tajuk berita : Nazri nasihat Shahrizat bayar RM250j
berita lanjut : SINI
hahahahaha....apakah ini lawak terbaru dari pemimpin kerajaan bertaraf Menteri ini???
pemimpin umno mmg tak sunyi dari mengeluarkan kenyataan bersifat lawak yang memualkan.....
kalau dulu, dalam kes liwat dan aksi video seks yg dituduhkan ke atas DSAI, pakatlah dok galak bersumpah semata2 utk membuktikan kebenaran.....herannya kalau bersumpah sekalipun, kes di mahkamah tetap berjalan....apakah kalau orang yg dituduh itu bersumpah, maka semua tuduhan boleh gugur secara automatik??? hahahaha....tidak juga....tapi itu lah yg dihebohkan kononnya kalau tak berani bersumpah, menunjukkan salah....kalau berani, itu menunjukkan benar......kalau lah semudah itu amalan keadilan, maka tak perlulah Allah turunkan ayat serta melalui sunnah Rasulillah menerangkan segala hukum jenayah dan lain2 jenis hukuman....mengapa tidak hanya Allah suruh bersumpah saja sudah boleh selesaikan masalah???
begitulah dangkalnya sebuah pemikiran yg tidak berpaksikan kepada kebenaran Islam, tetapi hanya bertunjangkan kebenaran yg dipaksakan......
dan lawak di atas tu menyebutkan Sharizat tak perlu letak jawatan, hanya perlu pulangkan RM250juta yg dipinjamkan.....so, kalau dah pulangkan....tutup cerita lah kot!!!! kalau begitu lah keadaannya, sang penyamun dan pencuri pun perlu diberikan keadilan yang sama.....kalau depa dah didapati ataupun dituduh mencuri, maka hukum saja "pulangkan barang yg dicuri, maka anda akan dibebaskan"....boleh gitu???
amat benarlah seperti sabda Rasulullah yang antara lain bermaksud di akhir zaman ini, bila orang miskin atau orang bawahan berbuat salah, akan dikenakan tindakan atau hukuman....tetapi kalau yg di atas, yang besar, yang kaya raya buat salah, dengan mudah akan dilepaskan.....ini juga sebenarnya suatu petanda hampir tibanya zaman kebangkitan dan sudah hampirnya kiamat yg dahsyat sebagai telah Allah janjikan....
adakah dengan memulangkan duit yg dipinjamkan, maka kesalahan penyelewengan yg dituduhkan akan terhapus begitu saja??? dan timbul lagi satu persoalan iaitu apa pasai Nazri Aziz tujukan nasihatnya kepada Sharizat??? sedangkan Sharizat bermati-matian tidak mengaku sebagai terlibat dalam segala urusan berkaitan NFC.....adakah dengan ini, boleh dikira sebagai satu pengakuan 'tidak sengaja' oleh Nazri Aziz bahawa Sharizat sememangnya terlibat???
hangpa pikiaq ambik sendiri.....aku bancuh ja, hangpa yang rasa manis atau kurang gulanya......hehehehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....