Blog Member

Khamis, 23 Februari 2012

biaq ke depa 30 tahun terbengkalai, bagi kita 3 tahun dah cerah mata

klik utk besarkan
ini bolehlah dikira sebagai pencapaian baik dari kesan pentadbiran yg penuh dgn ketelusan, tanpa ada unsur rasuah, kronisme dan nepotisme......

selama 30 tahun projek ini terbengkalai dan semenjak aku sedar diri ke dunia ni, aku dah pun kenai bangunan yg bernama Kompleks Tunku Yaakob yg terbengkalai spt gambaq di atas tu. bukan setakat menyakitkan mata, tapi menyakitkan hati pun ada.....dah jadi sarang penagih, sarang bermadu kasih dan berbagai sarang lagi sejak dulu............


tak payah dok cerita lah apa sebab terbengkalainya....tapi yg penting iaitu kerajaan dulu yg mentadbir telah gagal menawarkan jalan penyelesaian terbaik terhadap projek tersebut walaupun sebenarnya berpotensi dibangunkan.....tapi la ni...bila kerajaan negeri pimpinan Ust Azizan dah berjaya selesaikan masalah ni, depa mula buat cerita lain utk tutup cerita asal iaitu dgn menimbulkan isu perobohan Madrasah Salihiah....apakah kalau Madrasah Salihiah tu dirobohkan ketika umno be end tadbir, puak2 penentang tu akan ambik tindakan yg sama mcm depa buat hari ini???

sebenarnya dah berbuih mulut dah dok cerita isu ini....tapi kita tak boleh serik atau bosan utk menceritakan kebenaran.....

apa yg menarik dalam keratan petikan berita di atas iaitu apabila disebutkan pemimpin tersohor umno negeri Kedah pun sebenarnya mengakui kebaikan projek tersebut, tetapi atas kapasitinya sebagai pemimpin besar umno Kedah, dia kena lawan juga.....cumanya semenjak dua menjak ni, tugas tu diambil alih oleh puak2 perkasa dan jawatankuasa yg ditubuhkan....dan umno hanya dok 'tikam turut' kok belakang saja.....hehehe.... kalau bukan orang Kedah, mesti tak paham apa tu 'tikam turut'....maksudnya lebih kurang jadi penyokong kuat lah, cuma tak kehadapan saja.....

menariknya lagi apabila dalam berita berkotak ijau di atas tu, Dato' Mufti Kedah menyatakan bahawa nilaian semasa tanah wakaf tu hanya bernilai RM800ribu, tetapi dibayar pampasan oleh pemaju sebanyak RM1.48juta, ditambah dgn penggantian sebuah surau yg lebih besar, canggih dan cantik yg boleh memuatkan hampir 400 orang ahli jema'ah....tu dah kira boleh buat solat Juma'at dah tu...cuma mgkn tak berapa sesuai sbb dekat dengan Masjid Zahir......

aku ulang....bayangkan...nilai hanya RM800ribu, tp dibayar pampasan RM1.48juta!!!! kalau bukan PAS yg tadbir, aku rasa lebihan selepas RM800ribu sampai RM1.48juta tu dah hilang dah.....tapi ketelusan pemimpin negeri amat jelas dan nyata....tidak ada sesuatu pun disembunyikan dan keseluruhan duit tu pergi kpd pihak yg berhak dan utk kegunaan ummat Islam keseluruhan.....

tambah menarik lagi iaitu apabila Dato' Mufti yg turut diheret ke kancah politik tidak bertamadun oleh pihak2 terbabit akan menjadi benteng utama dalam mempertahankan keputusan yg telah dibuat oleh Majlis Fatwa Negeri Kedah......biarpun kes ini telah di bawa ke mahkamah sepertimana yg dikatakan oleh Dato Mufti iaitu "lebih senang saya bercakap dengan orang cerdik di mahkamah dengan membawa segala hujah dan bukti". Dato' Mufti Kedah ni bukannya orang politik, dan aku rasa dia pun tak berminat dengan politik....tetapi apabila isu ini dijadikan bahan politik, beliau atas kapasiti kebenaran akan mempertahankan keputusan. bagi aku, inilah antara yg membuatkan puak2 penentang tu terkedu....depa ingat bila bawa ke mahkamah, depa akan dapat simpati dan sokongan.....hahahahaha.....rupanya mmg ramai yg sokong lagi tambah supaya semuanya dapat dijelaskan dengan lebih luas lagi......dan apa yg dikatakan oleh Dato Mufti juga seperti 'pukulan maut' kpd pihak2 terbabit dengan membayangkan depa yg dok lawan tak ketahuan hala tu sebagai golongan 'tak cerdik'.........dan lagi puak penentang tu juga sebenarnya secara tak langsung menentang persetujuan yg diberikan oleh DYMM Tunku Sultan....walaupun pemakluman kepada baginda belum dibuat secara rasmi, tetapi secara 'tidak rasmi' telah pun diperjelaskan dan baginda bersetuju......puak2 nangoi tu sebenarnya tak paham apa maksud 'rasmi' dan 'tidak rasmi', itu pasai depa dok kalih lawan tak ketahuan... dah tau tak betoi pun masih dok nk lawan situlah jugak.....apa sebab???? sebab al fulus lah kot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...