artikel penuh tajuk ni boleh baca di : malaysiakini.com
sesiapa nk baca artikel penuh tajuk di atas, boleh klik link aku bagi di atas tu....aku cuma nk bancuh beberapa perkara saja dalam bab SALAM ni....
pertamanya berkaitan dgn ucapan salam itu sendiri....dalam keadaan hari ini, ada sesetengah salam yg diberi oleh orang kepada aku pun sebenarnya aku tak lalu nk jawab. Apa sbb aku kata tak lalu nk jawab? sbbnya kebanyakannya langsung tak bertepatan dgn ucapan salam yg dianjurkan oleh Rasulullah...
dalam banyak Hadis juga Rasulullah sebutkan bab salam ni dan ini menunjukkan betapa peri pentingnya ucapan salam. tapi, hairannya juga iaitu orang Islam sendiri masih dok keliru dengan ucapan salam nih...ada yg kata cukup dengan hanya ucap 'SALAM' sbb dalam banyak ayat al-Quran pun, Allah sebutkan perkataan 'Salam'....contohnya dalam ayat spt di bawah ni
دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلاَمٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
maksud : Doa mereka di dalamnya ialah: "Subhanakallahumma", dan salam penghormatan mereka ialah: "Salam" Dan penutup doa mereka ialah: "Alhamdulilaahi Rabbil 'aalamin. (surah Yunus, ayat 10)
para ulama' terdahulu dah pun bicara panjang lebar dan menejelaskan dgn sebaik-baiknya bab ini...tetapi dek kerana org zaman sekarang ni lebih suka cedok ilmu dari barat, hinggakan ilmu asas agama sendiri pun dah tak ketahuan....so, aku ringkaskan cerita beginilah....ulama' majoriti berpendapat bahawa ucapan 'Salam' yg sebenar adalah dengan menyebutkan atau mengucapkan "assalamualaikum" dan perkataan 'salam' yg banyak disebutkan dalam al Quran dan Hadis itu adalah nama kepada ucapan tersebut....sama juga spt anjuran disuruh kita bersalawat atas Rasulullah....bukannya disuruh kita ucapkan 'salawat, salawat, salawat'...tetapi dia ada ucapan atau perkataan khasnya....begitu jugalah dgn ucapan salam ini iaitu ada perkataan atau ucapan khasnya yakni ucapan "assalamualaikum"
perkataan 'assalamualaikum' ini boleh dilihat dengan jelas dari satu Hadis Rasulullah yg bermaksud iaitu :
"Hadis riwayat Ibnu Umar, ia berkata:Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Sesungguhnya orang Yahudi itu bila mengucapkan salam kepada kalian mereka mengucapkan: "Assaamu 'alaikum" (kematian atas kalian), maka jawablah dengan: "Wa'alaka" (semoga menimpa kamu)" riwayat Imam Muslim
Hadis ini menunjukkan kita akan satu bentuk ucapan salam yg disampaikan oleh org yahudi kerana dalam satu hadis lain, Rasulullah mengingatkan 'Aisyah supaya tidak menjawab ucapan salam yg tidak jelas huruf 'LAM' sebagaimana dalam Hadis di atas yg tidak ada huruf 'lam' melainkan hanya 'assamu.....' dan bukannya 'assalamu......'
dan dalam Hadis yg lain diriwayatkan seperti berikut :
Hadis riwayat Aisyah رضي الله عنها: ia berkata: Bahawa Nabi صلی الله عليه وسلم pernah berkata kepadanya: Sesungguhnya Malaikat Jibril mengucapkan salam kepadamu. Aisyah berkata: Lalu aku menjawab: Wa alaihissalam wa rahmatullahi (Semoga keselamatan serta rahmat Allah selalu terlimpahkan atasnya)" riwayat Imam Muslim dalam kitab Sahih Muslim - Bab Keutamaan Sahabat
dan dalam satu Hadis yg panjang dalam Kitab Sahih Muslim - Bab Keutamaan Sahabat yg menceritakan mengenai keutamaan Sahabat bernama Abu Zar....antara intipati Hadis yg panjang tersebut, tercatat :
"..........Abu Zar berkata: Akulah orang yang pertama mengucapkan salam Islam kepada Baginda. Dia melanjutkan: Lalu aku mengucapkan: Assalamu'alaika ya Rasulullah! Kemudian Baginda membalas: Wa 'alaika wa rahmatullahi. Kemudian beliau bertanya: Siapakah kamu? Aku menjawab: Aku adalah seorang dari suku Ghifar. Lalu Rasulullah menarik tangannya lalu meletakkan jari-jarinya ke atas dahi........"
Hadis tersebut di atas amatlah panjang dan banyak bicaranya.....aku cuma petik yg berkaitan dgn salam saja...so, di sini...kita boleh lihat bahawa Abu Zar berkata "akulah org pertama mengucapkan salam Islam kepada Baginda (Rasulullah)"....maka ini menunjukkan bahawa ucapan salam dalam Islam tidak lain tidak bukan adalah ucapan "Assalamua'laika" (seorang) atau "Assalamua'laikum" (ramai)
tapi bila mai bab Salam 1 Malaysia nih...aku tak jumpa lagi dalil nk mengharuskannya....depa bagi alasan sbb utk bukan Islam mcm ucapan selamat pagi dsb.....sedangkan kalau ikutkan Hadis Rasulullah, Rasulullah melarang ummat Islam mendahulukan ucapan salam kpd ahli kitab yg termasuk lah org kafir. Maksud Hadis Rasulullah adalah melarang kita MENDAHULUKAN ucapan salam...
Hadis tersebut adalah bermaksud :
"Janganlah kalian memulai kaum Yahudi dan jangan pula kaum Nasrani dengan ucapan salam“ riwayat Muslim"
dalam konteks ini, aku paham ada 2 iaitu ucap salam dan ucapan salam....kalau ucap salam, maksudnya apa2 jenis juga salam....kalau ucapan salam, maka tak boleh kita mengucapkan 'assalamua'laikum' kpd org yahudi/nasrani dan kafir.....
tetapi, telah tercatat pula dalam sejarah iaitu Rasulullah pernah mengucapkan satu bentuk salam kpd seorang bukan Islam dgn ucapan “Assalamu‘ala man ittaba‘a al-huda” (semoga sejahtera ke atas sesiapa yang mengikuti petunjuk)....bentuk salam ini tercatat dalam satu surat yg diutus Baginda kepada Kaisar Rom.
dan mengikut pendapat Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin iaitu memulakan ucapan salam kpd org kafir adalah HARAM walau apa bentuk pun salamnya kerana dalam Hadis Baginda merujuk kepada 'memulakan salam'.....akan tetapi, jika kita ummat Islam terlebih dahulu diucapkan salam oleh org kafir samada depa ucapkan "assalamua'laikum" atau "assamua'laikum"...maka harus bagi kita utk menjawab "wa'alaika". dengan kata lain, walaupun org kafir ucapkan kita "assalamua'laika"...kita dibolehkan menjawab "wa'alaikassalam" ataupun yg lebih selamat adalah "wa'alaika"....
asas kepada jawapan ini adalah bersandarkan ayat Allah dalam surah an Nisa, ayat 86 yg bermaksud "Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa)”
dan juga berdasarkan Hadis Rasulullah yg bermaksud
"Jika ada ahli kitab yang mengucapkan salam kepada kalian maka jawablah 'wa alaikum". (Muttafaq 'Alaihi : Al-Bukhari dalam Al-Istidzan 6258, Muslim dalam As-Salam 2163)
maka bagi kefahaman aku, memulakan ucapan salam kepada bukan Islam dalam bentuk apa pun adalah HARAM....kecuali kata sapaan seperti hello, hai dsb.....tapi, kalau ucapan selamat pagi, selamat petang dan selamat malam adalah ucapan dari kaum depa sendiri yg kita hanya translate kan ke dalam bahasa kita....maka bagi faham aku...masih ada keharusannya di situ sbb ucapan selamat pagi dsb bukannya satu bentuk ucapan yg terkandung makna spt mendoakan kesejahteraan atau keselamatan kpd si kafir....
kesimpulannya....Salam 1 Malaysia langsung tidak ada sanad atau dalil atau keharusan....malah bagi faham aku, ianya jelas satu yg sengaja diada-adakan bagi menjauhkan ummat Islam dari ucapan Salam yg sebenar. Oleh kerana sekiranya dalam 1 majlis, terdapat walau hanya seorang Muslim dan ramai yg lain bukan Islam, itu tidak menghalang kita mengucapkan salam "assalamua'laikum" dan diniatkan hanya kpd yang Islam sahaja
cukuplah kot aku nk bancuh bab salam ni....kalau ada yg terkurang dan terlebih....semoga Allah mengampunkan aku....
sesiapa tak puas hati, pi bancuh sendiri.....hehehehehe
aku nak jawab hicom saham pd puak nung...lupakah mereka pd saham hicom?
BalasPadamjawab Ustaz....jgn tak jawab
BalasPadam