Blog Member

Jumaat, 21 September 2012

gila sudah!!!!!!

Selepas tadika, PASTI pula dicerobohi

Oleh Mazlan Aliman, 21 Sep 2012

Belum pun reda isu Tadika Permata Islamiyyah Pasir Gudang ditutup oleh Umno; Tadika Islam Pasti Taman Aman Senai, Johor pula diceroboh malam kelmarin.

Ia dilakukan oleh Ketua Umno Cawangan Taman Aman, Norazman Hasbollah. Beliau juga adalah SU Kerja Umno Bahagian Kulaijaya dan Ahli Majlis Perbandaran Kulaijaya (MDKu).

Norazman telah datang ke premis Pasti jam 8.13 mlm dengan merobohkan signboard Pasti dan menurunkan serta membuang banner 'TAWARAN PAKATAN RAKYAT' . Beliau dipercayai amat marah dengan kewujudan banner tersebut yang baru dinaikkan sehari sebelum itu.

Secara tidak berakhlak beliau dengan nada tinggi memarahi guru Pasti yang tinggal di premis tersebut, Cik Zuraidah Beeran. Beliau turut mengugut guru Pasti berkenaan sehingga menimbulkan ketakutan sesuatu yang buruk boleh berlaku. Norazman terjerit-jerit sambil menggoncang pintu pagar Pasti.

Cik Zuraida telah membuat laporan Polis di Balai Polis Senai pada pukul 10 malam kejadian itu diiringi beberapa pimpinan PAS Kawasan Kulaijaya dan pengurusan Pasti.

Sebagai seorang pimpinan Umno dan masyarakat, tindakan beliau adalah tidak wajar sama sekali. Adakah beliau tidak mengetahui bahawa Pasti terletak di bawah kelolaan PAS menerusi Dewan Pemuda PAS?

berita lanjut : Harakah
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ish ish ish.......lepas kes sebuah tadika yang dimangga oleh seorang AJK Umno.....kali ni PASTI pulak dijadikan mangsa kemarahan politik puak2 tak bertamadun ni...... senang ja aku panggil puak2 umno ni sebagai puak tak bertamadun sbb tindakan2 yg dibuat semakin di luar batasan kewarasan sebagai manusia yg bertamadun.........

Kalau di Terengganu ketika peralihan kuasa kepada PAS pada PRU 1999 yg melihatkan PAS berkuasa 1999-2004, tadika dijadikan alat propaganda dengan mengatakan kerajaan PAS Terengganu menutup dan mengusir kanak2 yang belajar di tadika dengan alasan premis yg digunakan adalah hakmilik kerajaan negeri sedangkan hakikat sebenar adalah tidak benar sama sekali.............

Begitu juga di Kedah ketika awal pengambil alihan kuasa kepada PAS selepas menang PRU 2008, puak2 tak bertamadun itu sekali lagi cuba utk jadikan tadika dan pelajar2nya sebagai alat propaganda meraih simpati masyarakat........tetapi alhamdulillah, tak berjaya apabila Ustaz Azizan selaku MB mengumumkan bahawa Tadika yg beroperasi di premis2 milik kerajaan negeri boleh meneruskan pembelajaran seperti biasa......tapi, berlaku di taman perumahan aku ni apabila puak2 tak bertamadun tu mengosongkan premis tadika depa hanya beberapa hari selepas PAS membentuk kerajaan negeri bersama PKR dan DAP....

Puak2 tak bertamadun ni merasakan depa lah manusia paling betoi dalam dunia ni.....maka, tindakan yg depa buat semuanya betoi belaka. Apatah lagi pulak, ada sorang tok meteri sebut depa tak jamin 'keselematan' pembangkang di Johor......apa lagi!!!!!! anak2 juak naik tocang lah.......

Tapi apa yg puak2 ni tak tau iaitu orang sekeliling menilai apa yg depa buat......semakin tak bertamadun depa, insyaAllah akan semakin jauh hati2 penyokong depa sendiri dari parti depa yg kononnya mendapat restu Ilahi tu....... disebabkan itu jugak kot yg depa suka suki buat bermacam2 benda walaupun melanggar undang2........ dalam kes di atas, satu laporan polis telah pun dibuat.......tapi....TAPI....TAPI.....aku yakin laporan tu hanya akan tinggal atas kertas saja......hangpa tengok lah nanti!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...