Blog Member

Rabu, 21 Disember 2011

Adakah duri dalam daging PAS?

Aku mulanya malas nk melayan isu-isu berkenaan dgn Dr Hassan Ali dan PAS. Tapi setelah kenyataan yg dikeluarkan beliau bahawa PAS telah lari dari dasar perjuangan, maka nk juga aku masuk campur dalam memberikan pandangan peribadi aku.

Bagi aku, mana-mana ahli PAS ada hak utk bersuara bagi menyatakan pendirian dan pendapat. Tetapi bezanya iaitu kaedah dan cara bagaimana pendapat itu dilontarkan atau dikemukakan.

Sepanjang polemik ini berlegar, ianya telah bermula sejak lama dulu. Bukan baru sehari dua ini, cumanya ia semakin dihangatkan dengan tajuk-tajuk terkini yg bersilih ganti.
Yang terkini adalah bermula dari pendedahan oleh YB Saari Sungip yg merupakan Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor yg mengatakan bahawa Dr Hassan Ali tidak mendapat pencalonan yg cukup bagi melayakkan diri utk bertanding kerusi DUN Gombak Setia. Sebenarnya kenyataan YB Saari ini boleh aku katakan sebagai 'mendahului pimpinan'...Sebenarnya, Pimpinan PAS telah mengarahkan semua PAS negeri utk mengadakan undian bagi mencadangkan calon masing-masing. Undi tersebut adalah ditujukan kepada semua PAS Cawangan dalam setiap DUN dan Parlimen yg bakal ditandingi bagi mengutip cadangan dari akar umbi mengenai siapakah yg hendak dicalonkan. Undi yg dijalankan adalah secara rahsia dan tiada maklumat yg patut didedahkan. Di negeri aku, aku adalah salah seorang penyelia proses pengundian yg dijalankan dan sehingga kini pun, aku tidak langsung tahu siapa yg dicalonkan, siapa yg dapat undi tertinggi dan siapa yg tidak memperolehi cukup pencalonan.

Ini kerana, proses pengundian yg dijalankan adalah bukannya menjadi penentu mutlak bagi meletakkan sebarang calon. Ianya adalah proses yg baru diperkenalkan dan juga sebagai satu kayu ukur kepada prestasi calon sedia ada. Walau apa pun, keputusannya tak perlu didedahkan kerana ia hanya bersifat 'keputusan dalaman'.

Setelah itu pula, timbul komen-komen dari pihak kedua dan ketiga yg bagi aku amat lah 'tidak enak' terutamanya komen dari media samada pro-umno dan pro-PR samada komen tersebut ditujukan kepada Dr Hassan Ali ataupun kepada PAS mahupun kepada YB Saari Sungip. Adalah menjadi tugas media untuk mensensasikan berita ataupun melaporkan sebarang berita mengikut halwa mereka, hairannya mengapa pihak PAS pula yg tergopoh gapah menyerang dan menyalahkan media pada semua perkara. Ini langkah yang tidak aku persetujui kerana jika tidak ada kenyataan yg dimulakan oleh YB ADUN Hulu Kelang itu, pastinya tidak ada kekecohan yg bakal terjadi.

Berbalik kepada Dr Hassan Ali. Sebagai seorang motivator, sepatutnya beliau lebih dapat memotivasikan diri dalam menghadapi apa jua situasi. Bukan dgn menggunakan media sebagai jalan pintas utk memastikan suara didengari. Dan yang terkini iaitu dengan menyatakan bahawa PAS telah lari dari perjuangan asal...ini sesuatu yg tak sepatutnya keluar dari mulut seorang bekas pimpinan negeri, sedangkan isu berkenaan 'Negara Berkebajikan' telah diputuskan secara bersama dan dipersetujui secara bersama yg hanya menjadi alat atau manifesto ataupun hanya sebagai slogan, bukannya sebagai hakikat perjuangan. Hakikat perjuangan PAS sejak dahulu hingga kini tak pernah berubah iaitu untuk memartabatkan 'KalimatulHaq' yg terkandung dalam Al Quran dan Sunnah.

Oleh itu, aku menyeru kpd semua pihak terutama pihak Presiden dan Mursyidul Am supaya menggunakan kuasa yang diperuntukkan oleh ahli2 PAS seluruh negara bagi menyelesaikan segera kemelut yg melanda. Jangan sampai ianya menjadi satu musibah menjelang pilihanraya kerana musuh senantiasa menunggu masa utk mencari kelemahan kita.

InsyaAllah bersambung....wallahua'lam

himpunan laporan berita berkaitan Hassan Ali :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...