Blog Member

Ahad, 25 Disember 2011

Culik penternak lembu kena jel 6 tahun, seleweng duit lembu kena apa???

Lima lelaki bersalah menculik penternak lembu dijel enam tahun : Utusan


JOHOR BAHRU 23 Dis. - Lima lelaki terselamat daripada hukuman mati di tali gantung apabila masing-masing dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan pindaan menculik seorang penternak lembu untuk dikurung secara salah, tahun lalu.

V. Sivakumar, 26; M. Mohanraj, 21; Nagoor Khan Mustafa Khan, 39; N. Nagulan, 25, dan R. Thiru Kumaran, 29, dijatuhi hukuman tersebut setelah kesemua mereka mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Mereka bersama dua lagi individu yang masih bebas pada asalnya didakwa atas tuduhan menculik K. Puvendran, 23, bagi mendapatkan wang tebusan RM1 juta di Jalan Kilang Nenas, Batu 8 1/2 Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini kira-kira pukul 10 malam, 7 Mac 2010.

Bagi tuduhan asal tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun di akhir kes pendakwaan, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abd. Halim Aman memutuskan untuk meminda pertuduhan itu kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama iaitu menculik dengan niat mengurung secara salah.

Di bawah seksyen tersebut, mereka boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Dalam keputusannya, Abd. Halim memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara tersebut mulai tarikh mereka ditangkap pada 10 Mac tahun lalu.

Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Rahimah Abd. Majid dan Azreen Yas Mohd. Ramli mengendalikan pendakwaan manakala kelima-lima tertuduh diwakili peguam R. Shubash, Sukaimi Mashud, Zurina Sidek, John Fernandez dan K. S. Ramesh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...