Blog Member

Ahad, 30 September 2012

Ringkasan Bajet 2013

aku boh dulu ringkasan bajet yang ditulis oleh orang yg pandai dalam hal ringkas meringkas bajet ni.... aku reti komen saja......nanti aku tulis pulak komen aku dalam entri yg akan datang....nak kena study dulu dua tiga perkara.........


Ringkasan bajet 2013
  • Bonus 1 bulan setengah diberikan kepada penjawat awam. Setengah bulan sudah dibayar semasa hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Setengah bulan akan dibayar pada bulan Disember nanti dan setengah lagi pada bulan Januari 2013. Bagi pesara pula pemberian @bonus juga mereka dapat sebanyak RM500. 
  • Pelepasan cukai pendapatan bagi tabungan di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (PTPTN) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000. 
  • Diskaun 20% bagi pinjamaan PTPTN jika selesaikan hutang tersebut sekaligus bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013. Bagi yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual bermula 1 Oktober 2012, diskaun 10% setahun akan diberikan. 

Khamis, 27 September 2012

warta pitnah dah mula keluaq!!!!

tak cukup dengan tibi tiga dan saluran media elektronik dan media cetak, puak2 umnu be end cetak pulak Warta Nasional yg aku rasa lebih elok dipanggil warta fitnah.....

gambaq di sebelah adalah apa yg aku jumpa hari ini di satu bus stop di Alor Setar....diletakkan entah oleh siapa dan tercatat padanya Bil. 4/2012/Edisi Percuma.......hahahaha..... bersama dgn warta tu adalah sebuah buku Janji Ditepati.......

malas aku nk komen banyak dan malas aku nk ulas segala isi kandungannya buat masa la ni sbb kalut skit....trektar dah nak turun bendang dah, hujan plak dua tiga hari ni.....nak kena pi tengok ayaq dalam bendang sat dulu......

ringkasnya, aku ambik semua warta dan buku tu, masuk dalam kereta.....balik aku buang dalam tong sampah......hahahahaha.....padan dgn tong sampah saja baca....

apa yg jelas iaitu puak2 tu dah makin terdesak dan mendesak.....dalam warta tu berbagai berita tak berasas diterbitkan tanpa dinyatakan nama pengarang dan pencetaknya mahupun penerbitan mana....... hahahaha..... kalau benar, beranilah dalam berkata2......bukan dgn cara budak2 tadika baling batu sembunyi tangan......

poooooodah!!!!!!!

Selasa, 25 September 2012

Kajian: Jangkaan BN menang PRU13 susut

berita : Sinar

SHAH ALAM - Peratusan jangkaan Barisan Nasional (BN) akan menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merosot berbanding kedudukan awal tahun, demikian menurut hasil kajian terbaru diumumkan oleh pusat penyelidikan Universiti Malaya (UM), hari ini.
Sebaliknya, jangkaan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan mencapai misinya menguasai Putrajaya dan menggantikan BN di pusat meningkat.

Peratusan pengundi yang tidak pasti berhubung soalan yang membawa kepada jangkaan itu - "dengan andaian anda tidak memihak kepada mana-mana parti politik, parti manakah yang anda jangka akan menang di peringkat nasional dalam PRU13 dan menguasai Putrajaya", mengalami penurunan daripada 30 peratus kepada 26 peratus.

Kedudukan itu 26 peratus itu dilihat menggambarkan pendirian pengundi-pengundi atas pagar, yang akan memainkan peranan penting dalam PRU13.


Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (Umcedel) ini menunjukkan hanya 44 peratus mengatakan BN dijangka menang di peringkat nasional berbanding jangkaan 49 peratus Mac lalu. Dalam pada itu, peratusan keyakinan PR akan menang meningkat daripada 21 peratus kepada 30 peratus - satu tahap kenaikan yang besar.

Penemuam ini adalah berdasarkan kajian perbandingan yang dijalankan pada Mac-April dan September 2012. Kajian awal dijalankan antara 31 Mac dan 15 April lalu manakala yang terbaru dari 1 hingga 16 September.

Dalam pada itu, kajian yang sama menunjukkan bahawa bilangan responden yang yakin PR akan mengekalkan kuasa di Selangor meningkat besar daripada 38 peratus pada Mac kepada 50 peratus pada bulan ini.

Bagaimanapun jangkaan bahawa BN akan menang pula merosot daripada 28 peratus kepada 16 peratus. Jangkaan di kalangan responden yang tidak pasti kekal 34 peratus pada Mac dan September.

Senario yang sama ditunjukkan oleh data membabitkan Kedah.

Paras jangkaan PR akan menang di Kedah naik daripada 37 peratus kepada 48 peratus manakala di pihak BN pula menurun daripada 40 peratus kepada 32 peratus. Jangkaan di kalangan responden tidak pasti menurun sedikit daripada 23 peratus kepada 20 peratus.

Selangor, Kedah dan Pulau Pinang dikuasai oleh PR pada Pilihan Raya Umum 2008. Pas memerintah Kelantan sejak 1990.

Kajian Mac-April menggunakan 2,282 responden manakala kajian terbaru membabitkan 1,536 responden.

Daripada 1,526 responden, seramai 1,041 melibatkan orang Melayu, Cina (385) dan India (110).

Dalam kenyataan hasil kajian yang dikeluarkan hari ini, Umcedel berkata, pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.

Kajian UM: Populariti Najib jatuh 3 peratus

berita : Sinar

SHAH ALAM - Kajian terbaru sebuah pusat pilihan raya Universiti Malaya (UM) menunjukkan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami sedikit penurunan berbanding kedudukan Mac-April lalu.

Populariti Najib, yang dilihat sebagai faktor penentu dalam membawa Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding prestasi 2008, telah susut daripada 61 peratus kepada 58 peratus.

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (Umcedel), Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman menyifatkan penurunan itu "masih keci", tetapi sama ada ia "satu trend penurunan atau yang hanya bersifat sementara adalah satu persoalan."

orang Cina dah mula yakin....puak umnu???

sumber : Malaysiakini

42% masyarakat Cina percaya bahawa Hudud mampu membendung kes jenayah??? apa yg aku boleh katakan iaitu pelik bin ajaib walaupun ianya bukanlah sesuatu yg mustahil.......

walaupun angka tersebut tidak mewakili majoriti, tetapi ianya sangat-sangat signifikan dan kiranya satu angka yg mengejutkan jugak lah dalam keadaan ummat Islam di Malaysia sedang berada dalam krisis ilmu dan kefahaman terhadap agama sendiri.........

angka itu juga menjadi petunjuk bahawa penerapan 'Islam Untuk Semua' yang di bawa oleh PAS sudah mula menampakkan hasil yang baik dan berkesan....PAS yang pada dulunya amat ditakuti oleh masyarakat bukan Islam dengan momokan yg dibuat oleh seteru politik terutamanya dalam isu Hudud....hanya sejak 10 tahun kebelakangan ini sahaja, rentak perjalanan PAS semakin gagah dan mantap dalam memberi penerangan kepada masyarakat mengenai Hudud dan perlaksanaannya......

macam mana pulak dengan puak2 umnu??? geng perkosam??? geng pekikda??? hahahaha..... aku rasa, puak2 tu tentu tak setuju dengan angka tersebut dan depa sudah semestinya tak bersetuju bahawa Hudud mampu membawa keadilan dan keamanan kepada masyarakat dan negara.....heran yang amat heran sbb orang yang mengaku Islam menolak sebarang cadangan perlaksanaan undang-undang Islam dengan seribu satu macam alasan.....la ni Allah dah bagi petunjuk jelas bahawa Allah Maha Berkuasa.....kalau hangpa tak mau, masih ada orang yang mau walaupun depa tak beriman dgn Allah dan Rasul Nya.........

Isnin, 24 September 2012

jangan tak komen.....janji puas hati......hahahahaha!!!!!

tu dia aih.....hangpa tengok dan baca komen sekor umno hangit di blog aku ni.....dia ni Tuhan ka yg dgn mudah kata puak2 PAS (ahli & penyokong PAS) adalah "syaitan yg direjam dan dibakar oleh kuasa azab Allah SWT".... setahu aku, hanya umno saja yg disyorkan pilih syaitan berbanding malaikat..... 


kalau dia tulis 'akan'....aku boleh paham lagi lah......tp tak ada langsung perkataan utk aku husnudzhan dgn dia ni........ mangkuk ayun yg macam ni lah bakal menambahkan koleksi mereka2 yang akan memilih syaitan yg dikenali berbanding malaikat yang tak dikenali.....

bedal lah komen apa pun.......satu milimeter pun tak menjejaskan aku.....itu sbb aku open comment di blog aku ni.....mana2 yg bodoh akan teruskan menunjukkan kebodohan sendiri.....yang cerdik insyaAllah akan Allah lindungi......mudah saja matematiknya.......

repekan sahibussamangkuk!!!!!

berita : Malaysiakini

Membaca laporan berita seperti di sebelah, aku hanya boleh kelaskan ungkapan2 yg dikeluarkan lebih kepada bersifat repekan seseorang yg kemungkinannya merasakan dia tidak akan kembali bertemu Khaliq nya....

Sejak dari dulu lagi, manusia inilah paling lantang, paling kuat dan paling terkehadapan dalam membantah perlaksanaan hukum Hudud di bumi Malaysia ni dengan hanya berpandukan kepada satu-satunya hujjah nya iaitu 'keadilan'...........

Yang aku amat hairankan pulak, ke mana perginya puak2 yg mendabik dada pandai agama dalam umno sehingga meletakkan gelaran depa sebagai 'Ulama Muda'??? Kalau tak salah pada ingatan aku, puak2 ulama muda ni pernah menziarahi orang tua itu selepas daripada kenyataan yg dikeluarkannya dalam satu majlis di sebuah universiti yg dipetik sebagai berkata Hudud itu hanyalah ciptaan ahli fekah dan tidak ada dalam al Quran............
hangpa boleh lawat entri aku di sini utk clear view : Hukum Hudud hanyalah ciptaan ahli2 feqah

Entah mcm mana lagi lah nk bagi paham sesetengah manusia yg dari jenis ini.....dan entah hujjah atau bukti yg macam mana lagi yg depa nak.....aku pun tak paham!!!!!!

Dan masa puak2 ILMU yg pi ziarah TDM itu hari, apa yg depa tanya dan cerita kat dia pun kita tak tau!!!! entah pi bagi nasihat ataupun dinasihatkan!!!!

Dalam artikel berita di atas, paling menarik kata2 TDM iaitu seperti screen shot di bawah :

"Tambahnya lagi, golongan berkenaan juga tidak mengambil kira hakikat bahawa komuniti Islam wujud bersama dengan komuniti bukan Islam"

Dengan ayat seperti di atas, timbul persoalan di kepala hotak aku ni iaitu adakah Allah itu jahil pada pandangan TDM ni??? adakah Allah tidak tahu bahawa ummat Islam akan wujud di celah2 atau bersama komuniti bukan Islam hinggakan Allah menurunkan hukum2 yg tidak sesuai untuk dilaksanakan sama sekali??? dan adakah Allah jugak tidak bersifat dengan Maha Adil??? atau bagaimanakah Allah itu pada pandangan TDM ni?????????

katanya lagi :
"Saya dapati kita kurang mempercayai perkara yang yang terkandung dalam Quran tetapi lebih (percaya) apa yang diajarkan kepada kita dalam sunnah dan hadis - yang sebenarnya tidak wajib."

SubhanAllah, masyaAllah......adakah ini juga mengisyaratkan kepada kita bahwa TDM ni menolak Hadis sebagai satu sumber hukum dan sebagai contoh dan pelengkap atau praktis dari isi al Quran??? jika begitu, PENGHINAAN APAKAH INI yang dibuat oleh TDM kepada junjungan besar Nabi Muhammad??? disebalik kita memarahi musuh2 Islam menghina Rasulullah, adakah perkataan TDM ini tidak bersifat menghina Rasulullah yang menjadi utusan Allah, yang maksum, sebagai petunjuk, contoh dan tauladan kepada ummat manusia??? Adakah Rasulullah suruh kita melebihkan sunnah berbanding al Quran??? malah Allah telah berpesan dalam surah al A'raf, ayat 158 yg bermaksud
"Katakanlah (Wahai Muhammad) : wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tiada Ilah (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan yang mematikan; maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk"

manakala dalam surah al Fatihah yg kita wajib baca setiap hari 17 kali, dalam ayat 5-7 yang bermaksud :
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, yaitu jalan orang-orang yang Engkau anugrahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat"

jalan lurus yg mana wahai TDM??? kalau dah hang tak mau pakai hadis dan sunnah......hang tunjuk mai jalan yg hang rasa lurus???

firman Allah dalam surah an Nahl, ayat 44 yang bermaksud :
"Dan Kami turunkan kepadamu (Muhammad) al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka"

petikan dari Mifthul Jannah fii al-Ihtijaj bi as-Sunnah oleh al-Hafizh al-Imam as-Suyuthi, menyebutkan :
riwayat dari Makhul, ia berkata : "al Qur'an lebih memerlukan asSunnah daripada asSunnah memerlukan al Qur'an" - diriwayatkan oleh Said bin Mansur.
riwayat dari Yahya bin Abu Katsir, ia berkata : "asSunnah memutuskan (menetapkan) al-Qur'an dan tidaklah al Qur'an memutuskan (menetapkan) asSunnah" - diriwayatkan oleh ad-Darimi dan Said bin Manshur.
al-Baihaqi berkata : "Maksud dari ungkapan di atas, bahwa kedudukan asSunnah terhadap al Qur'an adalah sebagai yang menerangkan sesuatu yang datang dari Allah, sebagaimana firman Allah"

kalau nk dikarangkan, sampai 3 hari 3 malam pun tak abis cerita pertautan antara asSunnah dan al Qur'an ni....aku pun bukannya reti sangat nk dok explain bab2 ni sbb takdak ilmu pun.....takat mana yg aku reti saja.....tapi pun, tak berani aku sampai nak membuat perbandingan antara al Qur'an dan asSunnah, mana yg lebih perlu diikuti sedangkan sejak aku kenai Islam, tok2 guru dan para ustaz ustazah ajaq aku bahawa Sunnah pelengkap kepada al Qur'an.......... kalau tak ada Sunnah, nk makan pun tak reti macam mana!!!! 

jom kita perati AMARAN Allah dalam surah Qaaf, ayat 45 yang bermaksud :
"Kami (Allah) lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad), dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman); oleh itu, berilah peringatan dengan al Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu"

Jumaat, 21 September 2012

beginikah ajaran Islam???

hangpa tengok video di bawah ni.....tengok sampai abih!!!

beginikah ajaran Islam yg diajarkan kepada puak2 gerombolan ni??? kononnya nk mempertahankan kesucian Islam, tetapi apa yg diperbuat sebenarnya lebih menghinakan agama Islam itu sendiri....... ajaran mana yg depa pakai??? kitab mana yg depa turut??? tok guru mana yg depa ikut???



adakah ini jugak yg disebutkan oleh seorang tu yg menjadi tanda bahawa parti depa direstui Ilahi??? atau ini merupakan satu dari ajaran malaikat yg tidak dikenali???

pada aku, kelucahan...kata caci maki dan kurang ajaran seperti dalam video di atas lah sebenarnya bakal mengundang rasa benci dan jijik orang bukan Islam kepada Islam.....bukan Islam yg kurang arif dan kurang memahami Islam akan senantiasa memisahkan diri dari Islam dek kerana perangai yg macam di atas tu!!!!!

Musuh tidak mahu Islam berkuasa - Noh Gadut

berita penuh : Sinar

Antara intipati yang disebutkan oleh bekas Mufti Johor ni iaitu 4 strategi musuh Islam dalam menghalang Islam dari berkuasa.....
1. memiskinkan ummat Islam
2. ketinggalan dalam bidang ekonomi dan ilmu
3. perpecahan ummat Islam
4. tidak berkasih sayang

aku amat bersetuju dgn semua di atas yg disebutkan oleh Datuk Noh.....AKAN TETAPI....ummat kita hari ini amat mudah menyalahkan pihak luar ataupun musuh apabila sesuatu berlaku dalam kehidupan ummat Islam dan pada masa yg sama seolah2 menafikan hasil kerja tangan-tangan ummat Islam sendiri yg telah melemahkan ummat Islam dari segenap penjuru.....

dah namanya pun 'MUSUH'.....dah tentu musuh2 akan bertindak sesuai dengan kedudukan depa sebagai musuh......lebih kurang mcm musuh tanaman....depa akan menyerang tanaman tak kira samada kita dalam keadaan bersedia atau tidak, samada kita boleh hadapi atau tidak.....musuh tanaman tetap akan menyerang apabila sampai waktu dan ketikanya...... maka, apa yg kita dok menyalahkan musuh tak berenti-renti sedangkan dah memang sifat musuh sebegitu!!!!!

sesuatu yang wajar diingat bahawa musuh itu terdiri dari dua bahagian iaitu musuh luaran dan musuh dalaman..... kalau kita sebutkan Yahudi sebagai musuh luaran, maka musuh dalaman ummat Islam siapa??? kalau dalam satu batang tubuh, musuh luaran adalah benda2 di sekelilingnya termasuklah syaitan yang dikenali....maka musuh dalaman adalah hawa nafsunya sendiri.......bagi aku, musuh dalaman ummat Islam adalah orang2 Islam itu sendiri......

mengenai kekuasaan.....kalau sebutkan dalam konteks negara Malaysia....ummat yang berkuasa atau yang memegang tampuk kuasa adalah ummat Islam juga....tapi, mengapa keempat-empat benda yg disebutkan oleh Datuk Noh Gadut wujud dalam negara kita??? adakah itu perbuatan musuh Islam samada Yahudi atau Nasrani??? adakah puak yahudi yg tinggal bertaburan di seluruh dunia yg memiskinkan ummat Islam di Malaysia??? adakah puak2 Nasrani yg meletakkan ummat Islam di Malaysia ketinggalan dalam bidang ekonomi??? adakah, adakah, ADAKAH itu semua????????

di Malaysia, rekod rakyat miskin menunjukkan orang2 Islam masih lagi mengungguli carta kemiskinan, begitu juga dalam aspek pembelajaran dengan kos yang tinggi dalam sara hidup harian dan kos yg tinggi jugak dalam segala aspek berkaitan keilmuan.....dari sudut perpecahan pulak, perbuatan adu domba...fitnah memfitnah jadi makanan harian..... hangpa sambung lah lagi huraian aku tu.....

gila sudah!!!!!!

Selepas tadika, PASTI pula dicerobohi

Oleh Mazlan Aliman, 21 Sep 2012

Belum pun reda isu Tadika Permata Islamiyyah Pasir Gudang ditutup oleh Umno; Tadika Islam Pasti Taman Aman Senai, Johor pula diceroboh malam kelmarin.

Ia dilakukan oleh Ketua Umno Cawangan Taman Aman, Norazman Hasbollah. Beliau juga adalah SU Kerja Umno Bahagian Kulaijaya dan Ahli Majlis Perbandaran Kulaijaya (MDKu).

Norazman telah datang ke premis Pasti jam 8.13 mlm dengan merobohkan signboard Pasti dan menurunkan serta membuang banner 'TAWARAN PAKATAN RAKYAT' . Beliau dipercayai amat marah dengan kewujudan banner tersebut yang baru dinaikkan sehari sebelum itu.

Secara tidak berakhlak beliau dengan nada tinggi memarahi guru Pasti yang tinggal di premis tersebut, Cik Zuraidah Beeran. Beliau turut mengugut guru Pasti berkenaan sehingga menimbulkan ketakutan sesuatu yang buruk boleh berlaku. Norazman terjerit-jerit sambil menggoncang pintu pagar Pasti.

Cik Zuraida telah membuat laporan Polis di Balai Polis Senai pada pukul 10 malam kejadian itu diiringi beberapa pimpinan PAS Kawasan Kulaijaya dan pengurusan Pasti.

Sebagai seorang pimpinan Umno dan masyarakat, tindakan beliau adalah tidak wajar sama sekali. Adakah beliau tidak mengetahui bahawa Pasti terletak di bawah kelolaan PAS menerusi Dewan Pemuda PAS?

berita lanjut : Harakah
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ish ish ish.......lepas kes sebuah tadika yang dimangga oleh seorang AJK Umno.....kali ni PASTI pulak dijadikan mangsa kemarahan politik puak2 tak bertamadun ni...... senang ja aku panggil puak2 umno ni sebagai puak tak bertamadun sbb tindakan2 yg dibuat semakin di luar batasan kewarasan sebagai manusia yg bertamadun.........

Kalau di Terengganu ketika peralihan kuasa kepada PAS pada PRU 1999 yg melihatkan PAS berkuasa 1999-2004, tadika dijadikan alat propaganda dengan mengatakan kerajaan PAS Terengganu menutup dan mengusir kanak2 yang belajar di tadika dengan alasan premis yg digunakan adalah hakmilik kerajaan negeri sedangkan hakikat sebenar adalah tidak benar sama sekali.............

Begitu juga di Kedah ketika awal pengambil alihan kuasa kepada PAS selepas menang PRU 2008, puak2 tak bertamadun itu sekali lagi cuba utk jadikan tadika dan pelajar2nya sebagai alat propaganda meraih simpati masyarakat........tetapi alhamdulillah, tak berjaya apabila Ustaz Azizan selaku MB mengumumkan bahawa Tadika yg beroperasi di premis2 milik kerajaan negeri boleh meneruskan pembelajaran seperti biasa......tapi, berlaku di taman perumahan aku ni apabila puak2 tak bertamadun tu mengosongkan premis tadika depa hanya beberapa hari selepas PAS membentuk kerajaan negeri bersama PKR dan DAP....

Puak2 tak bertamadun ni merasakan depa lah manusia paling betoi dalam dunia ni.....maka, tindakan yg depa buat semuanya betoi belaka. Apatah lagi pulak, ada sorang tok meteri sebut depa tak jamin 'keselematan' pembangkang di Johor......apa lagi!!!!!! anak2 juak naik tocang lah.......

Tapi apa yg puak2 ni tak tau iaitu orang sekeliling menilai apa yg depa buat......semakin tak bertamadun depa, insyaAllah akan semakin jauh hati2 penyokong depa sendiri dari parti depa yg kononnya mendapat restu Ilahi tu....... disebabkan itu jugak kot yg depa suka suki buat bermacam2 benda walaupun melanggar undang2........ dalam kes di atas, satu laporan polis telah pun dibuat.......tapi....TAPI....TAPI.....aku yakin laporan tu hanya akan tinggal atas kertas saja......hangpa tengok lah nanti!!!!!!!

Khamis, 20 September 2012

RM46bilion aset kekayaan Taib Mahmud - Kajian BMF

sumber : malaysiakini

Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Laporan berjudul “The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia” dikeluarkan di Brussels hari ini ketika Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara. 

------------------------------------------------------

tu dia aih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! biaq betoi ni!!!!!!!!!!!!!!!!!  menurut satu artikel di laman web rasmi BMF bertarikh 7 September 2012 menyebutkan bahawa kerajaan Switzerland telah bersedia untuk membekukan semua aset Musa Aman dan Taib.....ini berikutan Pendakwaraya Switzerland dah pun memfailkan kes terhadap UBS iaitu sebuah bank di Switzerland yg dikatakan bertanggungjawab ke atas proses 'laundering' duit berjumlah 90juta US Dollar bagi pihak Musa Aman........ tetapi, kes ini hanya akan berjalan sekiranya ada kerjasama dari kerajaan Malaysia melalui proses perundangan.............

entahlah, aku pun tak berapa paham sangat pasai undang2 antarabangsa ni.....tetapi pendedahan macam ini begitu mengejutkan......... kalau pun tak betoi, kerajaan Malaysia sepatutnya memberikan ruang kerjasama utk membersihkan tuduhan2 tersebut......tapi, kalau betoi......tak berapa hairan lah sangat aku!!!!!

semua artikel berkaitan hangpa boleh baca SINI, SINI.....hangpa godek lah dalam laman web BMF tu apa yg hangpa nk baca......aku pun bukan pandai translate sangat.....padanlah tahap aku kerja buat bendang saja..........hahahahahaha

dia buat lagi!! BN bakal jadi kerajaan lemah lepas PRU 13

sumber : MI

dia buat lagi pulak!!!! makin lama, aku makin dok rasa apa yg aku rasa tu macam nak betoi dah.......hahahahahaha

apa yg aku rasa??? tak payah dok cerita lah apa dia.....tapi aku rasa, hangpa pun rasa macam apa yg aku rasa / pikiaq......

minta mahap....ini kali aku screen shot berita yg dalam bahasa Inggeris sbb berita alih bahasa ke Bahasa Melayu aku rasa ada beberapa perkataan yang tak berapa tepat maksudnya....... tapi, sesiapa yg nak baca dalam BM, klik SINI

tapi, pada aku....apa yg dimaksudkan oleh TDM dalam berita ini dan tulisan aku yg sebelumnya menggambarkan beberapa perkara yang amat penting

1. kemungkinan Najib dilihat lemah bagi menghadapi PRU 13 hinggakan di awal lagi TDM sudah mengandaikan jika pun umno be end menang pada PRU 13 nanti, ianya mungkin hanya kemenangan tipis yang akan menyebabkan kerajaan lemah diwujudkan......

2. Najib dan para pemimpin umno be end mungkin dilihat hanya menumpukan kepada survival politik individu dan tidak kepada politik umno be end secara keseluruhannya......dan survival politik individu tersebut akan merencatkan pembangunan negara

walaupun begitu, TDM masih lagi tetap menaruh keyakinan bahawa umno be end akan tetap mempunyai peluang utk menang PRU 13 ini..........hahahahahaha........

di sebalik itu, dalam berita tu jugak.....sempat lagi TDM menzahirkan yg lebih senang aku sebut sebagai 'kejahilan' nya mengenai sistem keadilan Islam melalui perlaksanaan hukum Hudud..... dia dipetik berkata :

cuba tengok pada ayat dia di sebelah ni..... kok mana pun dia masih lagi beranggapan bahawa keadilan itu apabila sesuatu hukuman dikenakan pada semua orang tak kira samada Islam atau tidak Islam pada kadar sama rata atau..... itulah kayu ukur yg dia gunapakai......HANCUSS!!!!!

lalu, apakah undang2 sivil sedia ada amat adil??? ada yg mencuri hanya RM20, tetapi dipenjara 2 tahun....yg mencuri RM2juta hanya dipenjara setahun!!!! adilkan namanya tu??? selagi mana kefahaman mensamaratakan hak2 manusia di sisi Allah, maka inilah hasilnya...... rupanya TDM ni masih lagi memahami bahawa perbuatan mencuri itu sama saja samada dilakukan oleh seseorang beragama Islam ataupun bukan beragama Islam.......... sedangkan dah jelas dalam al Quran bahawa orang kafir semuanya dimasukkan ke dalam neraka.....walaupun ada beberapa pandangan berbeza berkenaan dgn ringan atau berat azab kepada depa, tapi hakikatnya semua ke neraka.......

ok....balik kepada topik asal......aku seru kepada semua rakyat Malaysia.....daripada memilih kerajaan yang lemah.....mai pakat pilih kerajaan yg insyaAllah kuat berbekalkan kekuatan hubungan PAS-PKR-DAP dalam Pakatan Rakyat........buat apa nk pilih kerajaan yg pada hari ini pun ada orang jangka akan jadi lemah jika masih diberi mandat mentadbir Malaysia............

jangan rasuah, sangat dekat dengan rasuah is okay???


Ini adalah laporan yg diterbitkan oleh portal berita The Malaysian Insider (klik).....aku tak mau copy n paste apa yg disebutnya sbb nanti tersalah petik lah pulak.....so, aku screen shot apa yg disebutkan oleh TDM seperti di bawah.....

so, hangpa nilai ambik sendiri lah apa yg disebutkannya seperti yg dah aku kotakkan tu..... sebelum ini, TDM telah mengeluarkan pernyataan atau saranan memilih kerajaan umno be end yang dilabelkan seperti 'syaitan yg dikenali' berbanding PR yg dilabel seperti 'malaikat yg tidak dikenali'....
dengan kenyataan TDM terbaru ini seolah2 wujud satu permainan baru yg cuba utk dimainkan.....aku tak pasti apakah ia, tetapi sebagai seorang yg begitu berpengalaman dalam sepak terajang politik Malaysia, kenyataan demi kenyataan TDM sejak dua menjak ni aku tengok sepertinya tidak menyebelahi Najib..... dan sudah tentu TDM juga tahu kesan negatif dari kenyataannya itu akan terpalit kepada umno be end..... jangan jangan......hahahahaha......hangpa spekulate lah sendiri..............

berbalik kpd apa yg disebutkan oleh TDM iaitu dengan maksud tindakan Najib bagi duit kepada rakyat walaupun tidak diistilahkan sebagai membeli undi, tetapi 'SANGAT DEKAT dengan itu'..... perkataan 'itu' adalah merujuk atau balik kpd maksud 'membeli undi'......maka, ini bermakna perbuatan Najib itu diistilahkan oleh TDM sebagai sangat dekat dgn perbuatan membeli undi......

kalau dalam pilihanraya, perbuatan membeli undi boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954....cuma tak pastilah pulak, kalau disebutkan 'sangat dekat' tu boleh termasuk atau tidak....... kalau hangpa nak baca Sekyen 10 akta tu sebut apa, hangpa boleh download kat SINI...

dan kata TDM lagi (di sebelah)....."satu-satunya perkara yang saya akan katakan adalah bahawa dia mempunyai banyak wang dan dia menghadiahkan wang kepada semua orang"
adakah dimaksudkan "dia mempunyai banyak wang...." itu dirujuk kepada Najib secara individu ataupun 'kerajaan'.....yg tu kena tanya TDM...... 

berbalik kepada perkataan TDM sendiri iaitu "SANGAT DEKAT"..... jom kita rujuk pada satu ayat al Quran yang mahsyur dihafal orang iaitu yang bermaksud “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” surah al-Isra', ayat 32

zina merupakan satu perbuatan jenayah dalam Islam yang boleh dihukum mengikut hukuman hudud yang umno bersangatan tak mau nak laksanakan......dalam ayat di atas, jangankan nk melakukan zina.....menghampiri zina pun sudah ditegah oleh Allah...... perkataan 'hampir' tu seerti lah dengan perkataan 'sangat dekat'.... kalau ada orang sebut 'hampir mati'....maknanya sangat dekat dengan perkara yang boleh menyebabkan kematian....... 

membeli undi pulak boleh dikategorikan sebagai satu perbuatan 'rasuah'..... dalam Islam, perbuatan rasuah digolongkan sebagai satu kesalahan bertaraf 'dosa besar' juga dan Allah melaknat pihak2 terlibat dalam rasuah....satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi yang bermaksud "Rasulullah telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain)" - riwayat at-Tirmidzi-3/622, hadis hassan sohih.

maka, zina pun satu dosa besar....menghampiri zina adalah termasuk dalam perbuatan dosa bertaraf maksiat juga......maka, apakah perbuatan yang 'sangat dekat' dengan rasuah tidak berdosa??? aku nk tunggu ulasan ulama muda umno pasai ni....tu pun kalau berani ulas lah.....

Rabu, 19 September 2012

umno mmg rajin membantu rakyat dot dot dot.........???

di bawah ni aku perturunkan mengenai kenyataan yg aku salin dari satu status di facebook (klik) berkenaan dgn satu kejadian yang berlaku di Batu Maung, Pulau Pinang pada 18/9/2012..... dan berikutnya adalah kenyataan yg dikeluarkan oleh YB Dato’ Abdul Malik Kassim, yang merupakan wakil rakyat yg dipilih secara sah mengikut perlembagaan negara bagi mewakili penduduk Batu Maung yang kemudiannya dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang
-----------------------------------------------------------------------

Selaku wakil rakyat Batu Maung saya bertegas mempertahankan hak rakyat di kawasan saya, lebih-lebih lagi setelah mendapati terdapat unsur penipuan yang memungkinkan mereka dianiaya dan dizalimi oleh pihak-pihak tertentu.
Justeru, mana mungkin saya akan merelakan mereka diusir daripada kediaman yang dibina di atas tanah pusaka keluarga sejak berpuluh tahun lalu.

Selagi keraguan transaksi penjualan tanah Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang belum terungkai saya tidak akan berganjak mempertahankan hak mereka.

saman difailkan ke atas kerajaan Selangor lebih RM1.1juta....

sumber : thestar

sekumpulan 2,020 penduduk Selangor telah memfailkan saman ke atas kerajaan negeri Selangor berkaitan isu ayaq percuma.....

awal bulan hari tu satu kumpulan seramai 711 orang dah failkan saman yg serupa dgn jumlah RM400ribu......

dalam beberapa kenyataan balas dari MB Selangor dan wakil2 kerajaan negeri, depa akan menggunakan peluang saman ini bagi menjelaskan mengenai kedudukan sebenar ayaq percuma yg dijanjikan masa manifesto PRU 12 (2008) yg lalu......

saman....jangan tak saman.....kerajaan negeri nak ambil alih SYABAS, rasanya puak2 yg failkan saman tu tak sokong pun....dan rasa aku pulak, masa PRU 12 dulu....puak2 tu tak undi PAS @ PKR @ DAP pun.....itu menunjukkan memang depa tak mau ayaq percuma yg dijanjikan dalam manifesto tu.... mai la ni nak tuntut pulak...... apa lah jenis worang ni!!!!! kalau aku lah, malu weiiii..........

dan rasa aku lagi, puak2 yg saman ni samada tak paham atau saja buat tak paham ataupun sengaja membodohkan diri atau dibodohkan.........pilihlah mana satu yg boleh menggambarkan kpala otak puak2 tu.....

dan lagi satu yg aku nk sebut iaitu yg depa saman adalah kerajaan Pakatan Rakyat sedangkan masa PRU 12 (2008), Pakatan Rakyat belum pun wujud lagi.....manifesto tu adalah manifesto parti PKR, sedangkan kerajaan negeri yg ada pada hari ini adalah kerajaan campuran PKR, PAS dan DAP yg akhirnya dinamakan dengan Pakatan Rakyat........nama PR hanya diwujudkan dan rasmi digunakan selepas umno be end terlungkup di beberapa buah negeri..........

dan pulak, apa pasai tunggu sampai 2012 baru nk failkan saman??? dah 4 tahun dan dah nak hampir habis penggal dah.....baru nk saman..... apa pasai tak saman masa tahun 2008 @ 2009 dulu??? dah tentu ini semua ada pemain wayang di belakang depa......tak apa, kita tunggu dan dengar saja......

Kedah tuntut Felcra RM200 juta

ROSLINDA HASHIM
18 September 2012 

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri sedang membuat tuntutan terhadap Felcra yang mengusahakan tanah milik mereka tetapi tidak menyerahkan hasil seperti yang dipersetujui dalam perjanjian.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tuntutan itu kini sedang disediakan oleh peguam yang dilantik bagi mendapatkan kembali hak rakyat Kedah.

“Tuntutan dibuat oleh Menteri Besar Incoorporated (MBI) terhadap Felcra. Memang Felcra perlu bayar pada kita sebab ada dalam perjanjian, di mana tanah diusahakan Felcra, babitkan 60 peratus untuk negeri dan selebihnya 40 peratus untuk agensi itu,” katanya.

Menurutnya, kegagalan Felcra menyerahkan buku kira-kira kepada MBI antara punca Kerajaan Negeri bertindak demikian.

nyaris maut terkena peluru sesat dari pistol anggota polis

Sepasang tunang nyaris maut terkena peluru sesat 18 September 2012

KUALA LUMPUR - Sepasangan yang baru mengikat tali pertunangan nyaris maut awal hari ini apabila kenderaan yang mereka naiki terkena peluru sesat yang dilepaskan secara tidak sengaja oleh seorang anggota polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata kejadian itu berlaku ketika anggota polis itu bergelut dengan seorang lelaki bersenjata parang di Subang Jaya awal pagi tadi.

Tembakan itu terkena cermin depan Proton Wira yang ketika itu lalu berhampiran tempat kejadian dan serpihan kaca terkena seorang lelaki di tempat duduk penumpang bahagian depan serta seorang wanita yang memandu kereta itu.

54 tahun dok dalam umno, 2012 join PAS.....

bagi yg menonton video di bawah ni, aku nk pesan sikit lah.....umur pak cik ni dah 73 tahun, maka sedikit sebanyak ucapan beliau tak begitu teratur dan tidak tersusun yg juga mgkn disebabkan oleh faktor kurang pengalaman berucap di khalayak ramai dalam isu politik......apa yg penting nk dibuktikan iaitu pak cik ini telahpun meninggalkan umno be end dan secara rasmi menubuhkan jawatankuasa penaja penubuhan PAS Cawangan di kampung berkenaan..............



Selasa, 18 September 2012

Tee, penerima jantung 'baru' meninggal dunia

Dina Bato Sambua, 51, tidak dapat menahan kesedihan ketika
menatap mayat anaknya Tee Hui Yee di pusat persemadian
Jalan Fatimah, Batu Pahat Johor di sini hari ini. Foto Bernama
18 September 2012

BATU PAHAT - Tee Hui Yee, gadis yang pernah menjalani pembedahan pemindahan jantung pada lima tahun lepas, meninggal dunia hari ini selepas mengadu sakit dada dan belakang sejak semalam.

Hui Yee, 19, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.02 pagi di Hospital Batu Pahat, selepas dihantar keluarganya dari rumah mereka di Kampung Parit Besar di sini, ke hospital berkenaan kira-kira pukul 9 pagi.

Ibunya, Dina Bato Sambua, 51, berkata, anak bongsu daripada empat beradik itu mengadu sakit dada dan belakang serta mengalami muntah kira-kira pukul 11 malam semalam selepas pulang dari makan malam di sebuah restoran stimbot bersama seorang rakan.

ini kot amalan parti yg direstui Allah??? kononnya!!!!!

kata Presiden UMNO......


hahahaha......yg aku setuju cuma satu saja iaitu 'dengan izin Allah'...... tapi izin Allah itu belum membawa erti 'restu' atau 'redha' dari Allah......apakan daya, mgkn dgn amalan2 seperti ini yg membuatkan presiden umno tu rasa macam tu..... pakat2 hayati!!!!



Jika gagal, saya letak jawatan

sumber : BeritaHarian

Sasaran FAM utk skuad bolasepak kebangsaan dalam Piala Asia 2015 adalah ke peringkat pusingan akhir.....

Rajagopal sebagai jurulatih pulak bercadang utk letak jawatan kalau gagal.......

senario di Malaysia ni mmg macam tu lah jadinya......kalau anak murid lulus cemerlang dalam exam, cikgu tak lah sangat dipuji.....tapi kalau anak murid gagal, cikgu yg mengajar teruk kena hantam jugak...... ibu bapak tak pernah pun nk salahkan diri sendiri atas kegagalan anak....tapi rasa megah dan berbangga diri kalau anak cemerlang....

aku rasa dah patut cara pikiaq tu kena ubah dah.....semua pihak ada peranan dan tanggungjawab masing2 dalam sebarang kejayaan atau kegagalan.... masing2 menyumbang kepada keputusan.....jgn sampai anak2 teruk dijadikan mangsa kesilapan diri sendiri........ibu bapak jgn kira tugas cari duit bagi makan anak2 saja.....tapi tanggungjawab lain dilepaskan kpd cikgu seluruhnya...........

aku gunakan kiasan mak bapak dalam hal ni sbb lebih mudah utk paham.....siapa itu anak2, siapa itu cikgu dan siapa itu mak bapak.....hangpa pikiaq ambik lah...... tapi, aku amat tak bersetuju tindakan 'letak jawatan' akan menyelesaikan semua masalah.....walaupun tindakan tersebut kadang2 baik utk masa depan pasukan... kalau tanya pada aku apa tindakan yg sesuai......hehehehehe.....aku nk cadang ja, kalau gagal jugak....bubarkan terus pasukan dan jangan ada langsung pasukan kebangsaan.....tak payah dok pening kepala dan tak payah dok perabih ringgit......lagi satu, doa dari rakyat jugak perlu.....bukan takat sokongan dan sorakan di padang.........

modai RM3.5juta, kutip hanya RM400ribu.....

sumber : mStar

apa lagi boleh nk dikatakan.....simpati saja lah. nak buat mcm mana lagi!!!

tapi pada aku lah, filem2 tempatan tak ada visi dan tak ada hala tuju yg positif.....industri pulak ibarat mcm anak ayam turut ibu ayam.....kalau ibu ke kiri, anak2 pun ikut ke kiri.....kalau ibu ke kanan, anak2 ayam pun beralih ke kanan.....kalau filem cerita hantu, pakat lah buat cerita hantu.....kalau filem cerita komedi hantu, pun sama pakat buat.....kalau cerita cinta pulak, tak lepas mcm cerita hindustan

ditambah lagi pulak dgn senario ekonomi yg menekan rakyat hari ini.....hanya golongan tertentu saja yg nak masuk panggung tengok wayang.... orang macam aku pulak, minta mahap lah.... kalau tiket RM10, orang akan pikiaq dua tiga kali jugak nak beli disebabkan kos sara hidup yg tinggi.....tak sanggup nk abiskan ke tiket wayang berbanding beli makanan......dah lah terkadang cerita entah apa2.....cerita lawak pun, jadi lawak bodo dan dungu saja....

golongan manusia yg suka pi tengok wayang pun dah semakin berkurang la ni.....ramai anak muda lebih suka pi dengar kuliah spt kuliah Ustaz Azhar Idrus atau kuliah ustaz & ustazah lainnya..... ramai jugak yg lebih rela abiskan duit pi dengar ceramah politik bagi yg dah terbuka minda depa.....hanya tinggal kebanyakannya adalah golongan yg lebih mementingkan hidup utk suka-suka dan hiburan semata2.....tak berapa ramai dah golongan tu.........

dan kalau cerita bab movie ni pun, lebih ramai yg suka tengok movie dari luar negara.....sbb movie dari luar negara terkadang boleh memberi inspirasi tertentu seperti inspirasi teknologi, pengetahuan dan pengalaman....  tapi cerita dalam negara, kalau cerita pasai penyiasatan.....lebih banyak bercakap dari bertindak....kalau yg berlakon jadi pegawai polis pun, tangan banyak dok seluk poket, bercakap sambil berjalan atau berdiri di tengah jalan...... dok pot pet pot pet sembang pasai itu ini, tiba2 penjenayah dah ditewaskan.......hahahaha.... begitu jugak kalau cerita pasai perniagaan atau dunia korporat.....yg lebih banyak ditonjolkan adalah mengenai kehidupan dan isu....bos mesti seorang 'datuk' atau 'tan sri'....duduk atas kerusi empuk dalam pejabat.....entah kerja apa yg dibuat pun tak tahu.....tiba2 ada secretary keluar masuk suruh bos sign dokumen.......hahahahaha...... kalau melawat tapak projek pulak, pelakon baca plan dgn terhangguk-hangguk.....tangan merewang tunjuk apa pun tak tau......

kamon lah penggiat seni di Malaysia......jgn hanya dok kira teknologi yg digunakan menghasilkan filem...tetapi teknik penceritaan juga penting.....aku tak compare dgn filem barat....tapi compare dgn filem2 mai dari Indonesia dan Thailand pun sudah cukup nk menunjukkan betapa rendahnya mutu drama dan filem tempatan.........

Pusat khidmat Gerakan dibaling telur, air kopi

GEORGETOWN - Selepas tiga pusat khidmat DAP termasuk Wisma DAP yang terletak di Jalan Rangoon disimbah cat merah lima hari lalu, kini pusat khidmat parti Gerakan di Pulau Tikus pula menjadi sasaran.

Namun pusat khidmat berkenaan itu bukan disimbah dengan cat sebaliknya dibaling dengan telur dan air kopi.

Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan berkata, kejadian seumpama itu kini telah menjadi trend keganasan politik dan beliau percaya apa yang berlaku terhadap pusat khidmatnya awal pagi semalam bermotifkan politik.

Dr Teng berkata, tindakan nakal pihak tidak bertanggungjawab ini perlu dihentikan segera kerana ia akan mengundang rasa tidak tenteram dalam kalangan rakyat.

“Gerakan mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab ini dan berharap kesemua parti politik dapat mengawal penyokong masing-masing dari bertindak ekstrem.

“Buat masa ini Gerakan tidak berhasrat untuk membuat sebarang laporan polis kerana kejadian ini adalah kes kecil dan tidak perlu dibesarkan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ditanya sama ada dia mengesyaki sesiapa yang melakukan perbuatan itu, Dr Teng enggan menuding jari ke mana-mana pihak.

“Saya rasa semua orang termasuk ahli-ahli politik tidak membenarkan insiden itu berlaku lagi dan kita berharap ia tak akan berulang,” katanya.
---------------------------------------------------------------
ish......apa la kurang ajaq sangat orang la ni berpolitik!!!!! minggu lepas pejabat DAP dibaling cat...ini pulak Pusat Khidmat Gerakan......mmg perbuatan kurang ajaq......

tapi ya, apa pasai dibaling telur dan kopi??? tidak dibaling cat merah mcm di pejabat DAP tu??? adakah org yg buat tu adalah orang yg berbeza??? mungkin lah kot.....tapi pasai apa telur dan kopi??? mungkin sebab senang dibasuh kot nanti......hahahahahaha.......pikiaq jgn tak pikiaq.....

Penoreh getah maut ditembak - Gurun, Kedah

SUNGAI PETANI - Seorang wanita yang bekerja sebagai penoreh getah, maut terkena tembakan yang dilepaskan sekumpulan lelaki yang terlibat dalam satu pergaduhan berhampiran rumahnya di Ladang Bukit Lembu, Gurun dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, K. Kalyani, 57, dikatakan sedang berehat di hadapan rumahnya bersama suami dan anggota keluarganya yang lain.

Suami mangsa, M. Thannimalai, 63, berkata dia terdengar deruman enjin motosikal dan kereta memasuki kawasan rumah mereka dan kumpulan lelaki itu turut membuat bising di situ.

"Saya terdengar bunyi tembakan namun tidak menyangka salah satu tembakan itu mengenai isteri saya. Saya hanya menyedari apabila melihat isteri saya, yang berada tidak jauh dari saya, jatuh dan darah mengalir laju membasahi kawasan dia rebah," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, hari ini.

BERSIH yang diBERSIHkan.....

Penyokong BERSIH bebas tuduhan perhimpunan haram Oleh : Hafiz Yatim

Dua puluh satu orang, termasuk wakil rakyat, telah dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram dan tidak mematuhi perintah pegawai polis.

Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan polis gagal untuk menunjukkan peranan yang dimainkan oleh peserta dalam perhimpunan nyalaan lilin dalam menyokong BERSIH pada tahun 2008.

Menurut mahkamah, terdapat jurang dalam kes pendakwaan ekoran testimoni saksi-saksi yang tidak konsisten.

"Berikutan ini, tidak perlu untuk memanggil tertuduh untuk membela mereka. Mereka dilepaskan dan dibebaskan daripada semua tuduhan," kata Hakim Hayatul Akmal.

Mereka yang didakwa termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu, ADUN Kampung Tunku Lau Weng San dan ahli Majlis MBPJ Tiew Way Keng, paderi Katolik Paulino Francesco Miranda serta peguam S Ashok Kandiah.

Yang lain adalah K Raman, G Ramish, Augustine Gan Liam Tee, Andrew Ng Yew Han, Lim Cheng Inn, Ooi Suan Huah, Ambrose Poh Teik Huat, Johny Andu @ Abu Bakar Adnan, K Thengaran, Ong Boon Keong, Mohd Fasya Mohd Tajudin, Goh Jin Kiat, Henry Hor @ Henry James Hor, Mohd Khairul Anuar Mohd Jamil and Goh Chien Yee.

kesemua mereka berumur antara 29 dan 66 tahun, dengan majoritinya dari Lembah Kelang dan yang lainnya dari Alor Setar, George Town dan Tampin.

kantoi!!!! gambar yg dikatakan di edit........

hangpa tengoklah gambaq di bawah ni.......aku pun tak berapa nk pasti sangat, tapi nampak mmg macam telah diedit oleh pihak2 tertentu.....tetapi dibuat secara tak profesional..... pakai 'cut & paste' saja sbb nampak dgn jelas beberapa elemen yg meragukan.......

aku pun tak tau sumber asal gambar ni dan sumber asal orang yg telah mendedahkan kekantoian gambaq ni.... tapi aku ambik di sini : malaysia-chronicle.com


gambaq yang kat bawah ni pulak aku ambil dari satu akaun facebook (klik)


sumber asal gambar di NST (klik)......maka, bagi yang ada akai....pikiaq ambik lah..... bukan pikiaq mcm mana depa edit, tapi pikiaq apa sebabnya gambaq ni di edit......hahahahahaha

pegawai PTD meninggal ketika kursus selamat dikebumi.....

sumber : Berita Harian

pertamanya marilah kita sedekahkan pahala surah al Fatihah kepada Allahyarham.....

Ucapan takziah dari aku sekeluarga kepada keluarga Allahyarham.......berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.....apatah lagi dgn anak kecil, kembar pulak tu..... sudah tentu satu kehilangan yg amat perit  bagi keluarga Allahyarham...tambahan pulak dgn usia perkahwinan/keluarga yang dibina masih lagi di awal perjalanan..... semoga tabah dgn ujian dari Allah......

Bagi aku, kejadian2 sebegini boleh dielakkan dari awal.... tapi apakan daya, pentadbiran bersistemkan 'dah terhantuk baru nak terngadah' inilah puncanya..... aku setuju dan sokong sebarang bentuk aktiviti dianjurkan bagi meningkatkan disiplin para kakitangan....tetapi bukanlah dgn kaedah betul2 ala ketenteraan yg bukannya sesuai utk semua orang...... dan bukan hanya kaedah ala tentera itu sahaja yg dapat mendisiplinkan semua orang sedangkan sebaik2nya kena gunakan kaedah yg telah sedia ada dalam Islam.....

Disiplin seseorang bukan hanya terletak kpd latihan jasmani, tetapi lebih dipengaruhi oleh rohani seseorang. Jika seseorang itu takutkan Allah, maka segala amal perbuatannya akan sedaya upaya mengikut neraca Allah....walaupun tidak dinafikan, dalam setiap kursus ada diselitkan pengisian rohani, tetapi kebanyakannya hanya 'melepas batuk di tangga'.....dibuat dengan tidak bersungguh-sungguh dan selalunya tidak menepati sasaran.......

Kemudian lagi, kursus2 yang diadakan kebanyakan bermodelkan atau bersumberkan kaedah yg diimport yg tidak memenuhi piawaian syarak hinggakan sebahagian peserta samada secara sengaja atau tidak sengaja meninggalkan solat akibat dari keletihan yg teramat sangat...... masa aku pi kurus BTN dulu, sebahagian besar peserta kursus tak hadir solat Jumaat akibat keletihan....tapi tak pulak dimarahi oleh juruletih..... tapi kalau lambat hadir ke padang atau kesilapan lain....peserta akan didenda mengikut hawa nafsu juruletih....

Terlanjur aku sebut kursus BTN ni, aku pernah menghadiri Kursus BTN di Segari, Perak.....kursus tu kononnya utk memotivasikan diri peserta bagi meningkatkan kemahiran dan semangat belajar....tapi pengisian sebenar terpesong...... ini cerita dekat 18 tahun lalu lah....yg aku masih ingat iaitu antara pengisian2 yg diberikan adalah terarah kepada unsur2 politik.....macam2 lah jugak dimasukkan ke dalam kepala otak aku waktu tu.....hehehehehe.....tapi sebenarnya depa tak berjaya mempengaruhi minda aku, malah lebih membuatkan aku meluat kpd umno be end walaupun selepas dari itu, aku TERPAKSA menyertai umno be end disebabkan ayahandaku.....tapi utk beberapa tahun saja, sbb tak lama lepas tu aku berjaya mengajak kedua ibu bapaku menyertai PAS sampai hari ini.......

Berbalik kpd kejadian di atas.....seperti biasa jawapan2 yg diberikan melalui penyokong gerombolan di facebook akan mempertahankan dgn 1001 macam alasan..... ada yg kata 'hanya seorang meninggal dari 243 orang, kes terpencil je tu', namun ada juga komen yg tak sepatutnya dilemparkan......adakah bagi depa itu nyawa tidak ada nilainya??? atau mgkn sebab tak kena batang idung keluarga depa.....ada lah yg secara kurang ajaq komen ikut sesedap rasa.......

cerita bahong!!!!!

Phahrolrazi nafi dakwaan mahu tukar MB

sumber : Malaysiakini

Exco Kerajaan Negeri Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi menafikan dakwaan beliau membuat kenyataan kepada sebuah portal berita bahawa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak perlu diganti sejak setahun lalu.

Phahrolrazi yang juga timbalan pesuruhjaya PAS 1 Kedah dilaporkanSinar Harian sebagai berkata, krisis yang dikaitkan bersama Dr Ismail Salleh itu dianggap selesai selepas mereka kembali dalam barisan Exco 5 Mac lalu. 

“Saya andaikan ada pihak mahu memporak-perandakan semula PAS Kedah setelah krisis Exco selesai Mac lalu. Laporan portal berkenaan mungkin sengaja dibuat untuk cetuskan kekacauan dalam Pas Kedah,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Phahrolrazi yang juga ADUN Pengkalan Kundor berkata, beliau kesal kerana namanya dikaitkan dengan komplot tersebut walaupun krisis itu sudah berakhir. 

“Isu ini sudah selesai apabila saya dan Dr Ismail terima semula jawatan Exco dan menyertai kerajaan untuk terajui Kedah. 

"Ini bermakna kami memberi sokongan penuh terhadap Kerajaan Negeri dan kepimpinan Azizan. Jika tidak, macam mana nak duduk dalam barisan Exco, ini disiplin yang perlu ada pada setiap Exco,” katanya lagi dalam laporan itu. 

Februari lalu, Phahrolrazi dan Ismail merupakan antara exco yang dilantik tidak mengangkat sumpah di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit Alor Setar.

Kejadian ini berlaku dikhabarkan mungkin berlaku perbezaan pendapat antara dua exco tersebut dengan menteri besar. 

Bagaimanapun pada 5 April, Phahrolrazi dan Ismail mengangkatsumpah selepas perubahan melibatkan beberapa portfolio.
--------------------------------------------

siapa lah pulak pandai2 dok reka cerita bahong ni??? 

Isnin, 17 September 2012

kapal sudah mau karam!!!!!!!

hahahaha......tajuk aku entahlah kok mana.....hantam saja lah labu!!!! mcm yg aku kata, aku nak bancuh sikit sebanyak pasai politik Sabah yg semenjak dua menjak ni berjaya menarik minat orang ramai pakat dok jenguk ke Sabah......pergolakan politik di Sabah bermula apabila SAPP (Sabah Progressive Party) isytihar keluar dari BN pada 17 September 2008..... sejak dari itu, Sabah berada dalam kekalutan dan kekecohan politik terutama melibatkan kem BN Sabah di kalangan parti komponen dan ahli parti komponen....



aku tak mau nak bancuh mengenai sebab musabab yang membawa kepada pergolakan tersebut, cuma aku nk highlight beberapa benda yg rasa agak menarik utk dipaparkan.......sejak aku dok kerosek (selongkar) artikel-artikel di portal2 berita, blog persendirian dan sebagainya dalam sehari dua ni.....aku dapati sememangnya keadaan umno be end di Sabah nampak seolah2 dalam keadaan tenat yang amat sangat..... setelah SAPP keluar BN, walaupun tidak memberi impak yg amat besar.....tapi bagi aku itu hanya pada perkiraan pemimpin2 umno be end utk menyedapkan halwa telinga.....pada pemerhatian aku, impak di bawa oleh SAPP amat besar, selain daripada pandangan terus mata dari parti2 komponen PR ke Sabah terutamanya atas usaha2 yang dibuat oleh DSAI utk terus memecahkan kubu umno be end di Sabah telah membawa kejayaan yang memberansangkan.........

tokoh2 politik semasa atau veteran telah menyertai PR terutamanya ke dalam PKR.....Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing telah sah keluar BN dan bersama dgn PR bagi menghadapi PRU 13 nanti...... Selain dari mereka berdua, berita keluarnya Musli Oli, bekas AJK BN Kota Belud yang juga bekas Naib Presiden Perkasa dan bekas YDP Perkasa Sabah 2009-april2012 (paling lama setakat ini)..... dan hari ini pulak dikejutkan lagi dengan penyertaan bekas Naib Presiden Protem Perkasa yang menjadi tulang belakang bibit2 penubuhan Perkasa di Malaysia telah menyertai PKR dan diumumkan oleh DSAI dalam satu majlis yang dikhabarkan telah dihadiri oleh lebih 10ribu orang hadirin......beliau ialah Datuk Yahya Lampong yang juga bekas pengerusi "Cement Industries Sabah Sdn Bhd" (CIS)....

Walaupun Datuk Yahya Lampong dikatakan hanyalah seorang veteran yg tidak punya sengat lagi dalam politik mengikut beberapa komen di facebook dan blog pro BN, tetapi penghijrahan beliau amat dialu-alukan kerana PR terbuka kepada semua rakyat Malaysia dengan tidak mengambil kira pengaruh seseorang dalam arena politik. Pun begitu, beliau masih lagi boleh menyumbang kepada pergerakan PR di Sabah melalui pengalaman beliau dalam arena politik di Sabah...... kalau betoi tak ada taring, masakan dia boleh diberi kepercayaan utk menjawat jawatan Timbalan Menteri pada suatu ketika...... sebelum Datuk Yahya, Tan Sri Ibrahim Menudin, seorang tokoh korporat berjaya di Sabah yg juga merupakan bekas bendahari umno Sabah, Pengerusi Suria Capital Holding Berhad yg memiliki sepenuhnya Sabah Ports Sdn Bhd dalam mengendalikan 8 buah pelabuhan di Sabah juga telah isytihar menyertai PKR dalam satu majlis di Labuan....

Menariknya antara Yahya Lampong dan Musli Oli iaitu mereka berdua silih berganti sebagai Naib Presiden Perkasa Pusat dan YDP Perkasa Sabah.....Musli Oli meninggalkan umno menyertai PKR pada bulan Disember 2011, dengan pantas pulak Perkasa pada bulan April melantik YDP Sabah yang baru..... depa kata depa tak terlibat politik kepartian.....hahahahaha.....tapi apa pasai yang mana ada jawatan, tapi sokong selain dari BN pasti akan direject dari Perkasa???......hahahaha.....saja la aku tanya soalan tu sedangkan jawapan pakat2 dah tau pun.......hahahahahaha

dalam satu blog yang aku jumpa jugak menyatakan bahawa dari masa ke semasa, beberapa pemimpin lain akan isytihar keluar BN dalam masa sebelum PRU 13 ini......dalam blog tu ada lah sebutkan beberapa nama, tapi aku rasa tak payah sebut lah kat sini sbb aku tak mau pulak terjebak dalam buat fitnah kalau cerita tak betoi.......

ada lagi aku nk bancuh ni......tapi dek sebab ada urusan.....aku KIV sat dulu......nanti sambung......

Bekas Timbalan Menteri persekutuan di Sabah menyertai PKR

mengikut catatan berita dari BERNAMA (klik) sebagaiman yg aku screen shot seperti di bawah ni mengesahkan kemasukan Datuk Yahya Lampong, bekas Naib Presiden Perkasa dan mantan YDP Perkasa Sabah pertama...... layan dulu berita ini sementara aku dok tengah cari idea nak bancuh sikit sebanyak pasai politik Sabah yg dok nampak semakin haru dan biru kepada umno be end.....


walau apa pun, umno be end di Sabah sudah kelihatan sudah semakin turun berat badan.....dah semakin kurus.....bukan sbb tak makan, tp sebab tak lalu nk makan walaupun makanan penuh terhidang atas meja.... sebab tak lalu makan sbb tamak haloba......hahahahaha......semua dia nk boh masuk mulut.....

Ahad, 16 September 2012

Bekas Bendahari UMNO Sabah menyertai PKR


Tokoh korporat Umno Sabah, Ibrahim Menudin hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti Melayu itu, sekali gus menyatakan sokongannya terhadap pembangkang.



Mengumumkannya dalam acara bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Labuan, beliau berikrar memberikan kesetiaan kepada PKR.



Perkara itu disahkan Naib Presiden PKR Tian Chua di akaun Twitter miliknya hari ini.

Ibrahim - antara pemimpin perintis yang membawa masuk Umno ke Sabah - berkata, beliau meletakkan jawatan ekoran wabak rasuah dalam parti.

Ibrahim (lihat gambar) bertugas sebagai pengerusi di Suria Capital Holdings Berhad - pemilik penuh Sabah Ports Sdn Bhd - yang menguruskan kesemua lapan pelabuhan di Sabah.


sumber : malaysiakini.com
-------------------------------------------------------------------------
hahahahaha................nampaknya PR dan parti komponennya semakin tidak mendapat tempat di hati rakyat sepertimana kata ramai juak2 umno......rupanya apa yg depa kata tu hanyalah ayat syok sendiri.... aku kira selepas ini, Ibrahim Menudin ni akan dituduh sebagai seorang manusia yg tak mengenang budi dan jasa.... hantam sajalah tuan Ibrahim Menudin oooiiiii depa nak kata apa pun..... Allah tahu samada kita ikhlas atau tidak................ asalkan bukan umno...........hahahahahaha

Sabtu, 15 September 2012

edisi CSI baling cat

setelah sekian lama aku tak update blog ni.....huhuhuhu.....selain atas sebab kesibukan dan kekalutan, aku terhilang aku punya username dan password utk login masuk.....hahahahha..... tu lah pasai sbb laptop aku dah beberapa kali di format akibat daripada serangan virus berterusan......walaupun dah pakai antivirus hat mahai pun masih kena serangan virus lagi........

ok, utk permulaan ni.....mai pakat tengok beza antara dua keping gambar dari dua kejadian baling cat, tapi satunya ke atas bas Jelajah Merdeka PKR dan lagi satu ke atas lori BN......


pertamanya, hangpa tengok dulu kes lori di atas.....kalau tengok kan kedudukan cat yg berada di bahagian agak ke bawah....aku kira, org yg baling cat tu samada seorang yg pendek bersaiz budak darjah 3 ataupun ketika dibaling, orang tersebut berada di hadapan lori tersebut...balingan pula mestilah secara 'straight'....maksudnya 'lontar' bukan 'baling' yg biasanya pergerakan baling adalah berbentuk 'curve'......cat juga menunjukkan tidak menunjukkan 'percikan', tetapi lelehan yg kemungkinannya dibaling dgn tenaga yg minima (cukup sekadar memecahkan belon) dan lelehan yg sekata (ke bawah) menunjukkan kemungkinan ketika di baling, kenderaan dalam keadaan 'tidak bergerak'...... kalau benar2 di baling atau lontaran dari jauh, ianya akan berbentuk 'splash' dan percikannya akan jadi tidak sekata dan akan merebak pada semua arah jika kenderaan sedang bergerak akibat dari pengaruh tujahan angin...... 

jika pun ianya satu balingan yg jauh yg benar2 satu perbuatan sabotaj.....kebiasaannya balingan jarak jauh akan jatuh pada kecerunan tidak melebihi 45 darjah (mengikut berat sesuatu benda)...tetapi cat adalah dalam bentuk cecair, maka tujahan akan menumpu ke hadapan dan bentuk jatuhan akan berbentuk 'curve'.....namun, ianya tak sekata dgn tempat cat tu jatuh sbb kalau balingan curve, kadar jatuhan telah tidak dipengaruhi oleh tenaga balingan, melainkan ia hanya dipengaruhi oleh berat sesuatu benda utk menyebabkannya pecah (melainkan kalau kenderaan tersebut sedang bergerak).....tapi kalau nk kata bergerak pun, percikannya langsung tak menunjukkan sedemikian...tiada 'splash' melainkan hanya lelehan.....

so, hangpa bandingkan pulak dgn gambar bas di bawah


hangpa boleh tengok dengan jelas bentuk 'splash' yg wujud serta terdapat percikan yg besar yang merebak ke serata badan bas..... ini baru lah nama balingan yg betoi sabotaj..... so, aku rasa tak perlu nk ulas panjang kat sini sbb pakat2 boleh nampak perbezaan yg ketara........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...