Datuk Seri Idris Jusoh (bekas MB Terengganu) dilaporkan sebagai menasihati Pemimpin PAS supaya berjiwa besar.....HAHAHAHAHAHA....kira gelak besar aku membaca ayat tersebut keluar dari mulut seorang pemimpin umno. Aku tak hairan sebenarnya, cuma kata-kata itu patutnya ditujukan kepada pemimpin dan anak juak umno sendiri terutama di Terengganu.
Adakah org yang bertutur itu juga berjiwa besar? kita diperlihatkan bagaimana bantahan yg dibuat oleh pengikut2nya dalam kemelut perlantikan MB Terengganu pasca PRU 12. Kita diperlihatkan 'jiwa-jiwa besar' pemimpin umno ini dengan penuh kesombongan menolak dan lebih teruk lagi menghina Institusi Raja dengan perkataan yg tidak pernah dan tidak wajar dituliskan.
Manakala secara keseluruhannya pula, adakah pemimpin2 umno dan be end berjiwa besar apabila gagal utk memahami beberapa buah negeri telah secara rasmi ditadbir oleh PR setelah mendapat mandat rakyat? Adakah mereka berjiwa besar apabila seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bahawa rakyat menolak kepimpinan korup mereka? Selamanya pemimpin2 umno be end hanya berjiwa sekecil 'tungau' yg hanya tahu menghisap darah secara sembunyi-sembunyi, tetapi boleh mengakibatkan kegatalan berpanjangan.
Adakah pemimpin umno be end juga berjiwa besar apabila hanya mengalami sedikit kemerosotan dalam keputusan PRU 12, lalu mencari segala kambing berwarna hitam untuk disembelih sedangkan PAS selama lebih 50 tahun mengalami keputusan turun naik silih berganti....tapi umno, hanya sekali menerima keputusan berbentuk 'tamparan', sudah riuh seMalaya hingga menyebabkan Pak Lah yg mulanya disanjung dan dipuja dipaksa dgn penuh berhemah meninggalkan takhta
Bagi aku, sebagai 'bekas ahli umno' merasakan pimpinan PAS sejak dulu sememangnya berjiwa besar dan berjiwa hamba pada masa yg sama lebih membesarkan Allah dari kepentingan sendiri. Sedangkan pemimpin umno hanya berjiwa besar apabila sudah kaya raya kerana mereka hanya membesarkan kekayaan yg ada, meletakkan pemimpin mereka laksana 'Nabi' walau bukan Rasul hinggakan apabila dikritik saja, boleh mengundang marah seluruh negara. Masih aku ingat bagaimana ada seorang artis dihambur pelbagai cacian, makian dan sumpah seranah hanya dgn berkata "siapa itu Mahathir?"...adakah mereka itu berjiwa besar?
HAHAHAHAHAHAHA............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....