Blog Member

Isnin, 19 Disember 2011

Adakah benar Kerajaan Malaysia telah meminjam dari Bank Dunia?


Gambar-gambar screenshot ini diambil dari laman web WORLDBANK  yg menunjukkan beberapa pinjaman yg telah diluluskan kepada kerajaan Malaysia. Cumanya yg tidak dapat dipastikan iaitu samada ianya dimohon oleh Kerajaan Malaysia ataupun tawaran oleh Bank Dunia kpd kerajaan Malaysia.

Harap-harap semoga ada jawapan yg konkrit dari pihak Kerajaan Malaysia terutamanya dari Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan dalam isu ini.


Tidak ada maklumat lengkap disertakan berkaitan dgn pinjaman di atas, tetapi bila masa aku buat semakan, tertera maklumat di atas iaitu "The following project was approved today by the World Bank's Board:" 

Lain-lain maklumat tidak dinyatakan atau dipaparkan


walaupun di atasnya tertera "The following project was approved today by the World Bank's Board:", setelah aku buat semakan lanjut, pinjaman ini telah diluluskan pada 30 Mac 1999 dan closing date pada 31 Disember 2002. 

Melalui dokumen yg disertakan, pinjaman ini telah ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia sebagai 'borrower' yg diwakili oleh "The Secretary General to the Treasury, Ministry of Finance" dan International Bank pada pada 31 Mac 1999. (download dokumennya di sini)

Tetapi, pinjaman ini dibatalkan sebelum ianya disempurnakan. Permohonan pembatalan telah dibuat pada 14 April 2000 dan disempurnakan pembatalan 1 Mac 2004 (download dokumennya di sini)

Walau apa pun, tarikh tandatangani pinjaman ini adalah di era TDM yg memegang Kementerian Kewangan selepas pemecatan DSAI


Pinjaman ini juga tertera "The following project was approved today by the World Bank's Board:" dan tiada maklumat lanjut berkaitan pinjaman di atas.


Projek ini telah diluluskan oleh Bank Dunia pada 1 Jun 1998, efektif bermula 23 Jun 1998 dan closing date pada 31 Disember 1998. Ini bermakna ianya diuruskan ketika era DSAI sebagai Menteri Kewangan. Aku telah menelusuri laporan oleh Bank Dunia ke atas pinjaman tersebut (download dokumennya di sini), di dapati byk yg telah di implement kan ke dalam sistem kewangan negara selepas pemecatan DSAI, dan hampir kebanyakan yg di gunapakai tersebut telah membantu menstabilkan ekonomi negara (mengikut laporan tersebut), sebagai contoh iaitu penggabungan bank, penstruturan semula syarikat korporat dan lain2

yang lain-lain tu, hangpa baca lah sendiri....aku cuma bancuh apa yg patut saja.....
sendiri baca, sendiri paham, sendiri buat andaian, sendiri buat kesimpulan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...