Blog Member

Selasa, 20 Disember 2011

UMNO dah tak boleh pakai lagi - Bekas Pengarah Pendidikan


Laporan penuh : klik sini

"Umno dan BN tidak boleh pakai lagi apatah untuk kita bergantung harap membela nasib orang Melayu". Itulah kata-kata oleh Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim yang juga pelakon bersiri 'Cucu Opah nak kahwin lagi'.

Kalau Datuk Adnan kata mcm tu, aku nk kata sebenarnya UMNO memang dah tak boleh pakai lama dah. Bagi aku, sejak penubuhan UMNO lagi...ianya sudah tak boleh pakai apabila meletakkan kebangsaan Melayu sebagai tonggak perjuangan.

Tapi, Allah Maha Penentu dan Allah jualah Maha Pengatur. Inilah aturan Allah yg perlu kita akur iaitu dengan memberikan UMNO berkuasa selama lebih 54 tahun dan dengan Kuasa Allah jua lah, sama-sama kita mendoakan UMNO bakal ditumbangkan PRU 13 nanti.

Tahniah juga aku ucapkan kepada Datuk Adnan yg sanggup dan berani menyatakan pendirian. Ini juga menunjukkan bahawa ketika dalam perkhidmatan, mungkin mata, telinga dan mulut depa dipalam atau disumbat supaya jadi pak turut segala-galanya. Dan setinggi tahniah juga kepada bekas ketua Pemuda Umno Cawangan Permatang Binjai, Saudara Hasni yg telah mengetuai penyerahan borang menyertai PAS pada majlis ceramah yg telah di adakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...