Blog Member

Jumaat, 3 Februari 2012

kemiskinan terus dibiakkan!!!!

berita : Pemandu bas mogok bantah gaji Perbadanan KM
sumber : SINI

aku petik beritanya seperti berikut :
MELAKA, 2 Feb: Kira-kira 50 pemandu bas henti-henti di Melaka Sentral telah mengadakan satu mogok dan piket akibat tidak berpuas hati terhadap gaji baru yang ditawarkan oleh syarikat baru di bawah anak syarikat Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Panorama Melaka Cultural Tourist Sdn Bhd (PMCT), pagi tadi.


Gaji baru yang ditawarkan oleh syarikat tersebut pada asalnya RM500 sebulan, dan semalam mereka mengadakan rundingan gaji tersebut telah dinaikkan sebanyak RM10 menjadikan gaji RM510 seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian.

Pemandu bas yang tidak berpuas hati telah mengadakan piket dengan membawa sepanduk yang tertulis "Kerajaan Kejam", "Gaji Pokok RM500 Mana Cukup, Negeri Maju, Rakyat Miskin", "PMCT Penindas Periuk Nasi Kami, Tak Kotai Janji" dan sebagainya.


rata-rata pemandu bas bukannya berumur bawah 20-an...payah nk jumpa orang berumur 20-an ada lesen memandu bas, walaupun ada...tp tak ramai lah kot....dan kebanyakannya aku rasa dah pun berkeluarga dan ada tanggungan masing2....cuba hangpa pikiaq lah tengok, kalau gaji pokok RM510 sebulan ditambah elaun tambahan dsb, bolehlah cecah RM1300 sebulan dan paling maksima pun aku rasa RM2000 ja sebulan....itu pun dah kira kerja pulun habis dah lah tu..........

konon isytihar negeri maju, tapi kemiskinan rakyat terus dibiakkan....itulah lah Melaka...bukan takat Melaka saja, bahkan aku rasa seluruh negara....yg di atas terus kaya raya dan yg di bawah makin papa dan kedana..... semua rakyat tau kos sara hidup semakin tinggi, perbelanjaan meningkat dalam pelbagai sudut, tetapi pendapatan rakyat tak meningkat....bukan saja yg kerja swasta, yg kerja kerajaan pun sama...kalau di Singapore, gaji kerani saja dah hampir sama dgn kerja pegawai besar di Malaysia....memanglah sara hidup Singapore lebih tinggi dari Malaysia, tetapi kalau kita kirakan peratusannya, kuasa beli depa lebih besar dari pekerja di Malaysia.....

berita berkaitan : utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...