Blog Member

Ahad, 25 Disember 2011

Saya terdesak samun untuk beli susu anak

Berita penuh : sinarharian.com.my

Kalau dah terlibat dengan dadah, aku tak boleh kata apa dah lah....cumanya, aku nk komen skit lah...

kalau dalam hukum Islam, sefaham aku...kes2 sebegini perlu dirujuk kepada penguasa/pemerintah bagi penyelesaian dengan cara lain. Bukannya dgn menghukum atas kesalahan semata-mata.

Hukum Islam menitikberatkan fakta kes secara keseluruhan dan bukannya hanya melihat kpd fakta kesalahan dengan melihat kpd segala faktor penyumbang kepada kesalahan tersebut boleh berlaku. Tapi, oleh kerana negara Islam Malaysia mengamalkan sistem undang2 barat yg tidak berpaksikan kpd nilai kesyumulan Islam...faktor2 peyumbang dan fakta lain semua diketepikan. Depa hanya menjurus kpd kesalahan yg dilakukan dan secara tidak langsung membebaskan tanggungan penguasa/pemerintah dalam menjaga kebajikan rakyat jelata seolah2 setiap kesalahan seperti ini tidak punya perkaitan dgn penguasa/pemerintah.

Cuba lah kita fikir secara logik...dah lah brader ni kesempitan hidup, didapati bersalah dan dipenjara pula...apa akan jadi kpd keluarganya? bagaimana survival anak dan isterinya? sedangkan dalam Hukum Jinayat Islam tidak memestikan setiap kesalahan itu dihukum, malah dalam keadaan tertentu...pihak yg menyumbang kepada kesalahan berlaku akan dihukum juga...bukan saja org yg melakukan kesalahan

Inilah sebagai satu contoh yg mewajarkan Hukum Jinayat Islam ditegakkan dan di amalkan...tapi, bila bercakap bab hukum jinayat Islam...org yg bodoh, pekak dan tuli itu hanya melihat dalam skop yg sempit iaitu 'hukuman' sedangkan skop yg lebih luas dan lebih besar dikesampingkan.....

Aku hanya berdoa semoga aku masih mampu melihat hukum jinayat Islam dilaksanakan di Malaysia sebelum Allah menjemput aku kembali menghadapNya....amiiiin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...