Blog Member

Selasa, 31 Januari 2012

hari-hari kita dihidangkan kes jenayah membimbangkan!!!! macam negara tak ada undang2!!!!!


Himpunan cerita jenayah hari ini yg dilaporkan....yang tak dilaporkan, tak tahulah banyak mana dok ada!!!!
ni yg aku dah baca saja....yg belum baca atau yg dah beberapa hari lepas, berlambak lagi lah dok ada!!!!

adakah ini semua menunjukkan bahawa rakyat Malaysia makin waras atau makin kejam??? walaupun kita tak tahu dan tak kenal penjenayah, tetapi ruang utk depa buat jenayah senantiasa terbuka walaupun kita tutup serapat-rapatnya....

klik tajuk utk berita penuh....


Penyamun minta hidang nasi selepas pecah rumah
KUALA TERENGGANU - "Hidang aku nasi" itulah permintaan seorang penyamun selepas memecah masuk ke dalam rumah seorang pembantu veterinar di Kampung Bukit Payung, Besut di sini, pagi kelmarin.

BMW dirempuh, RM200,000 lesap di lebuh raya 
NILAI – Seorang pemilik stesen minyak mengalami keadaan cemas apabila keretanya dirempuh kenderaan penyamun bersenjata yang melarikan RM200,000 di Kilometer 287, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, berhampiran Bukit Mahkota, di sini, semalam.

Wanita cedera ditembak
KOTA BHARU- Seorang wanita cedera parah selepas ditembak lelaki yang bersenjatakan pistol Revolver jenis .38 dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Slow Machang, Pasir Mas, semalam.

Tumpang dan samun taktik baru penjenayah
CHUKAI – Tumpang dan samun. Itu taktik terbaru penjenayah yang menumpang kenderaan seorang pemuda sebelum mengeluarkan pisau memeras ugut mangsa dalam kejadian di Kampung Pengkalan Pandan, dekat sini, pagi semalam.

Tiga lelaki berparang edar kad jemputan kahwin
KUALA LUMPUR: Edar kad jemputan dengan parang. Itu taktik digunakan tiga lelaki yang memasuki rumah seorang suri rumah dengan berpura-pura untuk mengedarkan kad jemputan adik mereka sebelum menyamun barang kemas dan wang tunai milik mangsa bernilai RM130,000 di Jalan Hujan Emas, di sini, kelmarin.

Pelayan mati selepas bertengkar
NIBONG TEBAL - Tindakan seorang pelayan restoran yang menendang pintu kaca bilik rumah sewanya ketika bertengkar dengan kekasihnya berakhir dengan tragedi apabila wanita itu ditemui mati akibat kehilangan banyak darah dalam kejadian di Taman Bakap Indah di sini semalam.

1 ulasan:

  1. Ketua Polis kata ,jenayah kat Malaysia Tahun ini Makin turun..?? ADA BETUL KAH ??

    BalasPadam

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...