Blog Member

Rabu, 10 Disember 2014

wajib makan, tapi kenyang bukan kewajipan

prinsip Islam ni mudah sahaja bagi orang yg memahami.....

setiap makhluk di atas muka bumi ini samada manusia, semut, burung, gajah dan ikan di laut....Allah kurniakan 24 jam sahaja sehari.... ada yang berusaha dengan sedaya upaya, tapi hanya sebahagian saja yang berjaya, sebahagian lagi beroleh apa-apa, sebahagian lagi jadi sia-sia.... kemudian, ada yg menyalahkan taqdir, menyalahkan Allah, menyalahkan nasib, menyalahkan orang sana sinun....segalanya disalahkan.... dia tidak pernah menyedari bahawa Allah tak wajibkan dia capai apa yang diusahakan..... jika usaha mencari kekayaan, Allah tak wajibkan kita mendapat kekayaan....jika usaha mendapatkan kemenangan, Allah tak wajibkan kita memperolehi kemenangan...... begitulah pada semua keadaan......

Sabtu, 6 Disember 2014

apakah suatu hari Malaysia akan jadi milik PADI, PATI dan PAJAK???


Malaysia sudah dikenali dengan kebanjiran pendatang asing....pendatang asing dengan izin (PADI), pendatang asing tanpa izin (PATI) dan sekarang ditambahkan lagi dengan pendatang asing jemputan khas (PAJAK)....guru-guru dalam negara berlambak tak diberi tempat, mahu dijemput pulak guru dari negara China..... dan rakyat Malaysia juga sudah habis yang cerdik apabila dijemput pulak rakyat asing bagi menerajui syarikat penerbangan Malaysia.....

dah tak ada idea lain dah ka menteri dan pentadbir Malaysia ni???... modus operandi nak menang PRU pun pakai pemain import....nak menang bola sepak dan sukan pun pakai pemain import atau jurulatih import.....habis semua diimport!!!!....habis tu, rakyat Malaysia ni pakat jadi apa???.....

kasihan...aku cukup amat kasihan kepada generasi akan datang jika ini terus diamalkan oleh pentadbiran negara Malaysia.... benarlah seperti lirik yang dilagukan "bumi dipijak milik orang"..... kerana rakyat Malaysia bakal tidak memiliki suatu apa pun melainkan hanya pada nama.... jangankan bangsa Melayu, bangsa yang bersatu di bawah panji-panji negara "Jalur Gemilang" juga akan terus terancam dengan skim sebegini rupa..... maka akhirnya berjaya lah Malaysia di pajak kepada pekerja asing untuk menentukan bagaimana negara ini harus ditadbir dan perlu diurus.....

Walaupun muhyiddin yassin akhirnya menafikan wujudnya cadangan pengambilan tenaga dari China untuk ditempatkan di sekolah-sekolah di Malaysia, tetapi realitinya tidak begitu menghairankan jika ia benar......

Rabu, 3 Disember 2014

apakah mungkin ini salah seorang yang najib maksudkan???

dalam PAU 2014 baru ni, najib ada sebut mengenai blogger atau petugas-petugas yang dibayar untuk bekerja dengan umno....bekerja di alam cyber bagi menjalankan agenda-agenda tertentu untuk kepentingan umno be end.....

aku rasa, mungkin ini salah sorang daripada depa....selain dari blogger dan facebooker yang memang sebenar berpihak kepada umno, kita tak dapat menolak kemungkinan ada juga yang 'berlakon' sebagai ahli PAS atau penyokong PAS....

pada kebiasaan seseorang ahli PAS atau sekadar menyokong PAS, orang tersebut sama sekali tidak akan menghentam PAS secara keseluruhan, walaupun terdapat perbezaan dan pertentangan tertentu....

tapi, si makhluk bernama 'Abe Awang Malaya' ini secara jelas telah mempertikaikan asas utama dalam PAS iaitu perjuangan Islam....sementelah dia menggunakan alasan yang selama ini amat biasa pada kempen-kempen umno memburukkan PAS.....walhal, PAS tidak pernah pun mengatakan bahawa orang yang tidak menyokong PAS itu sebagai 'kafir'.....hanya umno sahaja yang dok bawa kefahaman itu dan itulah yang ditanamkan dalam minda masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia supaya membenci PAS.....

aku harap lah, hangpa pakat berhati-hati denga makhluk semacam ini..... malah ramai lagi yang semacam ini serta jebon-jebon yang berkeliaran untuk merosakkan PAS dari segenap sudut...... kalau tak dirosakkan pagar, mcm mana nak dapat hartanya..... modus operandi puak-puak ini adalah merosakkan pagar yang selama ini memagar kemas ahli-ahli PAS dan seluruh perjalanan PAS.....

walimatulhutang.....

sekarang ni musim cuti sekolah....cuti sekolah sinonim dengan musim kenduri walimatul urus..... alhamdulillah...pakat-pakat menghalalkan apa yg awalnya diharamkan....

cuma aku nk sebut kasihan dengan baaaanyak pasangan muda hari ni....dek kerana satu hari saja yg kononnya dianggap sebagai hari kebesaran sebagai 'raja sehari'....sanggup berhabis-habisan duit ringgit.....

aku dah jumpa banyak pasangan yg dah beberapa tahun berkahwin, teringinlah nak beli rumah.....bila masuk permohonan pinjaman....loan kena reject sbb dah banyak komitmen bayaran bulanan nak kena bayaq termasuk hutang kereta, kad kredit dan personal loan..... aku tanya yg personal loan tu ambik buat apa?... ramai yang jawab, buat belanja kahwin atau buat hantaran dsb.... 

ni lah satu isu lagi mengapa pasangan2 muda hari ni tak mampu beli rumah..... kalau tengok ke pakai depa....wow!!!....ngalahkan retis.... make-up kereta pun bukan main lagi....pasang sound system sampai puluh ribu riban.....ya lah....pakai tenyeh kad kredit saja..... lepas tu, hutang yg tak bawa hasil tu terpaksa ditanggung bertahun-tahun....umur makin meningkat, tanggungjawab makin bertambah.... dari berdua jadi bertiga, berempat dan seterusnya..... tapi rumah terus menyewa......

padanlah mak bapak sekarang ni pun....kadang2 ada jugak yg aku jumpa sembang bukan main lagi....mengata orang tu jual anak, orang ni jual anak sebab letak hantara tinggi.....mai tang dia.... puluh ribu jugak dia sapu!!!!...... itu tak lain tak bukan, hanya menyusahkan bakal menantu..... menantu berhutang semata-mata nk bayar hantaran dan belanja kenduri....tak berapa lama....hidup makin tertekan.....boleh akibat cerai berai.....lagi penin......

agama Islam adalah agama yang memudahkan....tapi bukanlah bermaksud ia boleh dimudah-mudahkan....cuma sesiapa yang memayahkan, maka perbuatan itu bukan sebahagian dari Islam.....

al-Mustakbirun!!!!.....



WAJIB aku menghargai jasa kedua ibu bapaku yang melahirkan aku, membesarkan aku, menyuapkan makan ke mulut aku, mendodoikan aku, menghalau nyamuk yg nak gigit aku, membeli ubat untuk sakit aku, menyediakan tempat berteduh dari hujan dan panas kepada aku dan sebagainya lagi.....

tetapi HARAM untuk aku menyembah kedua ibu bapaku, HARAM juga bagiku mengangkat kedua ibu bapaku melebihi Allah Azzawajall atas segala apa yg telah disuapkan dan disediakan kepadaku.....

apakah jasa umno kepada aku dan seluruh rakyat Malaysia melebihi jasa kedua ibu bapa masing-masing???....sehinggakan umno itu mahu diangkat dan dinobat sehingga tiada taranya lagi...seperti tiada dua dan hanya umno sahajalah yang menentukan apa yg patut kita makan dan menentukan banyak mana kita perlu makan???......

ayyuhal mustakbirun!!!!....laknatulallahi 'alaih....Allah berfirman dalam ayat terakhir surah al Kahfi

A110

yang bermaksud "Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".... 

tetapi, nampaknya puak2 umno ini terusan mahu membawa ajaran songsang dengan meletakkan bahawa umno lah segala-galanya dalam menentukan untung nasib rakyat Malaysia.....

dalam pengajian ilmu Tauhid, terdapat 4 bentuk atau prinsip pujian, iaitu
1. puji Qadim bagi Qadim (Allah memuji Allah sendiri)
2. puji Qadim bagi hadis (Allah memuji makhluk)
3. puji hadis bagi Qadim (makhluk memuji Allah)
4. puji hadis bagi hadis (makhluk memuji sesama makhluk)

ucapan doktor tu bukan kerana kejahilan, tapi kerana kebongkakan, kesombongan dan penuh keangkuhan.....dan aku nampak pujian doktor tu kepada umno seperti sudah mahu mengambil tempat 'puji hadis bagi Qadim'.....itu sebab aku panggil puak2 ni sebagai 'mustakbirun'.... kalau tak faham mustakbirun tu apa....cari orang pandai, tanya....jgn dok tanya aku sebab aku bukan pakar nak menghuraikannya....

bendera Malaysia berkibar megah di perarakan Karbala

gambar ni aku perolehi dari sumber facebook..... klik SINI sumber asalnya...
gambar ini menunjukkan seseorang membawa bendera Malaysia menyertai perarakan Karbala di Iraq, iaitu merupakan satu acara tahunan pengikut-pengikut syiah merayakan peringatan tragedi pembunuhan Saidina Hussein....tak dapat dipastikan bila tarikhnya gambar ini, tetapi ini menunjukkan bahawa syiah sudah bertapak kuat di Malaysia....

Karbala merupakan satu 'tanah suci' bagi penganut syiah dan lebih utama dari Makkatul mukarramah dan Baitullahilharam sehinggakan direka satu hadis seperti yg tercatat dalam kitab "Al Bihaar" yang bermaksud dari Abi Abdillah bahawasanya ia berkata : "Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada Makkah; kalaulah tidak kerana tanah Karbala, maka Aku tidak akan mengutamakanmu, dan kalaulah tidak kerana orang yang dipeluk oleh bumi Karbala (Husain), maka Aku tidak akan menciptakanmu, dan tidaklah Aku meciptakan rumah yang mana engkau berbangga dengannya, maka tetap dan berdiamlah kamu, dan jadilah kamu sebagai dosa yang rendah, hina, dina, dan jangan bongkak dan sombong terhadap bumi Karbala, kalau tidak, pasti Aku telah buang dan lemparkan kamu ke dalam Jahanam". Sebegitulah penting dan mulianya tanah Karbala kepada pengikut syiah sehingga ia lebih dimuliakan berbanding Makkah dan Madinah serta tanah Palestin yg tersergamnya Masjidil Aqsa.....

Jika di negara majoriti penganut syiah, ada upacara menyeksa tubuh badan hingga cedera dan berdarah.....maka aku bimbang, upacara itu pada suatu hari akan diimport masuk ke Malaysia sekiranya tidak dibendung......





Tentatif Ijtimak Tarbawi 4


kalau belum diubah, inilah tentatifnya......

Mashitah kona baring!!!...


kona...jangan tak kona.... itu ayat yg aku rasa terbaik utk Mashitah....bagi orang yg tak tonton sedutan atau rakaman ucapan dia, mgkn boleh telan bulat-bulat apa yg diperjelaskan oleh Mashitah seperti ayat di dalam gambar di atas..... bagi yang belum tengok, hangpa boleh tengok rakaman ucapan dia selama 9 minit kat bawah ni.... tak adil lah kalau aku bagi ulasan tanpa mengemukakan bukti apa yg diucapkannya.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...