Blog Member

Khamis, 9 Februari 2012

600 juta kepada Kelantan "PERCUMA"???? laporan polis ke atas Mustapa Mohamed.....



satu laporan polis telah dibuat oleh seorang rakyat Kelantan terhadap Mustapa Mohamed yg telah mengeluarkan kenyataan bahawa RM600 juta telah diberikan secara "PERCUMA" kepada kerajaan Kelantan, sedangkan pada pahaman individu tersebut iaitu RM600 juta itu adalah dalam bentuk pinjaman....

aku ucapkan syabas kpd keprihatinan individu tersebut....ini menunjukkan ketelusan kerajaan Kelantan pimpinan TGNA yg tidak menyembunyikan sebarang fakta pentadbiran kerajaan negeri dan kedudukan sebenar diketahui oleh rakyat.....

aku nak roll back cerita berkaitan di atas....Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan yang dipetik oleh akhbar utusan adalah seperti screen shot di bawah.....


untuk berita asal, sila klik SINI


ayat yg aku highlight dalam screen shot di atas ni jelas menunjukkan maksudnya....hangpa paham ambik sendiri lah.....walaupun aku rasa Mustapa ada buat penafian "percuma" yg dimaksudkan itu adalah merujuk kepada "pinjaman tanpa faedah"....tetapi apa yang aku boleh paham dari pernyataan ayat di atas iaitu duit sebanyak RM600juta itu diberikan percuma yang tak perlu dibayar balik.....kira macam bagi saja gitu....

kalau Mustapa nak nafikan, dia boleh nafi....itu hak dia...tetapi, pada masa yg sama, aku syorkan ambik tindakan ke atas utusan yg bagi aku secara salah membuat laporan bagi menggambarkan maksud yg berbeza dgn apa yg sebenar diucapkan.....Mustapa jgn dok salahkan pihak lain samada si tukang lapor atau orang yg baca berita utusan tu sbb manusia yg waras tentu saja mudah paham apa erti "percuma"

mulanya disebutkan "diberikan kepada ..................... secara percuma"....kat sini pun aku dah boleh paham percuma tersebut boleh dirujuk sebagai "bagi saja / tak perlu bayar balik"......melainkan kalau disebutkan "diberikan kepada ................... secara pinjaman faedah percuma".....boleh lah aku paham kata ianya pinjaman, tapi tak dikenakan sebarang faedah/keuntungan.......

kemudian, dikukuhkan lagi pulak dgn perkaitan dgn faedah pinjaman kalau jumlah duit banyak tu dibuat di bank dgn katanya "Duit sebanyak ini kalau kita buat pinjaman di bank akan dikenakan kadar faedah sehingga tujuh peratus, tetapi mereka dapat percuma" .....dengan ayat ini juga, boleh mengukuhkan paham bahawa sememangnya duit tu memang percuma atau bagi saja......langsung tak disebutkan dalam artikel utusan ini "pinjaman faedah percuma"..........itulah sebenarnya asas kepada laporan yg dibuat oleh individu terbabit....

iklan di kedai "beli 1, percuma 2".....hanya dgn iklan mcm tu pun orang boleh paham iaitu kalau kita beli 1 barang yg ditawarkan oleh kedai tersebut, kita akan diberi "percuma" 2 barang yang tak perlu kita bayaq....yg kena bayaq hanyalah 1 barang yg kita beli tu saja.....

hangpa pikiaq ambik sendiri........aku bancuh yg mana aku paham saja.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...