Blog Member

Sabtu, 17 Disember 2011

Syarikat bas henti operasi

Pekerja-serta-beberapa-orang-awam-mengadakan-perhimpunan-aman-menuntut-operasi-bas-diteruskan
Bancuh : Isu syarikat bas menghentikan operasi ni dah berkumandang sejak lebih sebulan yg lalu. Antara faktor tindakan hentikan operasi terpaksa diambil adalah akibat daripada kerugian yg ditanggung....mengapa rugi???

Antara sebab rugi yg aku boleh jangka iaitu sbb tak ramai org naik bas dah zaman la ni. sbb apa org tak naik bas? sbb masing2 dah ada kenderaan sendiri, mudah nk bergerak....mat rempit langsung tak kenai tangga bas dah...

Dan lagi sbb apa rugi? sbb kos yg ditanggung tinggi dan tak mampu disokong oleh pendapatan....antara kos tinggi adalah kos minyak lah....
Ada beberapa kerat manusia menyalahkan kerajaan negeri Kedah dalam isu ini....heran aku...dalam situasi dan faktor apakah kerajaan negeri yg bertanggungjawab dalam isu perkhidmatan pengangkutan awam. bukannya kerajaan negeri perlu lepas tangan, tapi sama sekali tidak boleh diletakkan kesalahan kpd kerajaan negeri atas pemberhentian perkhidmatan syarikat bas. Mana2 kerajaan negeri pun hanya bertanggungjwb dalam menyediakan prasarana, bukannya menyediakan perkhidmatan bas apabila syarikat memberhentikan operasi. mana dia SPAD? apa tindakan Kementerian Pengangkutan?

dalam kes di atas...syarikat bas tu dah kata 'kerugian sejak beberapa tahun lepas'...maknanya dah lama...tetapi mengapa baru 10 dan 22 november 2011 nk hantar surat kpd Menteri Besar??? mengapa tidak "beberapa tahun dulu" lagi hantar surat???
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PENDANG - Pendapatan lebih 100 pekerja bas henti-henti CityLiner terjejas selepas operasi untuk 18 daripada 20 laluan melibatkan beberapa kawasan di negeri Kedah dihentikan sejak awal bulan ini kerana tidak mampu menanggung kos perbelanjaan yang tinggi.
Pengerusi Kesatuan Pengangkutan Awam Semenanjung Malaysia (TWU) Sesi Alor Setar, Mohd Shukri Mahmood berkata, tindakan menghentikan operasi menyebabkan pendapatan pekerja berkurangan daripada biasa.
Menurutnya, walaupun bas tidak beroperasi seperti biasa, pekerja tetap datang bertugas untuk melakukan kerja-kerja biasa, dengan anggaran pendapatan sekitar RM17 sehari.
"Kebanyakan pekerja bergantung kepada trip, komisen dan elaun kerja lebih masa. Jika sebelum ini mereka mampu memperoleh pendapatan lebih RM800 sebulan, kini mereka hanya mampu memperoleh sekitar RM400 sebulan.
"Bukan sahaja pekerja yang merasai kesannya, malah ribuan penumpang yang sering menggunakan perkhidmatan bas henti-henti ini turut terjejas," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Stesen Bas Pendang, hari ini.
Mohd Shukri berkata, antara laluan yang dihentikan operasi ialah untuk 13 taman sekitar Sungai Petani, laluan Pendang-Alor Setar, Alor Setar-Kangar serta laluan dari Sungai Petani ke Kulim, Baling dan Jeniang.
"Hanya operasi melibatkan laluan Sungai Petani-Butterworth dan Sungai Petani-Alor Setar yang dikekalkan.
"Ramai pekerja yang terjejas, justeru saya berharap pihak berkenaan termasuk syarikat bas dapat mengadakan rundingan segera bagi mencari jalan penyelesaian," katanya.
Sementara itu, seorang pemandu bas, Ahmad Dahlil, 59, ketika ditemui berkata, pemberhentian operasi bas di beberapa laluan itu menyebabkan pendapatan bulanannya dan rakan lain terjejas.
"Saya menjadi pemandu bas sejak tahun 1981 namun ini kali pertama berhadapan dengan masalah seperti ini. Memang kami masih mempunyai pekerjaan tetapi sumber pendapatan semakin berkurangan kerana bas tidak dapat beroperasi seperti biasa.
"Jika sebelum ini, selain waktu kerja lapan jam iaitu bermula jam 6 pagi hingga 2 petang, saya boleh kerja lebih masa untuk dua hingga empat jam lagi dan mendapat pendapatan yang lebih, tetapi kini tidak lagi," katanya.

Ketiadaan perkhidmatan bas sukarkan pergerakan
Seorang penduduk, Zaiton Shafie, 46, sering menggunakan perkhidmatan bas henti-henti untuk membeli barangan keperluan harian pada setiap hari minggu, dari rumahnya di Kobah ke pekan Pendang atau pekan Simpang Kuala.
"Bagaimanapun, saya terkejut setelah dimaklumkan bahawa bas yang melalui kawasan rumah saya tidak lagi beroperasi seperti biasa menyebabkan saya terpaksa menyewa teksi.
"Selalunya, harga tiket bas hanya RM1.30 tetapi apabila menyewa teksi, saya perlu membayar RM6 untuk perjalanan sehala sahaja dan ini sudah pasti membebankan," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap syarikat bas berkenaan Kenderaan Langkasuka Sdn Bhd, ketika dihubungi berkata, syarikat terpaksa menanggung kerugian hampir RM400,000 sebulan, sejak beberapa tahun lalu.
Menurutnya, pihaknya sudah menghantar dua surat kepada Kerajaan Negeri bertarikh 10 November dan 22 November lalu bagi memaklumkan mengenainya.
"Difahamkan, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah menyatakan kesediaan untuk bertemu dan membantu mencari penyelesaian terhadap masalah itu dalam masa terdekat.
"Kita bimbang ramai yang akan terjejas jika masalah ini terus berlarutan, apatah lagi sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi," katanya yang berharap agar operasi bas yang dihentikan dapat disambung semula awal Januari depan.

3 ulasan:

  1. Nak bagi tau kawan2...city liner bukan setakad di Kedah sahaja perkhidmatan dihentikan. Bulan lepas di Temerloh ,Pahang dan beberapa tempat lagi atas alasan sama kos tinggi, minyak mahal menyebabkan kerugian besar.Kerajaan Persekutuan kena bantu ,bukan kuasa kerajaan negeri.

    BalasPadam
  2. Assalamualaiku...
    Masalah ini perlu diselesaikan dg segera memendangkan tidak lama persekolahan 2012 akan bermula...anak2 dan murid2 sekolah yg banyak mengunakan perhidmatan ini...Jd mana2 pihak kena ambil ehsan ini sebagai tangungjawap...Walaupun rumah aku tepi pagar sekolah rendah dan menengah tp anak yang melanjutkan pelajaran spt ke Politik penting mengunakan pengangktan awam..kita faham akan masalah yg dihadapi oleh City Liner tp pihak kerajaan kena ambil tangung jawap sosial spt memberi subsidi spt bahan bakar dan spare part yg sgt tinggi...Kepada penguna(rakyat)jgn terlalu sombong mungkin satu hari nanti kita tidak boleh mengelak dari mengunakan pengangkutan awam kerana org mungkin mampu memiliki kenderaan tp tak mampu bayar bahan api dan maintenance yg sgt tinggi satu hari nanti ...skg ini dunia bukan kehadapan tp undur balik kebelakang...sekian wassalam

    BalasPadam
  3. wa'alaikumsalam
    terima kasih kpd yg memberi pandangan....betul spt kata saudara....semua pihak perlu membantu dan sama2 perlu memain peranan supaya masalah dapat diselesaikan...

    BalasPadam

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...