Blog Member

Khamis, 2 Februari 2012

apa yang depa tak kata!!!!!


Hasrat Tuan Guru Hadi Awang (TGHA) utk mengundurkan diri dijadikan polemik dan komentar pelbagai pihak samada dari dalaman PAS, parti komponen PR dan seteru politik PAS.....

mai pulak Nakhaei, dia kata hasrat Tuan Guru Presiden disebabkan tak tahan dgn DAP dan PKR...klik SINI utk berita nya....ada pulak ulasan dari blogger pro-umno yg kata hasrat yg disampaikan oleh TGHA sebagai menempelak Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) yg telah lama berada di kedudukan....hahahahahaha


bagi aku, penjelasan yg dibuat oleh TGHA dan TGNA sebenarnya selari dan saling lengkap melengkapi.... hangpa boleh tengok video di bawah ni utk penjelasan ringkas oleh TGHA



secara jelas menunjukkan satu keselarian apa yg disebutkan oleh kedua-dua tokoh penting dalam PAS itu pada point utamanya iaitu "KHIDMAT"....seperti yg disebutkan oleh TGNA iaitu "pemimpin politik berbeza dengan penjawat awam lain kerana selagi diperlukan, mereka boleh berkhidmat sampai mati", maka itu juga yg disebutkan oleh TGHA iaitu selagi mana perkhidmatan diperlukan, itu yg dipentingkan dalam PAS... bukannya jawatan atau jadi calon atau jadi YB....ini amat berbeza dgn umno...dalam umno, kalau tak jadi YB, tak jadi wakil rakyat, tak pegang jawatan tinggi...maka khidmat kepada rakyat tidak boleh dilaksanakan oleh individu terbabit......

dan dalam pernyataan hasrat TGHA tu, perlu difahami bahawa ianya hanyalah satu 'TAWARAN' hasrat beliau....bukannya satu yg kita boleh panggil sebagai 'KEPUTUSAN' untuk tidak bertanding. tawaran tersebut boleh saja diterima dan boleh saja ditolak oleh ahli dan jawatankuasa parti...sebagaimana disebutkan oleh kedua2 pemimpin tersebut bahawa selagimana perkhidmatan diperlukan, maka WAJIB berkhidmat. bagi aku pulak, yg dipentingkan adalah perkhidmatan yg disampaikan, bukannya tempoh masa perkhidmatan....lain lah jenis pemimpin yg mencari kekayaan....kalau dah cukup kaya, memang kita sarankan berhenti sbb kesian...takut tak sempat bertaubat! itu bezanya.....

lagi pula, hasrat beliau utk beri laluan kepada pelapis baru dalam parti yg sekaligus membuktikan bahawa PAS tidak pernah ketandusan pemimpin yg berkualiti.....di samping itu, sekiranya TGHA dibenarkan utk tidak bertanding, beliau boleh menggunakan ruang masa yg ada utk melawat seluruh negara berjumpa dgn ahli parti terutamanya ke tempat2 yg belum pernah beliau lawati....sekalipun beliau dibenarkan tidak bertanding, beliau tetap merupakan presiden parti selagi tiada pengganti....

dalam PAS juga menunjukkan tak timbul syarat atau amalan seperti umno yg mengkehendaki org yg berjawatan tertentu dalam parti mesti diberi pengiktirafan sama....contohnya, kalau jadi ketua bahagian, mesti ada harapan utk dicalonkan....kalau dah jadi calon, banyak lah peluang menanti.....

dan mengenai apa yg dikatakan oleh Nakhaei bahawa Presiden tak tahan dgn PKR dan DAP adalah satu kenyataan berniat jahat.....hang dok diam2 sudahlah Nakhaei....pasai tak berapa laku kot, tetiba buat kenyataan politik nih....sedangkan hakikatnya tak ada kena mengena langsung dgn PKR dan DAP dan atas kepimpinan TGHA jugalah, PR ditubuhkan setelah batu asas diletakkan oleh almarhum Ust Fadzil Noor...

dah lah kot....nanti aku sambung bancuh lagi....

berita penuh hasrat TGHA : klik SINI

Tiada ulasan:

Catat Komen

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...