Blog Member

Selasa, 7 Februari 2012

400ribu ahli umno belum daftar undi - Tengku Adnan


berita : 400,000 ahli Umno belum daftar jadi pengundi
berita penuh : klik SINI

petikan berita : 
PUTRAJAYA - Seramai 400,000 ahli Umno dikesan masih belum mendaftar sebagai pengundi, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, parti terbesar Barisan Nasional (BN) itu akan memastikan semua ahli mendaftar secepat mungkin ketika spekulasi menyebut pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat.

Umno mempunyai lebih tiga juta ahli.

tu dia aih.....sampai 400 ribu ahli umno belum daftar undi....tu dia lah, orang cadang suruh buat pendaftaran automatik setelah cukup umur, hangpa tak mau.....banyak lah songehnya

cuba kita tinjau 400ribu yg belum daftar tu mai kok mana!!! Tengku Adnan dipetik berkata :
"Ada yang memberi alasan bahawa mereka terlalu sibuk dengan urusan harian sehingga tiada masa untuk mendaftar. Malah ada yang mengatakan tidak ada perubahan besar akan berlaku dengan hanya satu undi,"
pemimpin PAS dok bercakap, bersyarah, berceramah lama dah pasai ni.....tapi, hangpa bukannya nk sokong. asal saja keluaq dari mulut pemimpin PAS, semuanya tak boleh disokong walaupun hangpa tau itu betoi....

bagi aku lah, antara sebab ramai yang tak daftar undi ni sebab tak dak tanggungjawab terhadap negara... tak ada kesedaran terhadap tanggungjawab menjadi seorang pemilih. kalau betoi seperti yg dikatakan, ini bermakna umno sendiri tak mampu nk berikan pendidikan kepada ahlinya betapa pentingnya tanggungjawab mendaftar sebagai pemilih....dan bagi aku, tak usahlah dok salahkan individu yg belum daftar tu, kerajaan yg patut dipersalahkan pada 1st stage sbb tak bagi input yg berkesan, malah menjauhkan kebanyakan rakyat daripada sistem pilihanraya......umpamanya akta2 drakonian spt AUKU yg menjauhkan golongan mahasiswa dari daerah politik Malaysia dan seterusnya menyebabkan sebahagian besar depa ni tak berminat untuk mendaftar...... selain itu, cadangan-cadangan dikemukakan oleh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat dipandang sepi spt pendaftaran automatik dsb....

SPR juga bagi aku gagal dalam memainkan peranan untuk memahamkan rakyat mengenai urusan pendaftaran pemilih dan pengundian yg dilihat amat payah berbanding proses sama di negara lain....proses2 yg memayahkan manusia ni boleh aku anggap macam 'ajak2 ayam' saja....tak ada kesungguhan langsung... dan macam negara ini tak ada sistem perekodan kewarganegaraan.....cuba bayangkanlah, petugas2 pembantu di kalangan petugas parti terpaksa dilantik bagi membantu membuat pendaftaran dan para petugas ini perlu menjelajah ke ceruk rantau kampung untuk mendaftarkan pemilih, sedangkan semua rekod rakyat Malaysia telahpun ada di Jabatan Pendaftaran Negara....tak payah dok pi cari dah....kalau mati, dah tentu ada kuburnya dan sijil kematiannya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...