Blog Member

Khamis, 12 September 2013

apa kena mengena mandi junub dengan tugas polis???

Agak mengejutkan jugak apabila statement sebegini dikemukakan...tambah mengejutkan apabila ianya melibatkan anggota polis yang bakal bertugas menjaga keamanan dan sebagai fungsi menguatkuasakan undang-undang.....

apa tidaknya!!!!....mandi junub itu sememangnya tak ada kena mengena dengan tugas kepolisian, tetapi ianya adalah fardhu ain kepada setiap individu muslim...tambahan pulak kepada yang sudah akil baligh....tak kan lah pelatih-pelatih tu semua belum akil baligh lagi!!!...

yg menarik dalam pendedahan ini iaitu komen mengenai 'sistem pendidikan negara'.....ya, benar bahawa kita tak boleh menyalahkan sistem semata-mata....tapi adakah patut kita menyalahkan takdir dengan mengatakan bahawa 'ini ketetapan Allah'......

berbalik kepada pendedahan di atas, cuba kita bayangkan lah jika anggota penguatkuasa undang-undang sendiri tidak mampu menguatkuasakan undang-undang peribadi yang Allah dah wajibkan ke atas setiap individu muslim....apa yang kita boleh harapkan untuk mereka bersikap adil dan amanah dalam menguatkuasakan peraturan2 lain???....

disebutkan lagi iaitu 40-50% tidak lancar mengucap dua kalimah syahadah....subhanallah.....anggota-anggota pelatih ini sudah tentu datang dari kalangan anak rakyat Malaysia....apakah keluarga mereka tak pernah ambil berat perihal agama anak-anak masing-masing???......

pada aku, sememangnya keadaan ini amat membimbangkan... bayangkanlah jika seorang anggota polis itu tidak mempunyai asas agama yang kukuh, bagaimanakah mereka akan mampu menghadapi dugaan dan ujian seperti RASUAH dan lain-lainnya???...sudahlah etika pekerjaan pun terbabas....sebab apa terbabas???....sebab kebanyakan yg kerja dalam bidang kepolisian ni hanya dengan niat 'kerja' dan bukan sebagai satu tanggungjawab untuk membanteras maksiat mengikut hadis Rasulullah.... kebanyakannya hanya atas dasar 'makan gaji'..... ramai juga memandang kepolisian itu tidak lebih sebagai satu 'kerjaya'.....

pakat-pakat nilai ambik sendiri lah....jika ini bahan mentahnya, maka hasilnya sudah tentu sama......

Rabu, 11 September 2013

Kemalangan bas di Lebuhraya Karak.....

13 penumpang cedera nahas di Lebuhraya KarakKUALA LUMPUR - Seramai 13 mangsa cedera dalam nahas membabitkan dua bas, satu treler dan sebuah kereta di KM31.5, Lebuhraya Karak, dekat sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur,Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.49 petang dan tiba ditempat kejadian setengah jam kemudian.


(lagi gambar di dalam)

Suspek kes bunuh TKP Kastam dikenal pasti

KUALA LUMPUR - Polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya pada 26 April lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata pengecaman suspek berumur 22 hingga 30 tahun itu dibuat melalui foto dan tindakan memberkas suspek akan dibuat dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau enggan menyiarkan gambar suspek kerana kes itu masih dalam siasatan.

Shaharuddin mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, April lalu.

Dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.

Dalam perkembangan lain, polis menahan pasangan suami isteri berumur 51 dan 55 tahun pada 28 Ogos lepas kerana dipercayai mendera anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun di Jalan Pahang, Setapak, di sini. 

Khairi berkata kedua-dua suspek yang merupakan peniaga itu ditahan susulan laporan polis oleh seorang guru sebuah sekolah di Setapak, sehari sebelum kejadian.

"Guru tersebut mendapati kanak-kanak malang itu mengalami kecederaan parah di bahagian badan, kaki, mulut dan kepala. Kanak-kanak itu hadir ke sekolah dengan keadaan luka yang kronik dan ibu bapanya dipanggil untuk diambil keterangan. 

"Pihak sekolah telah membuat inkuiri terhadap kanak-kanak berkenaan dan mendapati dia dipukul oleh kedua ibu bapanya," katanya sambil menambah pihak sekolah yang berasa curiga dengan kecederaan kanak-kanak itu telah membuat laporan polis.

Khairi berkata akibat trauma, kanak-kanak malang itu enggan hadir ke sekolah. 

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Sementara itu, polis menangkap dua suspek yang dipercayai anggota kongsi gelap setelah mendapati suspek mempamerkan tatu yang mempunyai elemen kongsi gelap dalam Ops Cantas Khas dua hari lepas. 

"Tangkapan kedua-dua suspek di Brickfields dan Cheras ini menjadikan jumlah kes di bawah akta ini adalah sebanyak 36. Kedua-dua suspek kini ditahan reman dan polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 52 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 355)," katanya. - Bernama

Selasa, 3 September 2013

Tahniah Ustaz Azizan.....


Tahniah kepada seluruh ahli PAS Kawasan Jerai kerana telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberi oleh pucuk pimpinan parti. Tahniah juga kepada Ustaz Azizan kerana dipilih sekali lagi bagi menerajui PAS Kawasan Jerai dengan menang secara undian penuh perwakilan...ini menunjukkan bahawa kepimpinan Ustaz Azizan masih diperlukan oleh ahli peringkat bawahan di Jerai.

Maka, yang tak ada kena mengena dengan PAS Kawasan Jerai tak payahlah lebih sudu dari kuah. Itu hak depa untuk melantik siapa yang patut dan layak menerajui depa. Ini perjuangan jama'ah, bukannya perjuangan individu. Walaupun Ustaz Azizan keuzuran, tapi sumbangan beliau masih lagi boleh diberi melalui buah fikiran dan nasihat. Tak semestinya seorang pemimpin itu kena buat semua benda. Macam seorang bos di pejabat, tak kan lah surat menyurat pun dia nak kena taip, dia nak kena hantar dan dia juga nak buat semua benda. Amal jama'ie iaitu bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan dan kebajikan, maka semangat itulah yang patut ditonjolkan....

kalau kita buat kenduri, yang tak mampu bagi sumbangan duit ringgit tumpang buat kenduri, bagi tenaga...itu pun dikira sedekah juga. Kalau tenaga pun tak mampu, jangan pulak jadi tukang adu domba merosakkan kenduri orang....itu yang katanya 'diam lebih baik'.....

Bung kata orang kampung tak terjejas!!!!!!!..............

hahahaha.....apakah benar bahawa orang kampung tidak terkesan dengan kenaikan harga minyak petrol RON 95 seperti yang diumumkan oleh Najib kelmarin???......

apakah ini yang selayaknya keluar dari mulut seorang pemimpin yang kononnya memperjuangkan rakyat di semua peringkat???.... yang sebenarnya tak terkesan adalah manusia seperti Bung ini, Najib dan sekutunya dalam umno be end....kerana apa???....kerana segala perjalanan dan kos mereka ditanggung oleh rakyat. Cuba kita lihat, kemana-mana pun Najib dan pemimpin umno be end terutama yang mempunyai jawatan dalam pentadbiran seperti Menteri, Timbalan Menteri dan lain-lain adalah pada kebiasaannya menggunakan kenderaan rasmi kerajaan walaupun menghadiri majlis parti dan majlis peribadi. Ini semua ditanggung oleh rakyat. Berbeza dengan pemimpin-pemimpin PAS ketika memegang tampuk pentadbiran yang hanya menggunakan kenderaan rasmi kerajaan pada perkara rasmi kerajaan sahaja. Pada urusan lain yang berbentuk peribadi, mereka tidak sama sekali menggunakan harta kerajaan. Ini lah beza antara pemimpin umno be end dan PAS.

Ibaratnya cakapan Bung Mokhtar ini menghina orang kampung yang selama ini banyak memberi sokongan kepada umno be end dan mereka itulah yang meletakkan para pemimpin umno be end di persada kekayaan.....

surcaj bahan api kargo pulak naik!!!!...........

aku malas nak komen banyak-banyak....hangpa baca sendiri lah di SINI


Najib leMAH.......

PETALING JAYA - PKR hari ini menyifatkan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga petrol bagi RON95 dan diesel naik 20 sen sebagai kegagalan Perdana Menteri mentadbir ekonomi negara dengan baik.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, jika dilihat kepada perkembangan terbaru ekonomi serantau dan kedudukan kewangan negara yang semakin lemah, timbul pelbagai keraguan negatif terhadap perdana menteri untuk mentadbir ekonomi negara.

Ahad, 1 September 2013

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...