beritanya boleh baca sini : MalaysianInsider, SinarHarian
pertama sekali aku menyokong penuh tindakan Hassan Ali tidak merayu....sbb walaupun dia merayu, aku akan cadangkan supaya diTOLAK tanpa perlu ditimbang lagi dah!!!
konon Hassan kata “As long as there are parasites in PAS, I will not return to the party. The party has lost its direction and Islamic character which was the reason why I joined PAS 15 years ago,”
apa yg aku nk ingatkan kpd Hassan Ali nih iaitu PAS ditubuhkan 60 tahun yg lalu...bukan baru 15 tahun yg lalu...kalau umno lain lah, dibatalkan pendaftarannya tahun 1988 dan ditubuhkan semula selepas itu...tetapi PAS masih kekal diterajui oleh golongan yg sama sejak hang masuk 15 tahun dulu...walaupun berlaku pertukaran, hanya pada wajah pimpinan, bukan pada wadah perjuangan.....
menariknya juga apabila dalam satu laporan lain, HA dipetik berkata “Saya berpendidikan sekular tetapi saya mahu PAS terus dipimpin oleh golongan ulama yang berpendidikan dari Mesir dan Jordan,”
hehehehe....mengaku pun hang sebagai seorang berpendidikan sekular....HA juga memberikan 72% pemimpin PAS dikuasai oleh golongan sekular.....hahahahaha.....masa hang dok dalam saf kepimpinan tertinggi parti, hang tak dak lah pulak dok sebut benda2 nih....tapi bila dah tak berjawatan dan dipecat dari parti, ini pulak yg hang sebutkan.....
inilah salah satu dari banyak2 salah pemikiran dan fahaman dok ada dalam kepala Hassan Ali...dia faham Ulama' itu hanya pada sudut kelulusan semata-mata....itulah fahaman cara sekular sebenarnya....jenis depa ni sebenarnya nak kan Ulama memimpin, tetapi hanya jadi macam boneka....aku nk tengok sejauh mana peranan Ulama diberikan dalam NGO nya yg bernama JATI tu nanti....konon nk perjuangkan Islam, sudah semestinya golongan Ulama diberikan peranan dan tempat....tetapi apa yg aku pasti, peranannya tak lebih utk mengangkat Hassan Ali sebagai kononnya 'pejuang sebenar'....kalaupun ada Ulama dalam JATI, aku rasa tidak lebih sekadar boneka atau pak turut sahaja.....
dan bagi aku, inilah juga akibat dan pengajarannya kepada PAS sebagai sebuah parti berlandaskan Islam, terutama kpd ahli PAS keseluruhannya...jangan sama sekali mengangkat seorang individu ke martabat terus tinggi hanya berbekalkan 'populariti' nya semata-mata....kita dalam PAS ini mengumpamakan diri kita sebagai pejuang dan sudah semestinya seorang pejuang itu perlu tahan diuji terlebih dahulu ataupun melalui proses2 pentarbiahan dalam parti supaya lebih faham....ini lah yg tidak ada pada Hassan Ali....dia tidak pernah melalui segala proses dalam parti....aku berani yakin lah, orang seperti Hassan Ali ni tak akan mahu merendah diri tidur beralaskan tanah berbumbungkan langit sebagaimana seorang pejuang....
bersambung lagi pulak kenyataannya tidak akan menyertai KITA seperti dipelawa oleh beberapa juak KITA....hahahaha....konon alasan HA iaitu parti KITA tidak selari dgn perjuangannya....tetapi di sebalik itu, umno pulak kata Hassan Ali selari dgn perjuangan umno....pada masa yg sama, juak2 yg pelawa Hassan Ali join KITA amat dekat dengan umno dan menyokong umno.....dan pada masa awal pemecatannya pun, Hassan Ali diwar-warkan bakal menyertai PERKASA, tetapi tak pernah disahut oleh Hassan Ali seterusnya mengambil keputusan untuk menubuhkan JATI pulak.....
hangpa boleh baca sini beritanya : Hasan Ali tidak mahu sertai Kita
aku nampak mcm peliklah pulak hubungkait antara puak2 yg aku sebut di atas tu....masing2 sebenarnya cuba utk mencari pengaruh dan saling pengaruh mempengaruhi demi kepentingan pihak sendiri...apa sebab??? sebab Hassan Ali adalah 'bekas pemimpin PAS'....sememangnya pemimpin2 PAS yg walaupun bertaraf 'bekas' mempunyai value yg tinggi......tanpa sedar, puak2 umno dan juaknya mengiktiraf pemimpin PAS. Amat berbeza jika ada pemimpin umno be end dipecat atau keluar dari parti....tak wujud perebutan antara PAS, PKR, DAP atau mana2 parti nk ambik depa.....kalaupun depa join mana2 parti, itu atas kehendak depa dan tidak langsung ada perebutan berlaku...
kesian juga aku kpd juak2 parti KITA....sudah ketandusan pemimpin yg boleh menerajui parti setelah diumumkan oleh Presiden bahawa kemungkinan KITA akan dicadang utk dibubarkan....walaupun ada yg menawarkan diri....belum tentu akan disepakati....cuma apa yg aku boleh andaikan sebab musabab Hassan Ali tak akan menyertai parti KITA iaitu dia tahu yang parti KITA tu umpama macam 'hidup segan, mati tak mahu'... sbb dalam banyak keluh kesah ahli parti KITA iaitu masalah kewangan utk mengurus tadbir aktiviti parti....kalau dia join situ, habis duit poket nk kena belanja.....hahahaha....Zaid Ibrahim yg kaya raya pun tak larat nk sara dah....ada pulak orang nk pi tanggung 'biawak hidup'.....tobat lahum orang Kedah kata....
Kata putus telah dibuat oleh Hassan Ali....maka kita tengoklah sejauh mana Hassan Ali nk memandu JATI supaya sesuai dgn kehendak Islam dan kehendak masyarakat Malaysia yg majmuk....kaedah mana dia nk guna pakai sbb dia bukannya Ulama dan bukan kelulusan Mesir atau Jordan, maka sudah tentulah aliran sekular jugak dinaunginya.......
takat tu lah dulu aku nk bancuh....aku sejak awal malas sangat nk bancuh isu pasai Hassan Ali ni...tapi dek sebab keceluparannya yg tak henti-henti....aku pun ada hak utk menyuarakan apa yg aku rasa terhadap seorang manusia berpendidikan sekular bernama Hassan Ali.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....