Blog Member

Selasa, 27 Disember 2011

Pengalaman sehari meninjau Sistem Pajak Gadai Islam.......

gambar hiasan semata2
EMAS!!!! satu jenis logam yg amat berharga. Dijamin oleh Allah swt akan nilainya melalui banyak ayat al Quran yg menyebutkan emas serta byk Hadis Rasulullah yg juga menyebutkan berkaitan nilai emas....nilai emas bukan diberi oleh manusia, tetapi diberi oleh Allah swt...dicampakkan ke dalam hati semua manusia suatu pandangan yg tinggi terhadap emas hinggakan manusia berebut-rebut utk memiliki emas....

Apa yg aku nk ceritakan ni bukan berkaitan dgn sejarah emas dan kegunaan emas....sbb semua org tau dan hampir tidak ada manusia yg waras fikirannya tidak mahu memiliki emas. Qarun ditenggelamkan ke dalam bumi pun ada kaitan langsung dgn emas.....


so, benda aku nk bancuh hari ni setelah beberapa hari tak tulis blog iaitu berkaitan ilmu yg aku dapat hari ini berkenaan dgn Sistem Gadaian Islam yg sedia ada di negara kita yg dikenali sebagai ArRahnu....

Hari ini, saja aku nk ambik tau @ belajaq pasai kaedah dan tatacara gadai barang kemas ni dgn mengunjungi beberapa kedai Pajak Gadai Islam di sekitar Bandar Alor Setaq...so, aku nk kongsikanlah apa yg aku perolehi....bukan nk buat perbandingan utk tujuan memburukkan mana2 pihak sbb pada aku semua kedai Pajak Gadai Islam yg aku pi menggunakan Sistem Gadaian Islam dgn baik dan bersungguh2 utk memartabatkan muamalat Islam...cuma ada sedikit perbezaan dari sudut tatacara dan perlaksanaan...sistem tetap sama....perbezaan ini pada aku hanya menjadi satu benda 'ranting' saja yg tak perlu nk dijadikan isu utk memburukkan mana2 pihak dan pada masa yg sama menyatakan kaedah dia lebih baik....sedangkan semua baik selagi berpegang kpd sistem nilai Islam yg sebenar.....aku harap pembaca yg baca ni paham ya....

Ok, kisahnya begini.....
Aku bawa seutas rantai tangan emas 916 yg beratnya 13.83 gram....mula2 aku pi sebuah kedai emas dulu utk timbang dan sahkan beratnya serta nk tahu harga semasa kedai dok jual....sembang pi sembang mai, pekerja kedai tu pun timbang....kadang2 kena guna taktik juga di kedai emas ni...bukan boleh dok suruh depa timbang saja2 kalau kita tak ada niat nk beli barang depa....cuma ayat aku 'play safe' lah...aku kata 'kalau padan, nk tukaq'....hehehehehe....tp mmg niat aku nk gadai dan beli kemas lain utk zaujah aku...

ok, sblm tu....bagi sstgh org akan kata 'kerja bodoh'...gadai emas sedia ada utk beli barang lain.....hmmm...aku tak mau komen yg tu, cuma aku percaya dgn Sistem Gadaian Islam sebenarnya dapat membantu kita menambahkan harta atau simpanan yg ada....sama mcm org berniaga, pi gadai utk dapatkan modal berniaga....aku gadai utk dapatkan modal beli barang kemas baru....bezanya aku tak berniaga....stop dulu kt situ, kalau dok panjang cerita yg tu....tajuk asal dah lari.....

so, lepas staff kedai tu dah timbang...dia bgtau aku berat '13 gram lebih'...dia tak bgtau berat dgn tepat....aku tak pasti apa mgkn ada muslihat atau tidak di situ sbb aku tanya 'berapa lebih?'...dia just jawab kali kedua '13 gram lebih kurang'....tak apa lah...so, aku tanya harga semasa rantai tangan zaujah aku tu...dia kata dalam harga RM1800 ikut harga semasa barang 2nd hand kalau nk trade in....masa tu, aku tgh belek satu rantai tangan cantik berat 9.28 gram, maknanya kalau aku nk trade in dgn rantai tgn tu...aku kena tambah duit lagi RM55 sbb harga rantai tu RM1855....harga semasa tokey kedai tu bgtau RM186/gram (emas 916) + upah dsb...maka jatuh rantai baru tu RM199.80/gram.....huhuhuhu....manyak rugi ooooo....jual '13 gram lebih', kena tambah lagi RM55 hanya boleh dapat 9.28 gram saja.....cuma untungnya sbb dulu aku beli rantai '13 gram lebih' tu tak sampai pun RM1K....tapi, yg aku faham emas di simpan bukan dikira/dibandingkan dgn RM...tetapi dibandingkan dgn kuantiti (gram/mayam/kilo) dsb....duit tu 'nilai paksaan'...kuantiti emas tak boleh ditokok tambah @ dipaksa nilai

Ok...aku pun ucap terima kasih kt tokey kedai dan terus chow...so, aku dh ada sedikit basic info pasai rantai tangan tu dan masa utk aku jelajah kedai Pajak Gadai Islam....

Aku pi sebuah bank yg menawarkan Pajak Gadai Islam (PGI)....aku namakan Bank S...hehehe...tak payah dok reka 'S' tu stand for what....aku hantam saja...xdak kena mengenai huruf 'S' tu dgn mana2 bank pun...tapi, dek sebab ramai sangat manusia, aku nk kena tunggu lebih sejam....aku KIV dulu bank tu....tp sempat aku jeling tgk harga semasa yg tercatat di bank tu adalah RM172/gram....

Aku pi plak kedai Pajak Gadai Islam yg dipunyai oleh sebuah syarikat GLC...aku namakan PGI-M...kat situ, dia timbang rantai tu dan dapat berat 13.4 gram lebih kurang....then dia bgtau aku hanya boleh pinjam RM1400 dari harga marhun rantai tu....dan lagi aku diberitahu iaitu nilai pinjam yg aku boleh dapat adalah RM105/gram sbb nilai tu diselaraskan di seluruh cawangan depa seluruh negara....aku tak pasti berapa peratus bersamaan RM105/gram tu sbb aku tgk staff situ tak berapa ceria nk jawab soalan aku....tapi, aku boleh kira mcm ni = RM105 adalah bersamaan dgn nilai 70% pinjaman, manakala emas aku tu dinilai dgn nilai RM150/gram (70% dari RM150 = RM105)......maka bolehlah diberi pinjaman sebanyak RM1400 berdasarkan nilai marhun....lepas ucap terima kasih & bagi salam....aku pun chow.

aku ke bank yg kedua...aku namakan Bank T....pun xdak kena mengena huruf 'T' dgn nama bank tu... alhamdulillah, org x ramai....setelah aku jumpa dgn pegawai berkenaan...dia timbang rantai tangan tu dan dapat betoi 13.83gram....aku puas hati...then dia kira-kira....aku hanya boleh pinjam RM1400 jugak (sama mcm PGI-M)...beza kat sini, pegawai tu bgtau nilai pinjam di bank tu RM150/gram...so pengiraannya 13.83gram x 70% = 9.681gram x RM150/gram = RM1452.15...round figure dapat RM1400. dan upah simpan dikira sebanyak RM15.67 sebulan (RM94 utk 6 bulan)...jadi maknanya nilai marhun rantai tangan tu TAK LEBIH dari RM2100....so, aku kirakan kalau aku jadikannya bayaran bulanan (RM1400 + 94 = RM1494 bahagi 6 bulan = RM249 bajet yg aku kena sediakan setiap bulan) di sini, ada persamaan dgn kedai PGI-M tadi, cuma beza cara kira saja....aku pun ucap terima kasih dan balik....

lepas tu, aku pi pulak lagi satu syarikat Pajak Gadai Islam yg dipunyai oleh yg lebih kurang GLC gitu...aku namakan PGI-N....alhamdulillah, tak ada orang...aku direct ke kaunter dan bgtau tujuan aku bukan nk gadai lagi...tp cuma nk check nilai berapa boleh digadai....staff situ agak mesra pelanggan....dia pun timbang, lepas tu check dgn densimeter, lepas tu check dgn chemical...lepas tu timbang lagi...lepas tu dryer dan timbang lagi....hehehehe....berapa kali timbang daaa....tp bagus juga, biar dia puas hati dan aku pun puas hati...bila dah siap proses dia, dia isi satu form....bagus...bagus....kurang2 ada bukti utk aku balik bincang dgn zaujah aku... dah siap semua, baru dia explain kt aku gini....rantai tangan tu ditimbang beratnya 13.83gram (tepat spt Bank T) dan dia kata mmg sah emas 916 setelah melalui ujian chemical...ok great...nilai marhun emas tu adalah RM2378.76...wah!!! ini sudah bagus....dan nilai boleh pinjam iaitu sebanyak 65% = RM1540...wah!!! dua kali bagus....sedangkan PGI-M dan Bank T bagi 70% pun hanya RM1400 saja...PGI-N bagi 65% saja, tp lebih dari nilai 70%....dia explain lagi, upah simpan RM17.85sebulan berdasarkan nilai marhun, tempoh matang 6 bulan, tapi tempoh bernafas tambahan 4 bulan, iaitu 6 + 4 =  10 bulan....wahh!!! ini juga bagus sbb boleh bagi ruang masa tambahan utk penyelesaian...dan boleh pulak disambung lagi 10 bulan kedua hingga seterusnya hinggalah barang ditebus kembali (10 bulan=1 period).....ini pun berbeza dgn PGI-M dan Bank T yg hanya bagi masa 6 bulan, dan sambung lagi 6 bulan ke 6 bulan berikutnya (6 bulan=1 period)

Antara kesimpulan sesi soal jawab aku dgn staff PGI-N adalah seperti berikut : nilai semasa emas dikira RM172/gram x 13.83gram=RM2378.76 x 65% = RM1540 (nilai boleh pinjam)...kadar upah aku tu dikira RM2378.76 x RM0.75 = RM17.80 sebulan...ini bermakna bajet aku perbulan utk bayaran balik selama tempoh 10 bulan adlh spt berikut : RM1540 + RM178.00 = RM1718 bahagi 10 bulan = RM1781 sebulan...so, bagi aku ini bajet yg menyelesakan dan tak terlalu memberi tekanan.....lepas ucap terima kasih dan bagi salam, aku pun out....

balik rumah....aku bincang dgn zaujah aku apa pilihan yg ada....pilihan utk dia beli barang emas 916 yg baru... pakai tak pakai tak penting, yg lebih penting adalah sebagai simpanan dan kepentingan keluarga.....then, sembang punya sembang...setuju utk beli rantai tangan baru yg beratnya maksimum 11 gram berdasarkan bajet yg ada....tambah duit skit ja....dgn itu, aku akan dapat 24.83 gram emas 916 dlm bentuk rantai tangan dgn modal permulaan tak sampai RM1000, tetapi digandakan pemilikan emas dgn nilai semasa RM adalah berjumlah hampir @ lebih RM4000.....Syukur kpd Allah dan doaku buat Junjungan Besar Rasulullah yg memberikan manfaat nilai emas

so, kalau ada sesiapa nk komen....aku persilakan komen....cuma JANGAN SEKALI-KALI KRITIK Sistem Gadaian Islam yg dipraktikkan oleh ketiga-tiga institusi yg aku sebutkan di atas...masing2 ada pandangan yg berbeza....apa yg lebih penting adalah ketiga2nya menggunakan Sistem Gadaian Islam, beza hanya pada sudut ranting saja iaitu pendapat depa mengenai berapa banyak yg depa sanggup bagi pinjam dgn barang yg kita gadaikan....sbb bagi aku, ketiga2 institusi tersebut langsung TIDAK MENIPU pelanggan dgn tidak menyembunyikan sebarang fakta berkenaan dgn berat, nilai marhun, upah simpan dsb.....ini macam lah juga nk makan nasi...ada yg kata beras A sedap, ada yg kata beras B/C/D yg lebih sedap....hanya beza pada citarasa dan itu sebenarnya tidak bersalahan pada pendapat dalam agama....dan bagi aku juga, ketiga2 institusi tersebut ada kelebihan masing2....jgn kita dok gemar nk pinjam banyak saja, tp kena fikir juga risiko kpd org yg membantu kita (pemberi pinjam)....dah depa berani takat tu saja, kalau mau....ambik...kalau tak mau, jgn kita dok kritik depa.......

wallahua'lam

7 ulasan:

  1. Cerita nya mcm ni, sistem ga
    Dadian islam yg wujud sekatang ni ta
    K betapa betoi kerana ada penetapan kadar upah sama ada dipersetujui atau tidakoleh peminjam atau pemberi pinjaman. Maksudnya upah simpan sebernarnya adalah intereset, bunga,,,namatidak menghalalkan maksud dan tidak mengubah erti hukum Allah...ianya sepatutnya adalah berdasarkan kerelaan peminjam untuk memberi kadar upah simpan pada hemah peminjam itu sendiri, bukannya penetapan oleh pemberi peminjam..cuba saudara kira berapa percentent upah simpan per month sepanjang tempoh pinjaman...ya, wujudkan nilai percent bagi setiap wang yang diberi pinjam..percent bermaksud berniaga atas wang, bermaksud riba...walaupun nama ar rahnu ker, muasasah ker, nama itu tidak melambangkan dan menghalalkan hukum walaupun dipersetujui oleh kedua dua pihak yang terlibat..

    BalasPadam
  2. Tanpa nama, Kenapa pula upah ditetapkan oleh peminjam.. ohh mcm tu sedap la....

    pemberi pinjam menetapkan bayaran upah berdasarkan masa, tenaga kerja dan keselamatan barang yg perlu mereka beri. kalau peminjam tak pueh hati, boleh pi gadai tempat lain...

    encik bancuh.. kat mana yer PGI-N tu.. mai la kongsi ngan kawan2... :))

    BalasPadam
  3. boleh bgtau nama sebenar PGI-N dan branch mana? boleh wasap saya 0138005500

    BalasPadam
  4. boleh bgtaw yg last sekali branch mana?

    BalasPadam
  5. Assalam..saya pon nak tahu juga tq

    BalasPadam
  6. assalam...blh beritahu PGI-N tu apa, kat mn...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Encik, boleh bagitau saya kat mana PGI-N tu kat mana ya, wassap saya boleh? 0183164139, tq

    BalasPadam

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...