Blog Member

Isnin, 9 Januari 2012

Isu pemecatan Hassan Ali

Setelah beberapa lama Dato Dr Hassan Ali menimbulkan kekecohan demi kekecohan dalam parti, akhirtnya beliau dipecat berkuatkuasa serta merta pada hari ini 8/1/2012....

Sebenarnya tak perlu nk bancuh berlebihan dalam isu ini kerana keputusan parti telahpun dibuat berdasarkan Fasal 82(9) di atas tindak tanduk beliau yg merugikan parti serta memberikan gambaran salah masyarakat umum terhadap parti....cumanya aku nk sebutkan beberapa perkara berkaitan saja....

PAS adalah sebuah parti politik berteraskan Islam sebagai panduan dan perjuangannya. Maka, sebagai sebuah parti yg sah, ianya mempunyai undang-undang dan perlembagaannya sendiri. Justeru, setiap tindakan yg diambil adalah mestilah bersesuaian dgn peruntukan undang-undang yg digariskan.

Dalam isu pemecatan ini, Dr Hassan Ali perlu meletakkan kesalahan itu terhadap dirinya sendiri kerana tindakan yang dibuat adalah sebagai respon kpd apa yg dilakukannya sendiri. bermula dgn isu bai'ah talak isteri, kemudia di susuli dgn isu gereja, isu HIMPUN hingga ke isu Negara Kebajikan dan akhirnya isu 901 yg membawa kpd keputusan pemecatan beliau.

bagi aku, Dr Hassan Ali sebagai seorang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat tidak menggunakan peluangnya sebagai AJK PAS Pusat dalam menyuarakan sebarang ketidakpuasan hatinya. Beliau seringkali menggunakan media massa sebagai alat melepaskan buah fikirannya dan sebenarnya ini adalah amat tidak baik utk kemaslahatan parti kerana PAS selama ini bersikap terbuka dalam mengkritik, tetapi perlu mengikut jalan yg telahpun digariskan yang sesuai dgn amalan sunnah juga

bagi aku, kenyataan terbaru beliau berkaitan isu 901 tidaklah dilihat sebagai membelakangi arahan sesiapa...tetapi aku melihat ianya sebagai satu penghinaan kepada Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi yg sebelum itu telah bertemu dgn beliau bagi menyelesaikan isu Negara Kebajikan yg ditimbulkannya. Sehubungan dengan itu pula, TGNA telah pun mengeluarkan nasihat supaya sebarang permasalahan tidak diluahkan melalui media terbuka serta semua ahli perlu ada rasa hormat kpd sebarang perkara yg telah diputuskan di peringkat tertinggi parti. setiap keputusan yg dibuat tidaklah mengambil kira maslahat individu semata2, tetapi maslahat jama'ie adalah lebih utama....itu sbb perlu dihormati walaupun ada sesetengah individu yg tidak bersetuju.....mcm aku juga lah, bukan semua keputusan parti aku boleh angguk dan setuju 100% sbb aku pun ada pendapat aku juga...tp itu tak membawa erti boleh menentang keputusan parti ikut sesuka suki.....tak setuju, diam sudahlah jika diam itu lebih baik kata Rasulullah

dan ini juga sebenarnya sebagai satu pengajaran kpd semua lapisan kepimpinan dan ahli bahawa sama sekali jangan melantik sesiapa ke jawatan dalam parti mengikut populariti. jangan kita jadi seperti amalan umno yg memilih kepimpinan mengikut populariti individu tersebut samada di luar parti atau di dalam parti. kepimpinan parti perlu di asuh dari peringkat bawah kerana bagi aku tak ada istilah 'born to be' dalam memimpin parti atau satu jama'ah seperti PAS melainkan setiap individu tersebut mestilah melalui proses2 yg tertentu. dalam PAS, tiada jalan singkat utk berada di persada kepemimpinan....seseorang itu mestilah telah terbukti tahan diuji dan mestilah seseorang yg diyakini mampu memimpin....tak semua yg berkelulusan tinggi itu boleh memimpin dan tidak semua yg tidak berkelulusan itu tidak tahu memimpin.

maka, sudah sampai masanya semua ahli PAS merenungkan kembali sejarah dan asas kita...boleh aku katakan, sudah banyak dari kita terjerumus ke dalam telaga yg dikorek oleh umno.....kalau dulu, hanya seorang dua...tp kini nampaknya makin ramai pula....kalau dah makin ramai terjun telaga tu, dibimbangi air yg jernih dan bersih dari telaga tu langsung tak dapat diminum lagi.....

begitu juga dgn jasa....setelah dipecat, Dr Hassan Ali bingkas menyatakan kekesalan di samping mengungkit jasa-jasa yg ditaburkannya....inilah yg aku katakan betapa kita perlu kpd pemimpin yg sudah punya daya tahan uji, bukan pemimpin populariti. sudah ramai pemimpin PAS, yang datang dan pergi menemui Ilahi.... amat jarang mereka yg ikhlas dok sebut jasa-jasa depa...malah selepas mati pun, amatlah jarang keturunannya nak dok jaja jasa-jasa tok nenek depa dalam PAS....bagi depa, itu semua untuk perjuangan pada jalan Allah dan parti PAS ini hanyalah alat utk menyampaikan perjuangan itu sedangkan PAS itu sendiri tak perlu wujud jika perjuangan tidak wujud....kewujudan PAS adalah sebab perjuangan itu wujud, bukan perjuangan itu wujud atas sebab PAS itu wujud....nampak mcm sama, tp amat jauh berbeza....

justeru itu, kpd Dr Hassan Ali aku nasihatkan terima lah dgn terbuka keputusan yg dibuat....keputusan tersebut adalah atas asas kepentingan parti sebagai sebuah parti politik, sedangkan perjuangan Islam tak pernah berhenti walaupun PAS sudah tiada lagi......dan juga tak perlu mendabik dada menyebutkan jasa-jasa kerana hanya dgn sekali perkataan riak saja, segala jasa yg telahpun dianugerahkan pahala oleh Allah swt akan jadi umpama debu berterbangan....langsung tak bermakna, malah menyakitkan mata.....

kepada ahli di semua peringkat, kita perlu kembali kpd asas perjuangan dan track yang telah ditinggalkan oleh pejuang2 terdahulu....jgn melantik sesiapa ke sesuatu jawatan kerana kelulusan, populariti, kepetahan bersyarah atau seumpamanya....tetapi lantiklah di kalangan mereka yg reti buat kerja, mampu buat kerja dan sanggup buat kerja.....

aku dah bancuh.....yg lain hangpa bancuh lah sendiri pulak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...