Blog Member

Jumaat, 30 Disember 2011

Rasuah RM415K (hukum lebih RM2juta & 4 tahun penjara)...rasuah berjuta???

Rasuah: Bekas pegawai kanan DIGI didenda RM2.075j, 4 tahun penjara
berita : malaysiakini.com

Seorang bekas pegawai kanan pemerolehan Digi Telecommunication Sdn Bhd dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM2.075 juta oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah atas 14 pertuduhan memperoleh rasuah berjumlah RM415,000 daripada sebuah syarikat.
Hakim Asmadi Hussein menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa tertuduh, S. Stanley, 39, dari Bandar Kinrara, Puchong, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tertuduh boleh dipenjara selama 14 tahun sekiranya dia gagal membayar denda.

Asmadi bagaimanapun membenarkan permohonan Stanley untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

Mahkamah turut menaikkan jumlah jaminan terhadap tertuduh daripada RM50,000 kepada RM250,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkannya melapor diri di balai polis terdekat pada Ahad pertama setiap bulan.

Stanley didakwa memperoleh wang itu melalui akaun Maybank daripada Syarikat Nakhoda Sistem Sdn Bhd sebagai dorongan untuk memilih syarikat berkenaan sebagai pembekal kabel dan peralatan telekomunikasi kepada Digi Telecommunication.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Maybank cawangan Taman Kinrara, Puchong dekat sini, antara 13 Ogos 2007 dan 22 Okt 2008.

Sepanjang perbicaraan, seramai 16 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pembelaan mengemukakan seorang saksi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Muhammad Sinti manakala tertuduh diwakili oleh peguam M.Athimulan.
-----------------------------------------------------------------------------
Bancuh : hangpa sendiri mau pikiaq lah adil ka tak adil ka undang2 ciptaan depa nih....itu sbb Rasulullah dah pesan dah dalam satu Hadis :

Dari 'Aisyah bahwa Rasulullah bersabda: "Apakah engkau akan memberikan pertolongan untuk membebaskan suatu hukuman dari hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah?". Kemudian Baginda berdiri dan berkhutbah. Baginda bersabda: "Wahai manusia, orang-orang sebelummu binasa adalah karena jika ada seseorang yang terpandang di antara mereka mencuri, mereka membebaskannya, dan jika ada orang lemah di antara mereka mencuri, mereka menegakkan hukum padanya."
riwayat Ibnu Hajar Al-Ashqolani dalam Kitab Bulughul Maram

itulah yg dok jadi la ni....kalau peringatan Rasulullah spt di atas terus diingkari, tak boleh dielakkan lagi kebinasaan spt dijelaskan oleh Rasulullah iaitu org sblm kita binasa disebabkan demikian....la ni pakat dok amal benda yg sama....tak lambat lah tu.....sekali Allah bagi bala....yg tak berkenaan pun kena....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...