaq ambik sendiri dan cari ambik sendiri....yg aku pastinya, tiada seorang pun di kalangan anak beranak pemimpin PAS yg dok belakang puak2 ni.....
dan kemudian, kita tengok bagaimana semua rakyat Malaysia cuba ditipu oleh puak2 pencari untung ini....hangpa cuba tengok gambar di bawah yg aku ambik dari laman web penganjur konsert ini
klik SINI utk ke laman web promosinya
apa yg kita nampak iaitu gambaran tatto tersebut adalah kosong....tidak punya sebarang tulisan kalimah Allah spt yg dihebohkan.....setelah aku teliti dgn menggunakan teropong lanun, aku mendapati bahagian tatto tersebut telah disuperimposedkan atau dgn kata lain telah dibuat pindaan dengan memadamkan tatto yg sebenar dan digantikan dgn warna kulit.....so, kita tak nampaklah sebarang tulisan tatto nya....so, hangpa tengok pulak gambar di bawah ini....
gambar di sebelah adalah gambar yg dipaparkan di dalam akhbar "The Star" hari ini (28/2/2012).....
setelah tersebarnya gambar dalam akhbar the star tersebut, ramailah pihak tampil mengutuk, mengkritik, memaki hamun dan juga meminta pihak the star memohon maaf.....
bagi aku lah....akhbar tersebut tak perlu memohon maaf, tetapi ummat Islam perlu berterima kasih kpd akhbar tersebut kerana tanpa pendedahan secara tak langsung yg dibuatnya itu, seluruh ummat Islam di Malaysia baru tau dan sedar, rupa-rupanya seorang penghina agama telah dijemput ataupun diberikan kebenaran oleh Kerajaan Malaysia bagi mengadakan konsert jelajah nya di Malaysia.....
akhbar the Star tak perlu mohon maaf kerana ianya sama sekali tidak menipu sesiapa....apa yg dipaparkan adalah yg sebenarnya iaitu sememangnya tatto tersebut wujud pada badan si Erykah penghina agama itu...cumanya rakyat Malaysia ditipu hidup2 oleh pihak2 tertentu seperti gambar poster kempen atau promosi Erykah yg aku paparkan di atas........
maka, yg sepatutnya memohon maaf adalah orang yg membawa Erykah utk mengadakan konsertnya di Malaysia dan pihak2 yg terlibat yg menaja konsertnya atau perjalanan konsert tersebut.....yg aku tahu, manusia di sebalik "Pineapple Concerts" adalah seorang beragama Islam dan dikatakan adalah merupakan anak bekas seorang pemimpin besar di sebuah negeri.....dah tentulah pemimpin umno....tak kan pulak anak pemimpin PAS!!!!!!
selebihnya dalam isu ini, aku nk tergelak dgn PERKASA yg hari ini mengeluarkan kenyataan seperti berikut : “PERKASA sedang rancangkan sesuatu. Tunggu dan lihat esok apa yang akan PERKASA lakukan jika konsert penyanyi itu diteruskan,” - Syed Hassan Syed Ali, Setiausaha Agung PERKASA....
sumber : SINI
apa yg depa nk buat??? entahlah.....jgn buat benda yg melanggar batas tatasusila, adab dan akhlak sebagai muslim dan manusia sudahlah.....tapi, aku lebih percaya tak ada pun akan berlaku......hehehehehe
PERKASA ni juga marahkan kpd akhbar the Star.....hahahaha....depa mmg anti sangat dgn akhbar MCA tu....tapi aku nk tanya lah jugak....apa pulak halnya dgn penganjur??? hangpa tak mau marah sama ka??? dan bagaimana pulak yg tukang lulusnya??? tak mau nk marah sama ka??? hehehehe......
disebutkan lagi jugak dalam laporan portal Malaysiakini, iaitu pihak PERKASA berkata "PERKASA (juga) seru umat Islam pulaukan The Star. Haram beli The Star kerana ia menguntungkan orang yang hina Islam,”
hehehehehe.....aku tak kisah pun dgn fatwa "haram beli" tu sbb aku tak pernah beli pun.....cumanya kalau nk ambik tindakan sebegitu, yg patut diharamkan sama adalah semua pihak yg terlibat dalam membawa penyanyi penghina agama tu ke Malaysia....kalau the Star tak paparkan gambar tu, adakah penyanyi tersebut akan jadi 'halal' mai buat konsert di Malaysia??? dan juga dalam bab ini, aku tak salahkan the Star 100% sbb dah tuan punya nya bukan Islam....depa tak tau lah yg perbuatan itu akan jadinya menghina Islam....tapi puak2 yg selama lebih 50 tahun dok tidoq sebantai dgn MCA tu buat apa??? apa tindakan depa selama ini utk memahamkan bukan Islam yg mana perbuatan mahupun perkataan yg dikatakan sebagai 'menghina Islam' dan yg mana tidak menghina!!!!!
dah cukup lah kot.....cumanya aku nk bagi maklum kat hangpa bahawa semua ummat Islam di Malaysia telah di tipu oleh pihak yg terlibat membawa penyanyi tersebut ke Malaysia....depa padamkan gambar tatto sebenar pada badan Erykah utk mengaburkan mata orang ramai....buat apa depa padam??? sbb depa tau, itu merupakan satu penghinaan kpd agama.....apa sebab depa padam??? sbb depa cuma nk cari untung dunia, walaupun Islam di hina......puak2 inilah yg sebenarnya menghina agama, jgn dok tuding jari hanya kpd akhbar The Star.......
dan jgn pulak ada dok kata yg tatto tersebut baru saja di cacah dan pengajur tak tahu menahu.....edisi siasat aku ke website rasmi Erykah mendapati tatto tersebut telah pun ada pada badannya semenjak awal tahun 2010 (atau mgkn lebih awal).....hangpa boleh lawat laman web rasminya di SINI
dalam aku dok bancuh ni, berita baru masuk menyatakan konsert tersebut telah dibatalkan...... pertamanya aku ucapkan syukur ke hadrat Allah.....sumber : SINI....
dan aku juga ucapkan terima kasih kpd akhbar The Star atas pendedahan tersebut yg membawa kpd keputusan pembatalan konsert berkenaan.....kalau tak didedahkan, kalau tak jadi kontroversi....adakah konsert tersebut akan dibatalkan??? adakah pihak yg meluluskan akan menarik pembatalan??? hah....puak2 ini memang sejak dulu "dah terantuk baru nk terngadah"....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....