Blog Member

Khamis, 9 Februari 2012

isu "angpau" putih - MCA tak ada kaitan dengan PERKASA - Naib Presiden MCA

masih ada bunyi rupanya isu 'angpau' putih masa program PERKASA meraikan kaum Cina pada sambutan Tahun Baru Cina lebih kurang seminggu lepas.....aku ingatkan dah tak ada orang nk komen, rupanya masih dok ada.....

mengikut laporan berita, Naib Presiden MCA kata tuduhan DAP tidak munasabah yang mengaitkan MCA dengan PERKASA sebagai ada hubungan.....hahahaha....sebenarnya, bukan saja DAP yg rasa mcm tu, aku pun rasa macam tu jugak.....

sebagai rujukan, baca artikel yang aku dah bancuh sebelum ini : klik SINI

okay....petikan berita yg aku sebutkan di atas yg agak menarik utk aku bancuh iaitu, yang pertamanya :
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chor Chee Heung berkata, “Jika MCA ada hubungan dengan Perkasa, kenapa Perkasa mengadakan demonstrasi di ibu pejabat MCA dan mendesak anggotanya agar tidak mengundi calon MCA pada pilihan raya umum akan datang?


berita penuh : SINI

setidak-tidaknya, statement Naib Presiden MCA di atas menggambarkan bahawa depa sendiri maklum dan sedia tahu bahawa PERKASA sebelum ini secara terang-terangan memprotes MCA dalam pelbagai isu hinggakan menganjurkan atau mendesak supaya semua anggota PERKASA jangan undi calon MCA pada PRU akan datang....soalan aku iaitu, apa sebabnya Pengerusi MCA Cawangan Sri Desa, Dr Collin Tiew boleh hadir pada majlis anjuran PERKASA tu??? dia tak tau ka yang PERKASA tu anti MCA???

dan sedutan berita yang keduanya iaitu :
Chee Heung berkata, dakwaan Guan Eng bahawa MCA mempunyai hubungan dengan Perkasa hanyalah ”semata-mata mahu menyembunyikan hubungan rapat antara DAP dan Pas”.

statement di atas adalah statement bertaraf budak belum akil baligh!!! dalam isu angpau putih ni, tak ada kaitan langsung dgn isu hubungan antara DAP dan PAS....dan rakyat sedia maklum bahawa DAP dan PAS berada dalam satu jalinan kerjasama Pakatan Rakyat bersama PKR....sebuah ikatan kerjaisama yang kukuh dan sudah semestinya hubungan yang ada erat dan rapat...maka, tak ada apa yang perlu disembunyikan oleh DAP mahupun PAS.....berbeza dgn gelombang yang berkemungkinan ada antara MCA dan PERKASA sbb selepas isu itu, Lim Guang Eng menyatakan beliau agak terkejut sbb MCA tak pernah melarang ahli partinya menghadiri majlis anjuran PERKASA....maka Lim Guan Eng mencabar MCA utk ambil tindakan melarang ahlinya dari menghadiri sebarang majlis anjuran PERKASA.....maka di jawablah oleh presiden depa bahawa MCA tak akan ambik tindakan 'melarang' atas prinsip demokrasi.....

hahahahahaha......cuba kita pikiaq secara logik akai lah.....PERKASA berani buat demo di hadapan pejabat MCA dan mendesak ahli2 PERKASA tidak bagi undi kpd calon MCA....kalau dikirakan percaturan politik, sepatutnya MCA kena ambik tindakan bersesuaian kerana tindakan PERKASA tersebut sikit sebanyak  memberi imej tidak baik kpd MCA di mata orang Melayu dan kemungkinan MCA akan tidak mendapat sokongan orang Melayu dalam PRU nanti....tapi, apa tindakan MCA??? kalau aku lah, ada orang dok mai buat demo depan rumah aku dan suruh orang ramai atau pelanggan aku boikot beli barang kedai aku....aku pun akan ambik tindakan sama kt orang buat demo tu...tapi tidak MCA!!!! kenapa dan mengapa???

tak kanlah MCA tak kenai siapa yg dok ada dalam PERKASA tu!!! kebanyakan yg dok ada adalah bekas2 pemimpin umno dan ahli2 depa pun ramai di kalangan ahli umno.....kalau PERKASA ajak ahli dia boikot MCA, samalah mcm ajak ahli umno boikot MCA jugak....tapi MCA relax ja....itu lah aku jugak boleh kata, antara PERKASA dan MCA ni...wayang kulit saja!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...