Dalam tempoh sebulan dua ini, kita dikejutkan dengan pelbagai pendedahan terhadap NFC ataupun boleh juga disebut sebagai 'tuduhan' kerana belum ada sebarang jawapan, maka aku sebutkan saja sebagai satu tuduhan. Setiap tuduhan itu tak semestinya 'TIDAK BENAR' kerana ia masih perlu kepada jawapan atau pengakuan atau bantahan.
Jika bulan lepas, didedahkan pembelian 2 unit kondo bernilai hampir RM13juta, kemudian didedahkan pula pembelian 2 lot tanah di Putrajaya bernilai lebih RM3juta, hari ini didedahkan pula pembelian 1 unit kondo mewah di Singapura bernilai hampir RM10juta ketika dibeli (S$4.1mil)
Jika benarlah seperti yg dituduhkan, maka amatlah menghairankan bagaimana gerombolan ini menikmati rezeki Tuhan.
Mengikut laporan tersebut juga, Saifuddin Nasution disebutkan berkata "“For the duration of three months between October and December 2010, Shahrizat’s family transferred an estimated S$530,000 or RM1.3 million from the government’s funds to manage its personal business in Singapore"...dan ini menunjukkan bagaimana wang rakyat diselewengkan dgn begitu mudah. Amanah yg diberikan telah dilacurkan dengan sedemikian rupa dgn mengkayakan diri sendiri dan dalam masa yang sama mengajak rakyat utk berhemah.
Apa pun, aku lebih berharap semoga yg dituduh tampil utk menafikan segala pertuduhan, ataupun tampil utk membersihkan nama jika tuduhan dianggap tidak benar. Namun, kebenaran mutlak hanya pada penilaian Allah, walaupun rakyat boleh dibutakan mata...ingatlah bahawa Allah Maha Melihat dan Maha Jelas Segalanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....