Blog Member

Selasa, 21 Februari 2012

hari ini 21 Februari....JATI bakal dilancar secara rasmi hari ini!!!!


hari ini 21 Februari....teringat aku kpd program pelancaran JATI yg ditubuhkan oleh Hassan Ali.....cuma tak tau lah aku masanya nk dilancarkan......


cuma kali pertama aku tengok logo JATI....aku sebenarnya nampak logo Pakatan Rakyat.....hangpa cuba tengok keselarian antara keduanya



hehehehehe..... dah tak ada idea lain ka???


apa maksud JATI tu??? aku difahamkan JATI tu diambil dari singkatan perkataan "JA-lur TI-ga"....

apa yg tiga jalurnya??? pertamanya Islam, keduanya Melayu dan ketiganya Raja.....dan sebenarnya kalau disebut "jalur tiga"....ianya tidak nampak perkaitan dgn apa2 yg lain...tetapi sebenarnya ia amat sinonim dgn 'tiga line' yg selalu disebut orang yg merujuk kpd PEKIDA.....entahlah aku tak tau apa perkaitan antara jalur tiga dgn tiga line nih.....dari segi maksud 'line' dan 'jalur' tu....nampak mcm sama saja.....lantaklah...bukan itu yg mahu aku bancuh.......

apa yg aku nampak Hassan Ali ini semakin dipenuhi oleh kecelaruan.....kecelaruan hala tuju perjuangan dan kecelaruan dalam tindakan......dikononkan bahawa JATI ditubuhkan dgn tidak berkait dgn politik, tetapi pada masa yg sama bercita2 ingin menjadi 'kuasa ketiga'....sudah tentu bila disebutkan 'kuasa ketiga' atau 'third force' ini akan merujuk kpd politik dalam negara....dan JATI ini juga sebenarnya mirip kepada PERKASA yg pada mulanya ditubuhkan semata2 konon utk menjaga kepentingan kaum Melayu dan tidak dipengaruhi sentimen politik.....hahahaha....itu semua hanya omong warnet sahaja.....

apa sbb nya pulak JATI meletakkan hala tuju IMR nya??? tetapi pada masa yg sama, aku ada dengar ucapan Hassan Ali yg mengajak semua bangsa pelbagai agama di Malaysia utk menjalinkan kerjasama!!!!

bagi aku, sebenarnya depa ini tidak yakin dgn Islam.....sedangkan sebenarnya jika Islam tertegak, maka hak semua bangsa pasti akan terjamin tak kira Melayu, India dan Cina dan lain2 bangsa penghuni Malaysia....begitu juga dgn hak pemimpin, hak rakyat, hak orang kaya, hak orang miskin dan papa kedana, semuanya telah terangkum di dalam Islam....kita tak perlu nk nyatakan aspirasi perjuangan lain selain dari Islam sbb ianya juga tak pernah di ajar Rasulullah.....Baginda tak pernah menggula-gulakan bangsa Arab dgn sebarang tawaran kemewahan dunia, kehormatan dan kemuliaan kpd bangsa Arab jika perjuangan Islam itu berjaya sedangkan ketika itu, bangsa Arab dipandang hina oleh bangsa2 utama lain terutama di pandangan puak Yahudi....tetapi, jelas bahawa Islam yg mengangkat martabat bangsa Arab hingga hari ini....Islam jugalah yg mengiktiraf Saidina Abu Bakar, Usman, Umar, Ali dan para Sahabat menjadi pemimpin dan pada masa yg sama....hak kaum2 lain serta penganut agama lain dijamin sepenuhnya......

sama2 kita tunggu pelancaran JATI yg dijadualkan hari ini.....hehehehehehe....kalau dah logo pun  tak ada idea lain, manalah tahu kot ada pulak buku yg bernama 'buku cokelat perasa vanilla'.....hahahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...