Blog Member

Selasa, 31 Januari 2012

Dasar sekular punca murtad, apa betul???

aku nak bancuh berkaitan berita atau kenyataan dikeluarkan oleh Cikgu Azmi selaku Presiden TERAS yg mengatakan dasar sekular kerajaan yg menjadi punca gejala murtad....beritanya klik SINI

bawah ni aku copy skit laporan dari berita : 
“Kami mendapati bahawa gejala murtad yang tidak boleh dinafikan berlaku di kalangan umat Islam perlu segera dibendung terutama ancaman sekularisme yang mendasari dasar-dasar kerajaan telah menjadi punca utama gejala ini semakin parah.

“Kami sangat khuatir terhadap gejala mereka yang murtad tetapi terus berpura-pura masih Islam. Kes ibubapa dikejutkan dengan pengakuan anak-anak yang keluar dari Islam pernah berlaku dan hal ini sangat perlu diberi perhatian serius,” katanya.

hari-hari kita dihidangkan kes jenayah membimbangkan!!!! macam negara tak ada undang2!!!!!


Himpunan cerita jenayah hari ini yg dilaporkan....yang tak dilaporkan, tak tahulah banyak mana dok ada!!!!
ni yg aku dah baca saja....yg belum baca atau yg dah beberapa hari lepas, berlambak lagi lah dok ada!!!!

adakah ini semua menunjukkan bahawa rakyat Malaysia makin waras atau makin kejam??? walaupun kita tak tahu dan tak kenal penjenayah, tetapi ruang utk depa buat jenayah senantiasa terbuka walaupun kita tutup serapat-rapatnya....

klik tajuk utk berita penuh....

penyamun yg semakin bermaharajalela

BMW dirempuh, RM200,000 lesap di lebuh raya

NILAI – Seorang pemilik stesen minyak mengalami keadaan cemas apabila keretanya dirempuh kenderaan penyamun bersenjata yang melarikan RM200,000 di Kilometer 287, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, berhampiran Bukit Mahkota, di sini, semalam.

penemuan terbaru....dikatakan ini bukti kehidupan sebelum Nabi Noh...

Isnin, 30 Januari 2012

al Quran dan pedang raksasa ditemui.....

indonesia sememangnya dipenuhi dgn pelbagai misteri dan keajaiban....hanya kepada Allah kita berserah segala kejadian.....




ya Rasulullah....aku rindu dan berharap untuk bertemu denganmu!!!!

kaki dan tangan kena potong!!! hukum hudud pun tak sampai tara ni!!!!

sepatutnya berita2 sebegini semakin menyedarkan kita betapa peri pentingnya mengaplikasikan hukuman Hudud secara keseluruhan....percaya dan yakin lah kepada Allah bahawa jika kita laksanakan segala perintah Nya, senantiasa pertolongan Allah akan senantiasa bersama kita....

dalam berita ini walaupun tidak disebutkan agama si pelaku dan mangsa, tetapi cukup membuktikan kepada kita bahawa rahmat Allah dah semakin jauh dari kita hinggakan kejadian-kejadian tidak pernah didengar di telinga, tak pernah nampak di mata semakin kerap berlaku di negara kita.....renungkanlah

bukan Islam semakin faham bila bersama PAS......

dengar sendiri apa yg diperkatakan oleh Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Balachandran
sayangnya...rakaman ini separuh dan pendek saja....sepatutnya dipanjangkan lagi supaya puak2 sebelah sana celik mata terhadap apa yg tak pernah cuba difahamkan oleh umno kpd bukan Islam selama lebih 50 tahun mentadbir telah sedikit sebanyak berjaya dibuat oleh PAS walaupun dalam pelbagai kepayahan dan pelbagai halangan.....

Ahad, 29 Januari 2012

lihatlah bagaimana Islam dihina???

kadangkala ada segolongan puak yg menjuruskan perjuangan depa pada stigma tertentu saja....itupun hanya berkaitan isu tersendiri dan ada kalanya hanya berkaitan peribadi....entah bagai tiada noktah penghinaan demi penghinaan Islam......



permainan2 ini jelas berlambak di pasaran....tapi sebagai individu, kita tak boleh sebarang dalam tindakan....aku harapkan semoga pihak2 yg berkaitan ambil tindakan sebelum ianya menjadi barah yg tidak berupaya disembuhkan....

betoi ka majlis Raya Cina anjuran PERKASA dikatakan menghina kaum Cina???

ini screen shot dari laman sorang fren facebook aku berbangsa Cina....


sesiapa yg ada akaun facebook, klik SINI utk sumber asalnya

apa yg aku paham dari ayat yg aku kotakkan warna merah tu menyatakan bahawa satu penghinaan kpd tatabudaya masyarakat Cina bagi angpau dalam sampul berwarna putih kerana ianya upacara dalam majlis pengkebumian/kematian.....hehehehehe

kalau orang hina budaya kita, cepat lah melatah.....tp kalau kita tak reti hormat budaya orang, macam mana pulak tu??? 

pembohongan yg semakin menjadi-jadi????

apa yg aku nak bancuh ni adalah berkaitan Hassan Ali....aku sebenarnya malas nk sentuh sebarang isu berkenaan dgn satu tokoh bernama Hassan Ali ni, tetapi dek sebab beberapa fren facebook aku minta aku bancuh skit sebanyak isu Hasaan Ali nih berikutan 'pembantaian' terbarunya di program HIMPUN di Kepala Batas, Pulau Pinang kelmarin....maka inilah yg aku nk bancuh dua tiga patah


pertama sekali aku nk sentuh apa yg aku dah highlight dalam screen shot kat atas tu...
berita ni hangpa boleh lawat di SINI

pensyarah bangsa korea bimbang tulisan jawi sedang 'tenat', pensyarah bangsa Melayu relax ja!!!!


Pensyarah Korea bimbang tulisan jawi semakin dilupakan

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Seorang pakar tulisan jawi berbangsa Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia.

Prof Dr Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies, mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.

Baucar buku punya hal!!!!



screen shot ni aku dapat dari seorang rakan facebook aku....sesiapa yg ada akaun facebook, sila klik SINI  utk pergi ke laman nya

pertamanya aku sokong juga tindakan dikenakan ke atas orang yg jual baucar tu....kerajaan bagi utk beli buku yg dah tentunya bermanfaat utk pelajaran....tp dijual pulak....bagi aku lah, org yg jual baucar tu adalah golongan yg tak berfikiran...namun, disebaliknya menunjukkan kita beberapa isu yg patut direnung bersama

orang waras tak buat kerja gila ni!!!!!

26 motosikal, teksi hangus dibakar
ANGGOTA bomba memeriksa sebahagian daripada 26 buah motosikal yang
dibakar di kawasan letak kereta Apartmen Desa Mentari, Petaling Jaya semalam.
PETALING JAYA – Angkara dendam, sebanyak 26 motosikal dan sebuah teksi dibakar dalam satu kejadian di kawasan letak kereta Apartmen Desa Mentari di sini pada pukul 4 pagi semalam.

adakah undang-undang sedia ada tidak berkesan???

SEBAHAGIAN daripada GRO warga Vietnam dan Indonesia yang
ditahan di sebuah pusat hiburan karaoke di Petaling Jaya semalam.
(gambar oleh Kosmo)

petikan berita : "Premis tersebut pernah diserbu sebanyak tiga kali tahun lalu"
berita lanjut : sila KLIK

Tabung Haji mencari untung dengan penindasan???

kalaulah benar bagai dilaporkan dalam berita di bawah....bagi aku, ini sungguh mengecewakan aku sebagai seorang muslim dan juga sebagai salah seorang yg menabung dengan Tabung Haji.....dan paling mengecewakan juga jika ini benar, secara tidak langsungnya akan memberikan satu gambaran salah orang bukan Islam terhadap Islam....

gambar hiasan
Tabung Haji rampas ribuan hektar tanah adat

PETALING JAYA: PKR mengecam tindakan Tabung Haji Plantations Sdn Bhd, anak syarikat Lembaga Tabung Haji bermaharajalela dengan merampas beribu-ribu hektar tanah adat (NCR) milik pribumi Sarawak di Krian yang terletak dalam daerah Saratok, Bahagian Betong.

Penyelaras PKR Parlimen Pasir Salak, Abdul Razak Ismail berkata, tanah-tanah NCR tersebut merupakan kawasan hutan rayau, bercucuk tanam dan kawasan sungai menangkap ikan bagi masyarakat Iban, Bidayuh, Melanau dan lain-lain kaum pribumi Sarawak.

SKMM bukan double standard....tp langsung xdak standard!!!!

‘SKMM, hentikan sikap dwi-standard’

PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), mengecam sikap dwi-standard Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM)
kerana cepat bertindak menahan seoang blogger pro Pakatan Rakyat dan diserahkan kepada polis.

“Itulah kerja pantas SKMM dan pihak polis, memberkas hanya blogger-blogger yang selama ini menjadi nadi penting kepada Pakatan,” kata Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan media hari ini.

adakah seperti ini pembangunan yg diinginkan???

berita yg aku paparkan di dalam entri ini hanyalah sebagai contoh bahawa sebenarnya sesuatu pembangunan boleh merencatkan pembangunan yg lain....dengan kata lain, pembangunan yg tidak mengambil kira faktor sekeliling yg tidak didahului dgn kebijaksanaan boleh dianggap sebagai pembangunan yg membunuh atau merencatkan satu pembangunan yg lain....amat sesuai juga kalau aku katakan bahawa mana2 pembangunan yg dibuat dengan tidak mengambilkira kebajikan rakyat akan mengorbankan sebahagian rakyat walaupun pada masa yg sama akan memberikan kelebihan kpd sebahagian yg lain.....

seperti contoh dalam berita ini :

Peniaga pasar besar terjejasPeniaga pasar besar terjejas


KUALA ROMPIN – Peniaga Pasar Besar Kuala Rompin mendakwa mereka terpaksa menanggung kerugian setiap hari berikutan mengalami masalah kekurangan pelanggan selepas kewujudan dua pasar raya di bandar ini.

Pembukaan dua pasar raya yang turut menawarkan barangan basah itu menyebabkan pembeli lebih selesa membeli-belah di pasar raya berbanding di Pasar Besar Kuala Rompin.


aku hanya petik sebahagian dari berita saja, selebihnya hangpa baca SINI

cuma, apa yg aku nk bancuh di sini iaitu sudah tentunya dgn pembangunan 2 buah pasaraya besar baru itu menunjukkan adanya satu pembangunan dan pembangunan tersebut akan memberikan kelebihan kpd segolongan rakyat, tetapi pada masa yg sama secara sedar atau tidak sedar sebahagian rakyat yg lain akan menerima padah atau menjadi mangsa

pembangunan seperti inilah yg senantiasa dicanangkan oleh pemerintah kini....namun, tidak dapat dipastikan adakah pembangunan seperti ini yg diinginkan rakyat kebanyakan.....

Sabtu, 28 Januari 2012

60 tahun rakyat nak kena bayar tol??? rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan....hehehehehe

seorang konsultan dan penulis bebas, P Gunasegaram mempersoalkan konsesi pembinaan lebuhraya yg diberikan kepada sebuah syarikat selama 60 tahun dgn kos bernilai RM7.07bilion tidak termasuk kos pengambilan balik tanah.....

bagi aku, ini memang tidak masuk akal kerana panjang lebuhraya yg dicadangkan hanya 316 km dari Banting, Selangor hingga ke Taiping, Perak....manakala dari jarak itu, 224km atau 70% akan dikenakan tol.... sedangkan jarak lebuhraya Utara-Selatan yg menganjur dari Johor sampai ke Bukit Kayu Hitam, Kedah yg sejauh 770km hanya dengan konsesi selama 30 tahun saja....

Setiausaha Parti Gerakan Negeri Kelantan letak jawatan

dalam keghairahan umno be end berkempen mengatakan umno bakal merampas Kelantan PRU 13 dan diwar-warkan juga di seluruh negara bahawa ramai ahli PAS dan komponen PR menyertai umno be end, Lau Chin Chua, Setiausaha Parti Gerakan Negeri Kelantan letak jawatan dan join PR dan berceramah atas pentas PAS sempena sambutan Tahun Baru Cina di Kelantan....bukan kecik anak tu!!!!

gambar antara 2 ceramah di Jalan Kebun



malam ni (27/1/2012), ada pertembungan 2 ceramah di Jalan Kebun, Shah Alam yg beberapa hari lepas kecoh dgn pengacau ultra Melayu....

di atas adalah 2 gambar yg boleh menceritakan keadaannya....hangpa teka lah sendiri mana satu ceramah umno, mana satu ceramah PR......

apa yg dibuatnya kalau ini pun terabai!!!!!

MAIS didakwa abai harta wakaf


gambar menunjukkan sebuah (dari 26 buah) rumah teres yg rosak teruk selepas diwakafkan kpd MAIS.... rumah teres tersebut terletak di Desa Fahmi, Kapar, Kelang dan pewakafnya adalah Dr. Kamarolzaman Hajar (gambar kecil)

Jumaat, 27 Januari 2012

ada lagi video!!!!! berapa banyak da.........!!!


untuk berita : klik SINI

tajuk beritanya : Datuk T dakwa ada satu lagi video 'lebih dahsyat'

uih!!!! dahsyat tara mana tu??? ada dahsyat tara tsunami melanda Acheh ka???
sebenarnya, khabar angin dah bertiup lama dah terutamanya dari blog2 pro-umno mengenai adanya video yg dirakam di Thailand ni....cuma tak pernah dengar dari geng trio ni secara langsung lagi...ini kali baru betul-betul kot.....

betapa punahnya sistem kekeluargaan - umur 22 tahun sudah jadi 'ibu tunggal'...


aku malas nk bancuh byk sbb byk kerja nk kena buat.....hangpa layan lah dulu berita nih....

3 lelaki, ibu tunggal ditahan

KULIM - Tiga remaja lelaki berusia 16, 17 dan 19 ditahan orang awam ketika sedang melakukan perbuatan sumbang bersama seorang ibu tunggal berusia 22 di tahun di padang permainan di Taman Desa Impiana, kira-kira jam 3.15 pagi semalam.

Khamis, 26 Januari 2012

calon bertanding kena lulus bacaan al Quran di Acheh

gambar Utusan

sesuatu yg amat menarik apabila dilaporkan calon yg ingin bertanding merebut jawatan Gabenor dan Timbalan Gabenor Acheh diwajibkan lulus ujian membaca al Quran dgn mendapat markah sekurang-kurangnya 50.....

usaha yg boleh dipuji dan diikuti bagi memilih seorang calon yg benar2 menghayati al Quran....walaupun belum tentu calon tersebut mahir dalam ilmu al Quran, tetapi sebagaimana kata seorang penduduk Acheh bahawa jika calon seorang Muslim sejati, membaca al Quran tidak akan menjadi satu masalah besar. dan setidak-tidaknya seorang calon yg hendak dipilih perlu melalui proses mengenal pasti seorang pemimpin yg dekat dgn al Quran bagi melayakkan memimpin sebuah jama'ah yg besar.....

tapi kalau di Malaysia.....hehehehehe.....aku rasa kalau buat mcm ni, pasti ramai pemimpin terutamanya parti kera-mat tu lebih ramai fail dari yg berjaya.....bukan saja kata....tapi aku berani kata!!! itu blm buat ujian akhlak dan syaksiah lagi.....disuruh isytihar harta pun beralasan konon 'bahaya'.....

berita penuh : klik SINI

HINDRAF tarik balik sokongan kepada ABU




untuk berita : klik SINI

HINDRAF dilaporkan menarik balik sokongan terhadap pergerakan ABU (Asalkan Bukan Umno / Anything But Umno)....mulanya aku nk kata ni dulu "ADA AKU KESAH!!!!!".....hahahaha


Penarikan sokongan ini dibuat selepas daripada insiden di Jalan Kebun sabtu lalu. jurucakap HIDRAF, S Jayathas juga dipetik berkata depa tak menyebelahi mana2 parti, tetapi menentang sebarang bentuk amalan perkauman atau diskriminasi ke atas kaum India.....dia juga ada kata depa menyokong ABUR (Anything But Umno and Pakatan Rakyat Racism).....sekali lagi aku nk sebut, "ADA AKU KESAH!!!!!"

jom kita pakat berdoa kepada Allah.......

 

jom kita pakat berdoa semoga Allah berikan hidayah dan petunjuk yg jelas  kpd pelakon hebat Hollywood ni yg pernah berlakon jadi 'Jedi' dalam filem Starwars dan beberapa filem lain.....

Neeson mahu peluk Islam

LAS VEGAS: Bintang Hollywood, Liam Neeson, bercadang meninggalkan kepercayaan Katoliknya untuk memeluk Islam.

Laporan media semalam menyatakan, Neeson, 59, mengaku dia “diresapi semangat” itu selepas mendengar laungan azan ketika menjalani penggambaran filem di Istanbul, Turki.

Kata Neeson, azan dilaungkan lima kali sehari dan untuk minggu pertama, dia “gila” mendengarnya.

“Tiba-tiba seruan itu meresapi jiwa dan ia menjadi sesuatu yang paling indah,” katanya.
Neeson berkata, ada kira-kira 4,000 masjid di Istanbul dan sesetengahnya begitu indah.

Neeson dibesarkan di Ireland Utara sebagai penganut Katolik yang taat.

Bagaimanapun, dia beberapa kali mempertikaikan keyakinannya.

“Saya diajar mengenai Katolik, tetapi saya tertanya-tanya setiap hari secara tidak sedar - apa yang kita lakukan di dunia ini sebenarnya? “Saya sentiasa membaca buku mengenai Tuhan dan fahaman atheis,” katanya. - TS

wartawan gay lah pulak!!!!


rujukan terdahulu : 1. fitnah lagi ka ni???  2. mangsa atau pemangsa??? 3. apa mau sembunyi lagi???

setelah beberapa hari didedahkan oleh beberapa pihak mengenai rosmah yg berbelanja di sebuah butik di Australia hampir RM325,000...blogger pro-umno yg sebelum ini diam terkedu dek tak ada hujjah nak back-up baru kembali dgn berita mengatakan wartawan yg buat pendedahan isu itu merupakan seorang gay....

hahahahahaha......dah kalau dia seorang gay, apa perkaitan dgn beritanya tu???? adakah kerana dia seorang gay, maka apa yg dilaporkannya tu secara automatik akan jadi 'palsu'??? mcm mana dgn keterangan dia yg mempertahankan sumbernya adalah kukuh.....so, blogger pro-umno ini sekali lagi menunjukkan kedangkalan depa dalam mempertahankan sesuatu dan mengaitkan isu dgn sesuatu yg tidak langsung ada perkaitan....agaknya kalau lah wartawan itu 'straight'....mesti berita tu akan automatik jadi 'sahih'.....mestikah begitu???

tp jgn plak kata aku dok sokong gay.....hahahaha....aku cuma tak nampak sebarang kaitan yg boleh dijadikan alasan sesuatu laporan itu menjadi palsu dek kerana tukang lapornya adalah seorang 'gay'....kalau begitu keadaannya, kena lah buat satu undang-undang baru iaitu golongan gay, lesbian dsb tak boleh buat report, tak boleh kerja sebagai wartawan dan sudah semestinya kena haramkan kerja dgn sebarang syarikat penerbitan....

sabotaj DPP.....orang ramai dah cerdik la!!!!!

exco
gambar di sebelah menunjukkan satu kain rentang yg dipasang di beberapa tempat sekitar Kuala Langat, Selangor berikutan isu perlantikan Exco Agama Islam di Selangor.....hehehehe....apa yg aku boleh kata iaitu orang ramai dah makin cerdik lah.....tak ada yg termakan dakyah palsu atau perbuatan sabotaj yg mcm ni lagi dah.....

hanya golongan bodo saja yg nk boleh percaya yg kain rentang tu adalah hakmilik Dewan Pemuda PAS Selangor..... PAS mempunyai susun atur organisasi parti yg lengkap dan baik dari segi amalannya....kalaupun ada sebarang perkara yg tak berpuas hati atau sebarang keraguan....saluran dalaman parti akan digunakan, bukannya jenis dok hantam kromo....cuma ada sorang dua saja yg baru dua tiga hari dok dalam parti, tp rasa mcm dah berjuang seumur hidup yg akan buat perangai mcm tu yg dok serang parti balik belakang.....

inilah salah satu kekuatan PAS yg tak dapat ditembusi oleh musuh politik PAS spt umno....PAS ada cara tersendiri dalam sebarang hal dan dalam semua hal itu, al Quran dan Sunnah menjadi rujukan paling utama dan tertinggi....itu sbb tak mudah2 org PAS nk boleh terima provokasi murahan yg macam ni....kalaupun hangpa boh gambar Presiden atau Tuan Guru Nik Aziz pun....tak akan ada org PAS yg mudah percaya sbb itu bukanlah amalan kami......

nasihat aku kpd puak2 yg buat tu....tak payahlah dok membazir duit dan dok buang masa....banyak lagi benda lain nk dibuat.....

untuk berita : klik SINI

Usung keranda tanda protes!!!!


NILAI - Jawatankuasa Tenaga Kerja (JTK) diminta mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan nasib dihadapi 161 pekerja tempatan sebuah kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Nilai, di sini yang diberhentikan.

Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Negeri Sembilan, Mohamed Dauzkaply Nor Ghazali berkata, sehingga kini, JTK seolah-olah mengambil sikap tunggu dan lihat.

Sedangkan, katanya, mengikut undang-undang, mereka mempunyai kuasa untuk membuat keputusan atau tindakan dalam menyelesaikan masalah itu.

komen dari seorang sahabat......

Ariff Yusoff
Jan 25, 2012 08:30 AM

Assalamualaikum...kpd yg berkenaan atau sesiapa yg ada kaitan dgn kerajaan Pas Kedah. Kerana sayangnya saya kpd kerajaan Islam sekarang di Kedah & diharap & berdoa semoga ia tidak kembali jatuh ketangan kerajaan thoqut umno.. kerajaan Pas hendaklah membuat sesuatu dinegeri Kedah DA itu supaya nampak imejnya yg cantik & baik serta selesa dimata rakyat menampakkan yg pemerintahan Islam/Pas berbeza dgn pemerintahan Thoqut/umno. Contoh yg paling kecil saya ambil..kelmarin saya lalu di Jalan Sultanah kws syahab perdana..semua tiang2 lampu jalan mengibarkan bendera M'sia & negeri Kedah yg dah reput koyak rabak nampak sgt kotor & memalukan negara (mungkin dijln2 lain pun sama). Cepat2 lah tukar yg baru, akan nampak lebih berseri bandaraya Alor Setar. Keduanya..sistem lampu trafik disepanjang jalan tolong set bagi nampak teratur & lancar perjalanan kenderaan. Setkan bagi jadi satu bentuk syncronise iaitu kalau disatu simpang itu hijau, lain2 simpang pun hijau juga supaya kenderaan akan jalan lancar tanpa tersekat2. Kerajaan or Majlis Bandaran Kedah boleh belajar ini drp Majlis Bandaran P.Pinang (saya tinggal di P.Pinang), sila lalu dijalan Masjid Negeri (dulu Green Lane), apabila kita masuk saja ke jln ini dari bulatan Tenku Kudin & menempuh simpang pertama lampunya hijau, kita akan terus tanpa henti dimana2 simpang lagi yg ada tak kurang dari 5/6 simpang sehingga kehujung dkat bulatan masjid negeri, kerana lampunya disyncronized warna hijau..so kenderaan berjalan dgn lancar. Di Jln Sultanah pun boleh buat begitu..dr hujung simpang Mergong sampai simpang Jalan Day nak ke Bakar Bata boleh disyncronizedkan macam di Green Lane, Penang.
Perkara2 begini walau pun kecil tapi ia beri kesan kpd rakyat yg hari2 mengguna jlnraya. Kalau kerajaan Pas Kedah boleh atasi benda kecil tapi berfaedah pd rakyat ini..tentu ia memberi mileage kpd pilihanraya nanti.
Oh ya..sikit lagi..tolong tenguk & kutip2 sama sampah2 yg sikit2 berselerak tepi2 longkang & hujung padang dkat2 taman perumahan Mergong tuh..maaf sekiranya komen ini tak berguna. Terima kasih.

Rabu, 25 Januari 2012

bekas pegawai polis mengakui adanya sindiket kad pengenalan utk mengundi....siasat!!!!

aku nak isytihar harta!!!!!

pemimpin umno be end takut nk isytihar harta sbb kata sorang menteri depa 'bahaya'.....
tak pa lah, aku takut apa nk isytihar harta aku......tp sblm tu, dengarkan dulu alunan ni


upacara tawar menawar (rakaman 2010)







hangpa tengok dan dengar sendiri lah....maleh aku nk bancuh.....

bodoh atau membodohkan???


Harian Metro Edisi Utara hari ini (25/1/2012) melaporkan satu ugutan bom diterima yg konon diletakkan di bawah satu pentas di belakang pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bakar Bata.....dan akhirnya disahkan sebagai panggilan bom palsu

apa yg aku nk bancuh iaitu samada perkara ini suatu perbuatan bodoh atau membodohkan.....

orang yg letak bom tu mmg bodoh dan melakukan perkara bodoh.....dan membodohkan lagi pulak apabila dia telefon pulak bgtau ada bom di tempat yg diletakkannya tu.....tak kah satu kerja bodoh....dah lah buat benda bodoh, pastu tambah lagi bodoh sbb bgtau org yg dia buat kerja bodoh.....lagi tambah bodoh iaitu kelmarin (24/1/2012) masih lagi hari cuti sambut tahun baru Cina....semakin bodohlah org yg letak bom tu sbb dah tau hari tu org cuti, pejabat tak buka....lepas tu boleh pulak telefon ke pejabat yg tak buka bgtau dia letak bom.....memang bodoh lah tukang buat bom dan org yg letak dan yg telefon tu.....kalau hangpa pi bom ikan kt kolam, ada ka hangpa bgtau kt ikan tu...."ni ikan, aku nk bom hangpa nih".....hahahaha...dah tentu org yg bercakap dgn ikan tu bodoh......

hehehehehe......adakah ini kerja bodoh atau membodohkan???? hangpa bancuh lah sendiri......yg penting, jgn turut jadi bodoh......

debat budaya barat kata ketua penerangan umno

gambar hiasan
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini. beliau dipetik berkata sebagai respon terhadap isu cabaran debat oleh Anwar terhadap Najib.....

kalau dalam loghat utara, boleh kata puak ni kong-kalikong....cakap bolak balik....dalam banyak perkara lain, depa yg cabar orang berdebat....paling lantang dok cabar debat iaitu Khairi dan Nazri Aziz...tapi bila kena tang Najib, banyak lah pulak alasan....teringat aku satu ketika Najib kata yg lebih kurangnya 'jangan cabar debat, nanti demam'.....hahahaha....sekarang ni siapa yg demam???

kuda ditunggang atau kuda menunggang....mana satu betoi nih???

sekadar hiasan
dalam akhbar harian, hari2 riuh kata PAS dijadikan kuda tunggangan oleh DAP...itu cakap umno lah...tapi kalau tanyakan kepada CSL plak, dia kata DAP ditunggang oleh PAS....mana satu betoi nih??? penin lah aku... siapa menunggang siapa la ni??? jawapan yg paling aku pasti iaitu umno ditunggang tungging oleh MCA sejak dulu, kini selamanya.....hahahahaha

bukan aku yg kata.....tapi cuba hangpa baca berita kat bawah ni....

Baru sorang kena tahan!!!


berita terdahulu :  politik kurang ajaq!!!!!!

Satu ditahan berhubung serangan ceramah ABU

SHAH ALAM - Polis Selangor telah menahan seorang lelaki berusia lewat 20-an bagi membantu siasatan insiden serangan ketika ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam, Jalan Kebun di sini, Sabtu lalu.

Menara Big Ben di London condong

Bangunan jam Big Ben (kanan) di London kelihatan dalam gambar yang dirakamkan pada Isnin lalu.

LONDON, Britain - Menara jam yang terletak di Istana Westminster dan digelar Big Ben didapati condong manakala media tempatan kelmarin melaporkan bangunan Parlimen Britain pula semakin mengelincir ke dalam Sungai Thames di sini.

apa mau sembunyi lagi???


diberitakan bahawa kolumnis yg tulis cerita pasai Rosmoh berbelanja besaq di Australia spt yg dilaporkan oleh Sydney Morning Herald tetap mempertahankan tulisannya sbb dia punya bukti kukuh dan sumber yg tepat...  apa lagi mau sembunyi??? kalau dia dah berani, saman saja lah.....

mulut gua bolehlah ditutup....mulut manusia tak boleh nk tutup....hehehehe.... Kalau dah Allah nk serlahkan kebenaran, tak ada suatu pun yg boleh menghalang......

Selasa, 24 Januari 2012

mangsa atau pemangsa???

Sekarang neh gambaran kes neh dah semakin jelas. Ohoiii.. rosmah mansur, sepatutnya ko soh si kapp tue tutup mulutnya. Ko dah tak boleh nak elak lagi sebab persepsi rakyat semakin serong terhadap ko.

Lihat bawah neh terlebih dahulu beb ;

Isnin, 23 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA


SELAMAT TAHUN BARU CINA aku ucapkan kepada yg menyambutnya....

ini bukan sambutan keagamaan, dan sebagai seorang Islam....kita tak salah kalau nk mengucapkan atau meraikan bersama....cuma jgn terlajak dalam mengamalkan sebarang perkara yg menjurus kpd syirik terhadap Allah

aku pun nak cuti gak beberapa hari sempena cuti tahun baru Cina ni....hangpa bancuh lah dulu apa yg patut....

sidang media berkenaan dgn Surau al Jabbar & IKS di Setapak



Ahad, 22 Januari 2012

tahap kejahilan agama yg boleh merosakkan diri


ini screen shot yg aku baru dapat sebentar tadi....walaupun tarikhnya 27 September 2011, tapi isu ini tetap perlu dibangkitkan dan menunjukkan betapa suatu yg dinamakan kejahilan boleh merosakkan aqidah dan perjuangan seseorang dek kerana ketaksuban....taksub atas nama Islam tak mengapa, tapi taksub kepada selain Allah dan Rasul adalah sesuatu yg dilarang dan boleh menyesatkan.....jika perkataan ini lahir dari keyakinan bahawa hukum Hudud itu suatu hukum yg kuno....maka jawapannya tuan empunya perkataan ini perlu bertaubat dan kembali kepada Allah.....

aku malas nk bancuh banyak sbb jelas dan nyata apa yg disebutkan....hangpa pikiaq amik sendiri

Chua pulak kaitkan Sharizat dgn NFC


nih, aku nk habaq skit kt Chua Soi Lek nih....Sharizat dah berkali2 bagitau yg dia tak ada kena mengena dgn NFC....dan disebabkan dia tak ada kena mengena, dia saman Rafizi dan Zuraidah utk bersihkan nama dia....tapi hari ni hang sebut pulak yg Sharizat urus skandal NFC dgn lemah!!!! kok mana ni??? dia nk urus mcm mana dah dia kata tak ada kena mengena......

apa pasai berahim ali yg jawab bagi pihak NFC???

hangpa baca berita di bawah nih....yg aku hairan iaitu apa pasai Ibrahim Ali yg jawab bagi pihak NFC??? dan apa sbb NFC sendiri tak dedahkan salah laku pekerja ni sejak awal???

bagi aku, isu penyelewengan pekerja adalah soal dalaman syarikat yg tak perlu nk dijadikan sebagai satu alasan bahawa TIDAK WUJUD penyelewengan dana NFC....dan samada tuduhan penyelewengan itu wujud atau tidak, diminta pihak polis dan SPRM membuat siasatan dgn penuh ketelusan dan jgn sampai ada sebarang persoalan berbangkit......

yg nak sangat rakyat tau iaitu kes pembelian kondo berharga puluhan juta ringgit, pembelian tanah juga berharga jutaan ringgit dari dana NFC....

dilaporkan juga pihak PERKASA berpuas hati mendengar taklimat dari NFC.....hahahaha....ini pun satu kepelikan juga....apakah PERKASA satu entiti berkanun yg mempunyai hak utk membuat kesimpulan 'tidak bersalah' setelah mendengar satu taklimat satu pihak??? malah, taklimat yg diberikan juga hanya dari satu pihak, dan apa pasai PERKASA tidak mahu pulak dengar dari sebelah lagi pihak??? logik akalnya boleh pikiaq bahawa depa ni memang berpihak.....

fitnah lagi ka ni????

baju rosmah mansor Baju Rosmah Mansor RM325,000 & Menginap Penthouse A$20,000 (RM65,100) Semalam?
foto dari BERITASEMASA

sebelum ini dihebohkan oleh sebuah akhbar di Australia jugak yg mengatakan itu Malaysia punya first lady beli mutiara bernilai RM487,687 (AU$150,000) masa CHOGM tahun lepas....tp akhirnya akhbar berkenaan  mohon maaf dan mengaku silap dalam laporan.....nasib baik lah tak kena saman....

dok tak dok, keluaq pulak cerita ni dari akhbar di Australia jugak yg mengatakan Rosmah Mansur berbelanja di sebuah butik jenama KAPP dianggarkan bernilai RM325,000 (AU$100,000) seperti yg dilaporkan dalam akhbar Sydney Morning Herald....dah tu plak, ada pulak cerita dalam akhbar tu yg mengatakan Najib dan FLOM nya menginap di The Darling Hotel pada kadar RM65,000 (AU$20,000) semalam.....

jika benarlah bagai yg dilaporkan....maka hangpa sendiri tengoklah gelagat pemimpin yg hangpa banggakan sangat nih....rakyat disuruh jimat, depa berbelanja hanya utk sehelai baju dan sekali tidoq saja dah beratus ribu.....ini duit simpanan dari kecik ka semenjak dalam perut lagi???

tapi, kalau tak benar....aku harapkan Najib dan Rosmah saman akhbar yg berkenaan.....jgn dok biaq, jatuh maruah nih.....hehehehehe.....kalau berita berbelanja masa CHOGM tu, dituliskan secara umum saja....tp bezanya kali ni siap sebut nama, kedudukan dan pangkat serta siap ada gambaq lagi......tak kan lah editor akhbar tu bengong sampai tak kenai mana satu 'beruang' mana satu 'berwang'......hahahahaha

Ikhwan Muslimin menang besar


Ikhwan Muslimin memperolehi dua per tiga kerusi bagi memenangi pilihanraya umum Mesir dan sebagai sebuah parti yg berteraskan Islam, ianya merupakan satu kemenangan yg amat besar bagi ummat Islam di Mesir dan seluruh dunia yg menjadikan parti Ikhwan Muslimin sebagai role model pada parti2 Islam di negara masing-masing.....

semoga kemenangan Ikwan ini akan merebak dan melebarkan rahmat kemenangan itu kpd Malaysia dengan PAS yg menjadi tonggak yg memperjuangkan Islam sebagai wadah utama dalam perjuangan politik....


politik kurang ajaq!!!!!!



apa lagi mau kata!!!! mmg haram bejadah puak2 yg suka kacau program org....aku tak kira lah siapa pun, tp sebagai sebuah negara demokrasi, penganjur mesti diberi peluang utk menganjurkan apa2 saja program selagi tak melanggar undang-undang dan tidak menganjurkan jenayah.....

nasihat aku kpd si penganjur ni, lain kali kalau nk buat program mcm ni....jgn dok buat sendiri-sendiri....kena ada kerjasama dgn mana2 parti yg mempunyai ramai kakitangan terutamanya komponen Pakatan Rakyat...

kalau ikutkan apa yg diperkatakan dalam video di atas tu, mamat tu geng mgkn geng ultra Melayu dan kawan2 yg dibawanya nampak semua mcm geng mat rempit yg juga boleh dikatakan antara geng perosak negara....tp geng itu lah yg ada puak2 tertentu suka......

Sabtu, 21 Januari 2012

Syukranlillah

ranking blog bancuh 14/1/2012

ranking blog bancuh 21/1/2012

aku mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kpd semua yg sudi melayari blog aku yg tak seberapa nih....aku bukan nk kira ranking ni sebagai apa....aku anggapkan apa yg ditunjukkan tu sebagai satu terjemahan sokongan terhadap apa yg aku tuliskan dan aku bentangkan.....aku hanya nk berkongsi pandangan, mgkn ada yg tersalah dan mgkn ada yg berkebetulan.....

Chua Jui Meng kata ahli MCA sebenarnya lingkungan 40K saja.....

Chua Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan dan bekas Naib Presiden MCA kata :
"But at the end of the day, however much they try to fudge it, instead of the 1.3 million members it claims to have, MCA actually has only about 40,000 real members. These are the ones who bother to turn up at meetings and take part in party activities or volunteer to work in the election machinery. This the sad fact." - lapor malaysia-chronicle.com

agaknya betoi kot sbb Chua Jui Meng bukan orang baru dalam politik dan dia pun pernah berada dalam kepimpinan tertinggi MCA...dah tentu dia masih dok ikut perkembangan semasa MCA.

dan sekiranya betoi bagai di kata, insyaAllah MCA pun akan turut berkubur tidak lama lagi....dan ini juga bermakna, kepimpinan Chua Soi Lek teramat lemah dan bakal menunggu masa untuk musnah.

Chua Jui Meng juga dipetik berkata, masih ramai ahli MCA akan keluar parti....tetapi akan dibuat pada masa yg sesuai. kalau keluaq segera la ni, mgkn depa akan dikejar, dihambat dan dimomokkan dengan pelbagai ugutan atau fitnah lain....elok lah tu....

untuk berita lanjut, tengok SINI lah....aku malas nk translate banyak2...

harap jgn berlaku tempat kita mcm ni

5 tiada kerja bakar diri

SEORANG penunjuk perasaan terbaring selepas membakar diri di Rabat, Maghribi.

RABAT: Lima penganggur membakar diri di ibu kota Maghribi sebagai sebahagian demonstrasi di negara itu berhubung kekurangan pekerjaan, terutama untuk graduan universiti, kata aktivis hak asasi, kelmarin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...