Blog Member

Jumaat, 23 Disember 2011

130 ahli PKR Penanti sertai UMNO???

Berita penuh di : utusan.com.my

Pertamanya bagi chance aku gelak dulu....hahahahahahahahahahahahaha...
Kalau dalam PAS, ini sebenarnya dah biasa....sejak berpuluh tahun dulu, perkhabaran seperti inilah yg selalu dicanangkan atau dimainkan oleh umno be end setiap kali menjelang pilihanraya.

Kalaulah aku boleh mengira, mgkn sudah hampir pupus keahlian PAS yang telah berhijrah ke dalam umno be end. Tetapi, lebih menghairankan aku iaitu semakin ahli PAS dicanangkan keluar parti, semakin ramai pulak orang menyokong PAS. Jika dulu PAS hanya punya 1 kerusi, tetapi kini dah berpuluh kerusi. Adakah itu petanda bahawa semakin lama PAS terhakis sokongan??? hahahaha


Dan dalam berita di atas iaitu mengenai ahli PKR keluar parti dan menyertai umno be end. Ini pun dah kira 'sudah masak' @ lali @ mangli dgn berita2 sebegini. Di mana2 saja la ni dituliskan berita "ahli PAS/PKR/DAP keluar parti"....cuma, apa yg aku nk highlight kat sini iaitu pada kefahaman aku, pakcik makcik yg seperti digambarkan tu memang sejak dulu lagi umno be end totok. Dan kalau depa pernah menyertai PKR pun sebelum ini, memang depa layak 'kembali' kepada umno be end kerana jiwa dan perjuangan depa tak serasi. Perjuangan  depa ni hanyalah bersifatkan 'kebendaan' seperti yg selalu dicanangkan oleh pemimpin umno be end berkaitan 'pembangunan'

Sunguh aku heran juga dgn rencana pembangunan depa ni...bila nak menyertai umno be end, mesti alasan depa iaitu pembangkang tak bawa pembangunan...itu satu2nya alasan depa sejak dulu sampai la ni dan selamanya itulah satu2nya alasan depa. Di kampung aku, sejak 54 tahun dulu umno be end tu jugalah yg pegang kerusi, tapi tak ada apa pembangunan sangat pun. Kalau lah nk dikatakan hanya umno yg mampu bawa pembangunan, selama lebih 50 tahun...dah tentu kampung aku dah ada bangunan mencakar langit ataupun setidak-tidaknya bangunan 10 tingkat...tapi, sejak dulu sampai la ni...macam tu saja....so, apa pembangunan yg puak2 ni bawa dan apa pembangunan yg pakcik makcik tu dok minta???

Melainkan itu semua hanya retorik atau alasan utk memburukkan parti gabungan Pakatan Rakyat kononnya tak bawa pembangunan. Selamanya umno menjajah pemikiran orang kampung dgn retorika pembangunan yang tak sudah2....

Elok lah pakcik makcik oooi...kembali lah kepada umno be end tu...parti yg berkarat, bersarang dgn rasuah dan korup, penuh adu domba....kami generasi muda tetap mengorak langkah ke arah pembentukan negara Malaysia yg lebih mendekati 'redha Allah' dan bukannya 'redha manusia'....

1 ulasan:

  1. kah kah kah kah kah --meraka nak membangunkan lubang kubuq dengan pembangunan api neraka barang kali --kah kah kah

    BalasPadam

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...