Blog Member

Khamis, 22 Disember 2011

Siri Baru Duit Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri baru wang kertas dan syiling Malaysia yg berwajah baru dan lebih ceria.
rujuk sini - Wang Kertas / Syiling

Memang nampak agak ceria keluaran syiling dan wang kertas tersebut dan segala ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan. Namun bagi aku, walau berbagai siri dikeluarkan dan pelbagai ciri keselamatan diperlengkapkan, ianya tidak akan dapat lari dari gejala pemalsuan kerana yg cetak duit itu juga manusia, penyamun dan penyangak juga manusia. Apatah lagi, penggunaan wang kertas dan syiling ini tidak bersandarkan kepada sebarang nilainya yang sebenar, hanya disandarkan kepada nilai yg diberi kepadanya. Maksud aku, kertas dan syiling itu sendiri tidak punya nilai sekiranya tidak diletakkan tulisan-tulisan atau nombor padanya....berbanding dengan nilai pada emas, perak dan sebagainya yg mempunyai nilai pada fizikalnya yg tidak bergantung kpd nilai yg diberikan kepadanya.


Adakah dengan mengeluarkan siri2 duit baru ini, rakyat akan menyimpan dengan lebih banyak wang? atau dengan pengeluaran siri baru ini, rakyat akan dapat keluar dari kesempitan akibat kenaikan harga barang atau bagaimana? Apa kesan kepada rakyat keseluruhannya?

Ini bukanlah suatu isu politik, tetapi isu yg mendasari ummat manusia seluruh dunia akibat daripada penggunaan wang kertas yg sebenarnya tidak mempunyai nilai melainkan nilai yg diberikan oleh manusia kepadanya. Oleh kerana itulah, sistem kewangan Islam lebih menekankan kepada penggunaan dinar dan dirham yg bukan saja dapat digunakan untuk berjual beli, malah pada fizikal emas dan perak itu sendiri sudah bernilai. Antara lain bermaksud, kita tak perlu nak letak nilai padanya kerana nilainya sudah sedia ada. Bezanya cuma, kita lah yg perlu meletakkan nilai pada barangan yg hendak didagangkan sesuai dgn nilai emas yg ingin ditukarkan.

Jika digunakan Dinar dan Dirham dalam urusan jual beli, aku berani yakin bahawa masalah pemalsuan wang akan dihapuskan sbb siapa nk boleh tiru Dinar dan Dirham? Maksud aku, siapa nk boleh tiru buat logam emas dan logam perak? siapa boleh tukarkan besi/plastik/tanah liat/kertas jadi logam emas dan perak??? Melainkan Allah sahaja yang mampu mencipta logam emas dan perak. tambahan pulak, zaman sekarang sudah ada mesin canggih utk mengukur ketulenan logam emas dan perak, apa yg kita nk bimbangkan lagi.

Sejak zaman dulu kala sehingga zaman Rasulullah dan hingga ke zaman pemerintahan Khalifah terakhir, logam emas dan perak (Dinar dan Dirham) diiktiraf sebagai medium utama transaksi, tetapi telah ditukarkan kpd sistem wang kertas dan syiling oleh para pengamal riba demi utk memusnahkan kekayaan ummat Islam. Di sebabkan itu lah, ummat Islam di seluruh dunia dipandang miskin kerana diukur dengan kekayaan yg diberi nilai oleh mereka. Aku tak lah pandai sangat nk berbicara bab ekonomi, Dinar dan Dirham ni...tapi itulah yg semakin aku yakini bahawa ummat Islam di seluruh dunia sekarang ini perlu kembali menggunakan Dinar dan Dirham.

Yang aku faham mudah saja, kalau kita ada 1 gram emas di Malaysia, bawa ke Amerika atau ke mana jua pun, nilai 1 gram tu tak akan berubah.  Tetapi, kalau kita ada RM1, bawa ke Amerika...apa yg mampu kita beli di sana? Sistem nilai dalam Islam adalah bukan hanya terletak kpd yg diberi oleh manusia, tetapi juga apa yg diberi oleh Allah swt.

Aku amat berharap semoga satu hari nanti, sistem Dinar dan Dirham dijadikan satu medium utama dalam sistem kewangan negara. Ringgit Malaysia mgkn masih boleh digunakan dgn bersandarkan kpd simpanan emas masing-masing atau terus dihapuskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...