Blog Member

Sabtu, 31 Disember 2011

Sajak Dinsman "Terima Kasih Orang Kelantan"

yang hanya aku boleh katakan mendengarkan sajak ini adalah tangisan dan kehibaan di hati....sesungguhnya aku juga mengucapkan "Terima Kasih Orang Kelantan" kerana telah memberikan seluruh rakyat Malaysia satu kesedaran dalam bentuk 'pembuktian' bahawa PAS mampku mentadbir, mampu menjaga amanah yg diberikan sebaik dan sejujur mungkin......terima kasih orang Kelantan....syukran lillah

Dinar Amerika


Dah ramai pakat dok berlumba-lumba keluarkan Dinar la ni.....alhamdulillah....ini sesungguhnya amat baik utk perkembangan Islam dan ummat Islam seluruh dunia...semoga satu hari terdekat ini akan terhapus sistem kewangan duit fiat dari ekonomi ummat Islam.....kalau puak2 konvensional dan sekular nak pakai duit kertas lagi, biaq pi kat depa lah.....

Gambar di atas tu adalah rekabentuk Dinar Amerika yg kali pertama dikeluarkan.
Mempunyai pengiktirafan dari WIM

Rujuk SINI kalau ada sesiapa nk order. Dan kalau ada sesiapa nk beli, bgtau lah aku sama....
boleh tlg belikan kt aku sama sbb aku tak reti nk beli dgn peniaga antarabangsa nih.....

Dinar Kelantan terus unggul

Rekaentuk Dinar Kelantan versi 2012
dan logo Kalimah Syahadah hologram
Dinar Kelantan sebagai pengeluar dinar pertama Malaysia mencatatkan peningkatan demi peningkatan setiap tahun. Alhamdulillah, tahun 2011 boleh dikatakan juga sebagai tahun cemerlang buat Dinar Kelantan dgn mencatatkan penjualan sebanyak RM40,947,972 dengan keuntungan kasar sebanyak RM5,211,484.

Berita penuh : klik SINI

Kali ini, Dinar Kelantan sekali lagi membuat perubahan dgn mengeluarkan siri baru Dinar Kelantan yang berwajah baru, lebih ceria dan akan jadi dinar emas pertama di dunia menggunakan 'hologram' yg mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu ciri keselamatan kerana Dinar Kelantan amat berbeza dengan dinar lain terutama pada kualiti emasnya yg menggunakan emas berkualiti 917 berbanding dinar emas lain yg berkualiti 916. Manakala Dinar Kelantan ditempa menggunakan teknologi terbaik dan berkualiti tinggi, mempunyai warna emas yang sejati serta mendapat pengiktirafan dan pujian pengeluar2 dinar dan koin emas yang lain.

Aku berdoa semoga Dinar Kelantan terus menjadi peneraju dan pelopor dalam pengeluaran Dinar dan Dirham di Malaysia dan di dunia serta terus mengembangkan sistem muamalat Islam yg semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat.

Jumaat, 30 Disember 2011

Pejabat Agama buntu isu cerai?????

berita penuh di sini : utusan.com.my

Aku cuma nak bancuh sikit ja bab cerai berai ni sbb disebutkan dalam laporan berita tu "Pihak berkuasa agama seakan-akan sudah buntu untuk menyelesaikan masalah perceraian di kalangan pasangan Islam yang semakin meningkat kebelakangan ini"

heran juga aku...mcm mana pejabat agama pun dah buntu dgn masalah ni....bukankah Allah dah sebutkan suruh kita balik kepada al Quran kalau kita dah tersasar...tapi dek sbb ada yg dok nampak habuan dunia, maka byk benda yg membantu atau menyumbang ke arah meningkatnya kes penceraian ni didiamkan....apa yg diamnya pejabat agama??? diam sbb tak pernah cuba utk menghalang pengaruh2 maksiat, anasir2 yg menghancurkan institusi keluarga dsb masuk ke dalam masyarakat....cuba tgk lah...apa tindakan majlis agama @ pihak berkuasa agama terhadap penganjuran2 artis, konsert yg tak membina kekuatan jiwa....apa tindakan depa terhadap isu2 terkini dan perkara2 yg menjadi penyumbang kpd penceraian itu sendiri...

sambungan SALAM

sambungan dari : http://bancuh.blogspot.com/2011/12/bagaimana-hendak-sahut-salam-1malaysia.html

lupa aku satu benda nk sebut....dalam bancuhan aku yg di atas tu, aku ada tuliskan "dalam keadaan hari ini, ada sesetengah salam yg diberi oleh orang kepada aku pun sebenarnya aku tak lalu nk jawab. Apa sbb aku kata tak lalu nk jawab? sbbnya kebanyakannya langsung tak bertepatan dgn ucapan salam yg dianjurkan oleh Rasulullah..."

so, aku explain balik....takut nanti ada yg silap paham.....

berbalik kpd Hadis Rasulullah yg menyebutkan ucapan salam mesti jelas huruf 'lam' dalam ucapan tersebut... maka itu sbb lah yg aku kata kdg2 aku tak lalu nk jawab salam kebanyakan org....cuba hangpa dengaq betoi2 org bagi salam kat hangpa....kadang2 yg bunyi "semekom".....ada yg bunyi 'asamekom' atau lebih kurang gitulah gayanya....huruf 'lam' dah hilang entah ke mana....

lepas ni aku harap sapa2 yg baca apa yg aku bancuh ni dan rasa boleh masuk dalam kepala....ambik perhatian lah dgn ucapan salam yg diberikan kpd kita....dengaq betoi2 huruf lam nya....kalau bunyi mcm budak2 tak tumbuh gigi tu....tak payah jawab lah sbb depa bukan doakan keselematan utk kita...tp entah apa2....sebut 'semekom' tu mcm lah ucap "assamua'laikum" (celaka/mati atas kamu)....lepas tu, hangpa jawab pulak dgn penuh gayanya "wa'alaikum salam"....hehehehehe.....sendiri mau pikiaq lah

Bagaimana hendak sahut 'salam 1Malaysia'


artikel penuh tajuk ni boleh baca di : malaysiakini.com

sesiapa nk baca artikel penuh tajuk di atas, boleh klik link aku bagi di atas tu....aku cuma nk bancuh beberapa perkara saja dalam bab SALAM ni....

pertamanya berkaitan dgn ucapan salam itu sendiri....dalam keadaan hari ini, ada sesetengah salam yg diberi oleh  orang kepada aku pun sebenarnya aku tak lalu nk jawab. Apa sbb aku kata tak lalu nk jawab? sbbnya kebanyakannya langsung tak bertepatan dgn ucapan salam yg dianjurkan oleh Rasulullah...

dalam banyak Hadis juga Rasulullah sebutkan bab salam ni dan ini menunjukkan betapa peri pentingnya ucapan salam. tapi, hairannya juga iaitu orang Islam sendiri masih dok keliru dengan ucapan salam nih...ada yg kata cukup dengan hanya ucap 'SALAM' sbb dalam banyak ayat al-Quran pun, Allah sebutkan perkataan 'Salam'....contohnya dalam ayat spt di bawah ni
       دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلاَمٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
maksud : Doa mereka di dalamnya ialah: "Subhanakallahumma", dan salam penghormatan mereka ialah: "Salam" Dan penutup doa mereka ialah: "Alhamdulilaahi Rabbil 'aalamin. (surah Yunus, ayat 10)

para ulama' terdahulu dah pun bicara panjang lebar dan menejelaskan dgn sebaik-baiknya bab ini...tetapi dek kerana org zaman sekarang ni lebih suka cedok ilmu dari barat, hinggakan ilmu asas agama sendiri pun dah tak ketahuan....so, aku ringkaskan cerita beginilah....ulama' majoriti berpendapat bahawa ucapan 'Salam' yg sebenar adalah dengan menyebutkan atau mengucapkan "assalamualaikum" dan perkataan 'salam' yg banyak disebutkan dalam al Quran dan Hadis itu adalah nama kepada ucapan tersebut....sama juga spt anjuran disuruh kita bersalawat atas Rasulullah....bukannya disuruh kita ucapkan 'salawat, salawat, salawat'...tetapi dia ada ucapan atau perkataan khasnya....begitu jugalah dgn ucapan salam ini iaitu ada perkataan atau ucapan khasnya yakni ucapan "assalamualaikum"

perkataan 'assalamualaikum' ini boleh dilihat dengan jelas dari satu Hadis Rasulullah yg bermaksud iaitu :
"Hadis riwayat Ibnu Umar, ia berkata:Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Sesungguhnya orang Yahudi itu bila mengucapkan salam kepada kalian mereka mengucapkan: "Assaamu 'alaikum" (kematian atas kalian), maka jawablah dengan: "Wa'alaka" (semoga menimpa kamu)" riwayat Imam Muslim

Hadis ini menunjukkan kita akan satu bentuk ucapan salam yg disampaikan oleh org yahudi kerana dalam satu hadis lain, Rasulullah mengingatkan 'Aisyah supaya tidak menjawab ucapan salam yg tidak jelas huruf 'LAM' sebagaimana dalam Hadis di atas yg tidak ada huruf 'lam' melainkan hanya 'assamu.....' dan bukannya 'assalamu......'

dan dalam Hadis yg lain diriwayatkan seperti berikut :
Hadis riwayat Aisyah رضي الله عنها: ia berkata: Bahawa Nabi صلی الله عليه وسلم pernah berkata kepadanya: Sesungguhnya Malaikat Jibril mengucapkan salam kepadamu. Aisyah berkata: Lalu aku menjawab: Wa alaihissalam wa rahmatullahi (Semoga keselamatan serta rahmat Allah selalu terlimpahkan atasnya)" riwayat Imam Muslim dalam kitab Sahih Muslim - Bab Keutamaan Sahabat

dan dalam satu Hadis yg panjang dalam Kitab Sahih Muslim - Bab Keutamaan Sahabat yg menceritakan mengenai keutamaan Sahabat bernama Abu Zar....antara intipati Hadis yg panjang tersebut, tercatat :
"..........Abu Zar berkata: Akulah orang yang pertama mengucapkan salam Islam kepada Baginda. Dia melanjutkan: Lalu aku mengucapkan: Assalamu'alaika ya Rasulullah! Kemudian Baginda membalas: Wa 'alaika wa rahmatullahi. Kemudian beliau bertanya: Siapakah kamu? Aku menjawab: Aku adalah seorang dari suku Ghifar. Lalu Rasulullah menarik tangannya lalu meletakkan jari-jarinya ke atas dahi........"

Hadis tersebut di atas amatlah panjang dan banyak bicaranya.....aku cuma petik yg berkaitan dgn salam saja...so, di sini...kita boleh lihat bahawa Abu Zar berkata "akulah org pertama mengucapkan salam Islam kepada Baginda (Rasulullah)"....maka ini menunjukkan bahawa ucapan salam dalam Islam tidak lain tidak bukan adalah ucapan "Assalamua'laika" (seorang) atau "Assalamua'laikum" (ramai)

tapi bila mai bab Salam 1 Malaysia nih...aku tak jumpa lagi dalil nk mengharuskannya....depa bagi alasan sbb utk bukan Islam mcm ucapan selamat pagi dsb.....sedangkan kalau ikutkan Hadis Rasulullah, Rasulullah melarang ummat Islam mendahulukan ucapan salam kpd ahli kitab yg termasuk lah org kafir. Maksud Hadis Rasulullah adalah melarang kita MENDAHULUKAN ucapan salam...

Hadis tersebut adalah bermaksud :
"Janganlah kalian memulai kaum Yahudi dan jangan pula kaum Nasrani dengan ucapan salam“ riwayat  Muslim"

dalam konteks ini, aku paham ada 2 iaitu ucap salam dan ucapan salam....kalau ucap salam, maksudnya apa2 jenis juga salam....kalau ucapan salam, maka tak boleh kita mengucapkan 'assalamua'laikum' kpd org yahudi/nasrani dan kafir.....

tetapi, telah tercatat pula dalam sejarah iaitu Rasulullah pernah mengucapkan satu bentuk salam kpd seorang bukan Islam dgn ucapan “Assalamu‘ala man ittaba‘a al-huda” (semoga sejahtera ke atas sesiapa yang mengikuti petunjuk)....bentuk salam ini tercatat dalam satu surat yg diutus Baginda kepada Kaisar Rom.

dan mengikut pendapat Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin iaitu memulakan ucapan salam kpd org kafir adalah HARAM walau apa bentuk pun salamnya kerana dalam Hadis Baginda merujuk kepada 'memulakan salam'.....akan tetapi, jika kita ummat Islam terlebih dahulu diucapkan salam oleh org kafir samada depa ucapkan "assalamua'laikum" atau "assamua'laikum"...maka harus bagi kita utk menjawab "wa'alaika". dengan kata lain, walaupun org kafir ucapkan kita "assalamua'laika"...kita dibolehkan menjawab "wa'alaikassalam" ataupun yg lebih selamat adalah "wa'alaika"....

asas kepada jawapan ini adalah bersandarkan ayat Allah dalam surah an Nisa, ayat 86 yg bermaksud "Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa)”

dan juga berdasarkan Hadis Rasulullah yg bermaksud
"Jika ada ahli kitab yang mengucapkan salam kepada kalian maka jawablah 'wa alaikum". (Muttafaq 'Alaihi : Al-Bukhari dalam Al-Istidzan 6258, Muslim dalam As-Salam 2163)

maka bagi kefahaman aku, memulakan ucapan salam kepada bukan Islam dalam bentuk apa pun adalah HARAM....kecuali kata sapaan seperti hello, hai dsb.....tapi, kalau ucapan selamat pagi, selamat petang dan selamat malam adalah ucapan dari kaum depa sendiri yg kita hanya translate kan ke dalam bahasa kita....maka bagi faham aku...masih ada keharusannya di situ sbb ucapan selamat pagi dsb bukannya satu bentuk ucapan yg terkandung makna spt mendoakan kesejahteraan atau keselamatan kpd si kafir....

kesimpulannya....Salam 1 Malaysia langsung tidak ada sanad atau dalil atau keharusan....malah bagi faham aku, ianya jelas satu yg sengaja diada-adakan bagi menjauhkan ummat Islam dari ucapan Salam yg sebenar. Oleh kerana sekiranya dalam 1 majlis, terdapat walau hanya seorang Muslim dan ramai yg lain bukan Islam, itu tidak menghalang kita mengucapkan salam "assalamua'laikum" dan diniatkan hanya kpd yang Islam sahaja

cukuplah kot aku nk bancuh bab salam ni....kalau ada yg terkurang dan terlebih....semoga Allah mengampunkan aku....

sesiapa tak puas hati, pi bancuh sendiri.....hehehehehe

Rasuah RM415K (hukum lebih RM2juta & 4 tahun penjara)...rasuah berjuta???

Rasuah: Bekas pegawai kanan DIGI didenda RM2.075j, 4 tahun penjara
berita : malaysiakini.com

Seorang bekas pegawai kanan pemerolehan Digi Telecommunication Sdn Bhd dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM2.075 juta oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah atas 14 pertuduhan memperoleh rasuah berjumlah RM415,000 daripada sebuah syarikat.

kondo mewah berjuta-juta, tokey restoran mewah pulak di Singapura...hebat Melayu kita

Bukti! Restoran mewah MeatWorks Singapura milik anak Shahrizat


PENDEDAHAN MiLo SuaM terhadap restoran makanan mewah MeatWorks, di Ion Orchard Singapura sebelum ini menyebabkan email MiLo SuaM dihujani pertanyaan dari ramai sahabat pembaca.

Rata-rata mahukan kepastian atau bukti yang kukuh bahawa Restoran Mewah MeatWorks benar-benar milik keluarga Shahrizat Jalil.

Sebenarnya soalan ini bagaikan perumpamaan "sudah terang lagi bersuluh", kerana restoran Mewah MeatWorks ini sudah diketahui umum milik anak Shahrizat. Namun jika anda perlukan bukti secara bertulis maka MiLo SuaM boleh sediakan.

Salah satu bukti adalah melalui laman web rasmi MeatWorks itu sendiri. Jika kita memeriksa data-data pendaftaran laman web meatworks.com.my ia secara terus mendedahkan siapa pemiliknya klik [Whois].

Jelas sekali penglibatan anak perempuan Shahrizat Jalil, Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh dalam laman web tersebut. Tambah menarik, email beliau menggunakan domain NFC (sebut National Family Corruption).

Selain itu, sebuah portal berita berpengaruh Singapura, Cyberita yang juga merupakan anak syarikat Asione pernah menyiarkan laporan ringkas tentang pemilik restoran MeatWorks di Ion Orchard tersebut.

Di bawah tajuk "Si jelita tauke restoran", Cyberita mendedahkan bahawa anak perempuan Shahrizat Jalil, Cik Izzana Salleh sebagai pemilik restoran tersebut [Cyberita].

Malah Cyberita turut menceritakan tentang projek lembu di Gemas Negeri Sembilan Malaysia yang diusahakan oleh keluarga, Cik Izzana Salleh yang digambarkan sebagai dari keluarga terkenal di Malaysia.


Portal itu turut menyebut bahawa keluarga pemilik restoran MeatWorks ini mengusahakan sebuah projek Nasional Malaysia yang berkaitan dengan lembu.

terima kasih  milosuam.blogspot.com

Rabu, 28 Disember 2011

ooooo....patut lah pun kes HIV di Kelantan tertinggi!!!!! huh..........

AHLI POLITIK MANA NIH MAIN DENGAN BINI ORANG?


KANGAR - Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat. 

Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.

Selasa, 27 Disember 2011

Pengalaman sehari meninjau Sistem Pajak Gadai Islam.......

gambar hiasan semata2
EMAS!!!! satu jenis logam yg amat berharga. Dijamin oleh Allah swt akan nilainya melalui banyak ayat al Quran yg menyebutkan emas serta byk Hadis Rasulullah yg juga menyebutkan berkaitan nilai emas....nilai emas bukan diberi oleh manusia, tetapi diberi oleh Allah swt...dicampakkan ke dalam hati semua manusia suatu pandangan yg tinggi terhadap emas hinggakan manusia berebut-rebut utk memiliki emas....

Apa yg aku nk ceritakan ni bukan berkaitan dgn sejarah emas dan kegunaan emas....sbb semua org tau dan hampir tidak ada manusia yg waras fikirannya tidak mahu memiliki emas. Qarun ditenggelamkan ke dalam bumi pun ada kaitan langsung dgn emas.....

Isnin, 26 Disember 2011

Cincin RM24juta???

kepada rakyat Malaysia yg teringin nk pakai rupa cincin ala-ala cincin RM24juta...boleh beli di sini.....hehehehehee
klik kedai online kat bawah ni :
kedaiemasnazman.blogspot.com

Cincin replika bagi Cincin Datin Rossmah, bukan RM24 Juta, tapi hanya RM240 sahaja. Acuan perak dan berlian swiss. Limited Edition, siapa cepat dia dapat!




lagi gambar di dalam.....

Bila penulis Umno pun sudah tidak percaya lagi ...

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
dari blog  kedahlanie.info 

SEHARI sebelum menulis kolum ini, saya telah menemui beberapa orang rakan penulis. Dua daripadanya adalah penulis senior dan secara konsisten menyokong Umno sejak awal 1980-an lagi. Seorang lagi adalah kolumnis sebuah akhbar harian yang sering memuji dan memuja pemimpin Umno dan mengkritik parti pembangkang.
Walaupun kami dari kem politik berbeza, persahabatan tetap persahabatan. Kita boleh bertegang urat mengatakan itu benar dan ini salah. Namun semua itu tidaklah sampai ke peringkat menjadi emosional hanya semata-mata untuk memenangi debat.

Pada pertemuan itu, melainkan seorang penulis yang pengkhususannya lebih kepada persoalan sosial dan bersifat non-partisan, hanya saya seorang sahaja yang berada di pihak pembangkang.

Walaupun mereka yang lainnya masih jitu memperjuangkan Umno namun semuanya bersetuju betapa kuasa pemerintahan yang selama ini dinikmati oleh parti tersebut kini sedang menempuhi hari-hari terakhirnya.

“Tapi Dr Mahathir confident kalau pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat, katakan lepas sambutan perayaan Tahun Baru Cina, BN ada peluang untuk setidaktidaknya mengekalkan jumlah wakil rakyatnya baik di Parlimen ataupun di Dun tapi banyak juga pemimpin Umno mengatakan kalau pilihan raya diadakan dalam masa terdekat BN dan Umno akan bungkus,” kata saya sekadar memancing pendapat mereka yang cukup rapat dengan pucuk pimpinan Umno serta sering mendapat laporanlaporan tentang sokongan pengundi pra-pilihan raya dari pihak-pihak perisikan tertentu.

“Alah ... biasalah,” jawab penulis paling senior dan paling prolifik dalam menghasilkan buku yang sentiasa mengangkat Umno dan pemimpinnya di persada kayangan. “Itu mainan psikologi. Tapi aku sendiri ingat, kalau pilihan raya sekarang atau tahun depan pun, berat. Jangan kata nak menang dua pertiga majoriti (di Parlimen), kalau boleh maintain status quo pun sudah baik.”

“What makes you say that?” penulis sosial yang berijazah PhD itu mencelah.

“Kau tengoklah sendiri. Kau ni bukannya orang Umno, orang PAS lagilah tidak. Kau rasa kau masih nak percaya pemimpin Umno boleh memimpin orang Melayu dan rakyat Malaysia. Pemimpin paling besar pun tak boleh nak memimpin bini, macam mana nak memimpin parti dan negara,” jawab penulis tersebut.

“Aku pun rasa macam tu jugak,” kata kolumnis sebuah akhbar harian. “Memanglah bila tulis aku kena tulis baik-baik pasal Umno. Tapi realitinya, semua orang tahu. Orang Melayu semakin hilang kepercayaan pada Umno. Betul tak Doc?”

Dia menghadapkan arah penglihatannya ke wajah penulis sosial.

Dr Hafiz (bukan nama sebenar) menyudahkan hirupan kopinya dan meletakkan kembali cawan yang masih tiga-suku penuh kembali ke dalam piring. Sambil kembali menyandarkan dirinya dia menawarkan pendapat dalam susuan kata-kata seolah dia sedang menulis, “Ya. Sepatutnya setelah menerima keputusan Pilihan Raya Umum 2008 dulu, pemimpin Umno di semua peringkat masing-masing sudah muhasabah, demi parti, demi negara dan demi orang Melayu.

“Tapi apa yang saya lihat, pemimpin kanan Umno lebih menjuruskan kepada soal bagaimana menyelamatkan kedudukan masing-masing.

Saya tak mahulah mengatakan benar atau tidak, tetapi perihal pemimpin Umno, mereka yang rapat dengan Umno serta kerajaan yang diperintah oleh Umno dikaitkan dengan pelbagai rasuah, penyalahgunaan kuasa, tidak berkesan dalam membuat dasar, gagal mentadbir-urus dengan sewajarnya, dan segala kenyataan bebal yang dibuat oleh pemimpin Umno termasuk menteri dan sebagainya, tidak pernah diberikan perhatian serius. Apa yang rakyat dapat lihat ialah, all talks but no actions (cakap-cakap sahaja tanpa tindakan).”

“Patutnya, akhbar Utusan Malaysia mainkan peranan untuk membantu Umno menukarkan persepsi rakyat terhadap parti,” kata penulis yang menjadi kolumnis akhbar harian.

“Utusan cuma nak cari kuatkan sokongan rakyat pada Umno,” jelas penulis veteran.

Di penghujung perbualan masing-masing bersetuju betapa akhbar seperti Utusan Malaysia bukan sahaja tidak membantu Umno untuk memperbetulkan persepsi rakyat, tetapi tidak juga membantu untuk cuba memperkuatkan Umno.

Pembaca Utusan Malaysia adalah mereka yang memang penyokong Umno.

“Macam mana nak cari penyokong baru kalau yang baca bukan sahaja orang yang sama tapi sudah ada orang yang sama berpindah sokongan kepada PAS dan lain-lain parti,” jelas saya pula. “Makin lama pembaca Utusan makin merosot. Bila pembaca Utusan makin kurang, maka penyokong Umno juga berkurangan.”

“Betul tu. Kalau macam ini, jangan mimpilah BN boleh menang Pilihan Raya Umum ke-13.”

Begitulah inti pati perbualan pada pertemuan beberapa orang penulis pada petang itu. Rumusannya, seperti juga yang dirumuskan oleh pelbagai pihak, BN akan kecundang.

Nak mohon pinjaman TEKUN, kena ingat nama AJK umno dulu

kalau ikutkan, ramai org tahu yg pinjaman TEKUN ni hanya dikhaskan kpd peniaga2 umno saja...cumanya benda tu tak pernah lah dijadikan sebagai satu syarat bertulis....tapi, hampir semua peniaga yg pernah berurusan dengan TEKUN memang tahu...

Nah, ini salah satu bukti yang menunjukkan umno selama ini merperalatkan harta rakyat utk kepentingan parti sendiri....


Laporan polis ni boleh dijadikan satu bukti bahawa umno memperdagangkan kepentingan rakyat utk kepentingan depa sendiri....kalau tanya nama Menteri, kira boleh lagi lah terima pakai....ini tanya AJK umno...dah tentu hanya org umno yg boleh ingat...kalau tak tahu jawapan, maka mungkin orang tu bukan ahli umno lah kot...

kesian aku kt peniaga2 Melayu ni...mudah2 diperbodohkan oleh umno selama ni. ramai juga kawan2 aku yg berniaga dan 'terpaksa' jadi ahli umno sbb nak kan bantuan pinjaman dsb....aku kesian jugak kat depa sbb dah jadikan umno tu umpama penentu rezeki lah pulak....kalau diperhalusi lagi, dah boleh jatuh aqidah sbb pergantungan kepada umno melebihi pergantungan kpd Allah.....semoga itu bukan niat depa

Ahad, 25 Disember 2011

Shahrizat dedah ramai pemimpin Umno bermasalah

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mempersoal 'siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah', seperti mendedahkan ramai pemimpin Umno terbabit dengan skandal salah guna kuasa.

Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang terpalit dengan skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang memulakan siasatan terhadap kes itu baru-baru ini.

Bagi Dewan Pemuda PAS Pusat, kenyataan spontan yang keluar dari mulut Shahrizat yang juga ketua wanita Umno itu seperti menyindir semua pemimpin Umno agar tidak berlagak bersih dari masalah.

"Skandal mereka belum terdedah dan masa yang akan menentukan keadaan diri mereka dalam Umno.

"Bagi DPP Malaysia, tidak ada apa yang memeranjatkan dalam kenyataan Shahrizat kerana rakyat sudah sinonim bahawa Umno dan rasuah serta penyelewengan sudah sebati," kata ketua penerangnnya, Riduan Mohd Nor (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, kes Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didapati bersalah kerana rasuah di mahkamah Tinggi Shah Alam semalam boleh menjadi bukti dan kayu pengukur bahawa pemimpin Umno sukar untuk dijadikan contoh teladan buat rakyat Malaysia.

Malah ujarnya, selain Khir, ramai lagi pemimpin Umno yang pernah terkait dengan pelbagai skandal.

"Beberapa tahun lepas, beberapa orang pemimpin kanan Umno pernah dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno sehingga ke SPRM kerana dakwaan rasuah.

"Malah, bekas Naib Presiden Umno sendiri turut terbabit dengan rasuah sehingga terpaksa melepaskan jawatan beliau," katanya lagi.

Dengan isu skandal penyelewengan dalam NFC pula katanya, ramai percaya bukan setakat Shahrizat sahaja yang terlibat, malah ramai lagi pemimpin kanan negara juga boleh dikaitkan dengan kelulusan projek tersebut.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga tegasnya, sudah cukup menjadi bukti kepada rakyat betapa ketirisan dan penyelewengan berlaku dalam kerajaan pimpinan Umno BN.

"Dalam keadaan demikian, tidak hairanlah Indeks Persepsi Rasuah negara merudum buat tahun ketiga berturut-turut.

"Justeru, tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dalam negara ini, melainkan perubahan mesti dibuat oleh rakyat dalam PRU ke 13," katanya.

Bancuh : hehehehe.......biasa lah tu....lama dah kami tau yg pemimpin umno mmg bermasalah sejak dulu, kini dan selamanya masalah....itu pasai kami dah tak larat nk tadah....bagi kt org lain lah pulak perintah....hangpa dah lama dah.........BOLEH BLAHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!1

Dokumen penuh tentang isu penggunaan wang zakat oleh Jamil Khir

Lihat bawah neh dulu ;

Saya terdesak samun untuk beli susu anak

Berita penuh : sinarharian.com.my

Kalau dah terlibat dengan dadah, aku tak boleh kata apa dah lah....cumanya, aku nk komen skit lah...

kalau dalam hukum Islam, sefaham aku...kes2 sebegini perlu dirujuk kepada penguasa/pemerintah bagi penyelesaian dengan cara lain. Bukannya dgn menghukum atas kesalahan semata-mata.

Hukum Islam menitikberatkan fakta kes secara keseluruhan dan bukannya hanya melihat kpd fakta kesalahan dengan melihat kpd segala faktor

Culik penternak lembu kena jel 6 tahun, seleweng duit lembu kena apa???

Lima lelaki bersalah menculik penternak lembu dijel enam tahun : Utusan


JOHOR BAHRU 23 Dis. - Lima lelaki terselamat daripada hukuman mati di tali gantung apabila masing-masing dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan pindaan menculik seorang penternak lembu untuk dikurung secara salah, tahun lalu.

V. Sivakumar, 26; M. Mohanraj, 21; Nagoor Khan Mustafa Khan, 39; N. Nagulan, 25, dan R. Thiru Kumaran, 29, dijatuhi hukuman tersebut setelah kesemua mereka mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Mereka bersama dua lagi individu yang masih bebas pada asalnya didakwa atas tuduhan menculik K. Puvendran, 23, bagi mendapatkan wang tebusan RM1 juta di Jalan Kilang Nenas, Batu 8 1/2 Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini kira-kira pukul 10 malam, 7 Mac 2010.

Bagi tuduhan asal tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun di akhir kes pendakwaan, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abd. Halim Aman memutuskan untuk meminda pertuduhan itu kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama iaitu menculik dengan niat mengurung secara salah.

Di bawah seksyen tersebut, mereka boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Dalam keputusannya, Abd. Halim memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara tersebut mulai tarikh mereka ditangkap pada 10 Mac tahun lalu.

Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Rahimah Abd. Majid dan Azreen Yas Mohd. Ramli mengendalikan pendakwaan manakala kelima-lima tertuduh diwakili peguam R. Shubash, Sukaimi Mashud, Zurina Sidek, John Fernandez dan K. S. Ramesh.

Yang Haram tapi dihalalkan....negara Islam Malaysia!!!!!!


hangpa tengok sendiri, paham sendiri....layan sendiri....tak perlu nk hurai panjang2....

Adun Tendong meninggal dunia

Alfatihah buat Allahyarham....semoga perjuangan beliau ketika hayat diberi ganjaran jihad dan kematian beliau diberi ganjaran syahid di sisi Allah....

petikan dari Harakah

PASIR MAS, 24 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (PAS) Tendong, Dr Muhammad Md Daud telah pulang kerahmatullah jam 12.55 malam tadi.

Menurut Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Haji Hanifa Ahmad, Dr Muhammad dipercayai mendapat serangan jantung.

Jenazah beliau dijangka akan dikebumikan tengah hari ini iaitu selepas solat zohor. 

Hanifa yang juga Adun Pengkalan Pasir berkata, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dimaklumkan dan dijangka akan hadir sama untuk menyolatkan jenazah tersebut.

Jenazah Adun berkenaan kini berada di rumah di Lorong Haji Daud, Kampung Perakap, Bunut Susu.

Hanifa berkata, pagi kelmarin allahyarham sempat hadir ke Pasti Pasir Mas untuk mengambil bekalan banjir yang akan diagihkan untuk penduduk dalam Dun Tendong yang mengalami banjir baru-baru ini.

Hanifa juga merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga allahyarham.

Apa sudah jadi dgn MAS???n

MAS dilaporkan telah menggantung penerbangan beberapa laluan yg telah diterokainya sejak sekian lama. Ish, apa sudah jadi ni???

Minggu lepas, 8 laluan antarabangsa diumumkan akan digantung penerbangannya...8 laluan tersebut adalah :
1. Laluan harian KL-Surabaya
2. Penerbangan 3 minggu sekali KL-Dubai
3. Penerbangan 2 kali seminggu KL-Karachi-Dubai
4. Penerbangan 3 kali seminggu KL-Dubai-Damman
5. Penerban harian Langkawi-Penang-Singapore
6. Penerbangan 3 kali seminggu KL-Johannesburg
7. Penerbangan 2 kali seminggu KL-Cape Town-Buenos Aires
8. Penerbangan 3 kali seminggu KL-Rom 

Sabtu, 24 Disember 2011

Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman meninggal dunia

Innalillahiwainnailaihiroji'un

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Bekas Penasihat Agama Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman meninggal dunia akibat strok di pejabat beliau di pusat membeli-belah Maju Junction, di sini hari ini.

Difahamkan Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) itu telah mendapat serangan strok ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya dan meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang tadi.

Sebelum ini, Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Agama Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. - UTUSAN

Bancuh : semoga rohnya diberi rahmat oleh Allat swt, diberi pengampunan dan diberi ganjaran atas amalan baik beliau semasa hayat

Jumaat, 23 Disember 2011

Filem tak bertapis bermula 2012

Berita penuh : utusan.com.my

Tajuk berita : Tiada tapisan filem mulai 2012
Laporan akhbar tu mengatakan  "Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya peranan tersebut akan diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem itu sendiri"

ini dah kes gila punya kerja....apa punya kebebasan yg hangpa bagi??? dalam dok tapis pun, berbagai gejala dok jadi...tambahan pulak tak bertapis. lepas ni, makin galak lah para artis nk buat lakonan 'mencabar' kononnya.....kalau baru ni, ada artis yg rasa teruja buat adegan atas katil, tak mustahil lepas ni ada pulak artis tempatan rasa seronok kalau diberi adegan bogel depan kamera.....

Jangan guna media musuh – TGNA

KOTA BHARU, 22 Dis: “Saya juga menyeru kepada semua pihak di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu itu menyeru supaya perselisihan pandangan diselesaikan melalui mekanisme dalaman parti dan tidak memberikan peluru kepada musuh.

“Saya yakin, apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah merupakan ribut kecil yang sengaja diperlihatkan kencang di dalam media massa.

“Apa yang pasti selepas ribut kecil ini, turunlah hujan yang menyejukkan, insya Allah,” ujarnya.

Kenyataan Media Tuan Guru Presiden PAS

Rujuk : pas.org.my

Dalam Politik Ada Feqahnya

Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.

Firman Allah dalam Surah Attaubah ayat 122 :

Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122)

Lokasi tempat ramalan kiamat jadi tumpuan

Reuters GAMBAR fail menunjukkan lokasi peninggalan tamadun Mayan di Chiapas, Mexico.

BANDAR RAYA MEXICO - Agensi Pelancongan Mexico menjangkakan dapat menarik kehadiran 52 juta pelawat menjelang tahun 2012 ke rantau yang dikaitkan dengan tamadun Mayan seperti Chiapas, Yucatan dan Tabasco.

Sebelum ini, Mexico dapat menarik kehadiran sekitar 22 juta pelancong luar pada setiap tahun.

Anak saman KPF, FGVH esok

Oleh : Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 22 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memfailkan saman pemula terhadap Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi di sini esok.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, saman pemula tersebut adalah bagi memohon injunksi (menghalang) kepada Mesyuarat Khas Perwakilan KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan aset KPF dalam Felda Holding.

“Tindakan ini dibuat bagi menyelamatkan harta Felda dan peneroka,” katanya dalam sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Pahang, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar). 

130 ahli PKR Penanti sertai UMNO???

Berita penuh di : utusan.com.my

Pertamanya bagi chance aku gelak dulu....hahahahahahahahahahahahaha...
Kalau dalam PAS, ini sebenarnya dah biasa....sejak berpuluh tahun dulu, perkhabaran seperti inilah yg selalu dicanangkan atau dimainkan oleh umno be end setiap kali menjelang pilihanraya.

Kalaulah aku boleh mengira, mgkn sudah hampir pupus keahlian PAS yang telah berhijrah ke dalam umno be end. Tetapi, lebih menghairankan aku iaitu semakin ahli PAS dicanangkan keluar parti, semakin ramai pulak orang menyokong PAS. Jika dulu PAS hanya punya 1 kerusi, tetapi kini dah berpuluh kerusi. Adakah itu petanda bahawa semakin lama PAS terhakis sokongan??? hahahaha

Khamis, 22 Disember 2011

Ajak berdemo pun pakai 'panggilan palsu' ka???

Ini satu screen shot yg aku jumpa kat SINI...
jika benarlah bagai di kata, sememangnya aku kasihan kpd para siswa/siswi yg secara terang-terangan ditipu dan dipermainkan serta diperbudakkan

Tapi ini juga mgkn sebagai satu pengalaman berguna dan pengalaman terbaik utk dijadikan iktibar dan contoh kpd mahasiswa bahawa hangpa selama ini diperbudakkan, diperkotak katik demi kelansungan sebuah pemerintahan yg korup

Bagi aku, nk berdemo tak salah (walaupun salah pada undang2 negara)...cuma jgn sampai merosakkan sudahlah. Ya, berdemo tak salah...tp jgn lah dok buat anjuran palsu.

Kalau masa aku di UiTM dulu, sesiapa yg menyertai program anjuran kolej atau pentadbiran UiTM, mesti dapat point yg bakal menjadi tiket utk ditawarkan bilik penginapan pada semester berikutnya...skrg ni aku tak tahu lah masih dok guna sistem yg sama atau tidak....kadang2 program yg dianjurkan tu tak bagi manfaat penuh kpd siswa/siswi, hanya keuntungan sebelah pihak....tp disebabkan nk dapat point, nak tak nak kena join juga lah....ada baik dan ada tak baiknya sistem yg mcm ni....tapi, kalau ajak mahasiswa dgn penganjuran palsu, itu dah dikira menipu....org utara kata 'tipu beradap'

Aku menyeru kpd semua mahasiswa seluruh Malaysia, gunakan kesempatan PRU 13 ini dengan sebaik mungkin. Jika terlepas peluang keemasan ini, belum tentu akan ada anugerah lain dari Allah swt...berdemo pun boleh, tetapi yg lebih baik adalah menggerakkan seluruh warga mahasiswa utk menyedarkan kawan/rakan mengenai betapa pentingnya PRU 13 dalam mencorakkan masa depan negara....ayuh mendaftar sebagai pengundi/pemilih yg sah....dok riuh turun bendera dan sebagainya tidak akan dapat mencapai maksud  melainkan dgn menurunkan pemerintah sedia ada sbb PR dah berjanji utk mendengar suara mahasiswa

pengkhianatan yg umno cuba sembunyikan - Che Gu Bad



antara apa yg diperkatakan oleh Cikgu Bad dlm video di atas berkaitan penghinaan kpd Raja-raja Melayu di Malaysia...semoga paparan keratan2 akhbar di bawah dapat membantu....

keratan akhbar ini yg aku collect dari laman2 maya yg bertebaran....


Najib sokong skim cepat kaya, 200 ribu kini mangsa - nah haiiiiiiii!!!!!


KUALA LUMPUR, 21 Dis: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa meluluskan satu program cepat kaya sehingga lebih 200,000 orang tertipu kerananya.

Kini ketika semua pihak tertanya-tanya ke mana pergi pemimpin skim cepat kaya itu menghilangkan diri, pihak polis pula meminta ianya jangan diganggu dan serahkan kepada proses penyiasatan pihak polis.
(Laporan akhbar Harian Metro)

Namun bangkai gajah ini kini meletup dan tidak boleh ditutup lagi apabila sebahagian mangsa mengesyaki ia ada kaitan dengan pengumpulan dana untuk Umno menjelang pilihan raya umum akan datang ini.

Pada 26 April 2008 lalu, Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu meluluskan satu permohonan untuk melaksanakan satu skim yang dinamakan Sistem Ekonomi Berkonsep Parlimen.

Surat itu mencadangkan agar kawasan Pekan dijadikan pilot projek ini.

Persetujuan Najib jelas berdasarkan tandatangan Najib pada kertas permohonan itu dan ia telah digunakan oleh penganjur skim ini dalam kempen mereka mengumpulkan sokongan.
Description: http://cdn-bm.harakahdaily.net/images/stories/harakahdaily/daily_picture/dis2011/najib_lulus.png(Gambar kanan, tandatangan  kelulusan dan sokongan Najib terhadap permohonan skim ini)
Dua hari kemudian, 28 April, Pejabat Timbalan Perdana Menteri melalui Setiausaha Sulit Kanannya mengeluarkan surat sokongan rasmi kepada projek itu.

Berbekalkan surat dan tandatangan Najib ini kempen dibuat oleh pengajurnya ke seluruh negara untuk mengumpul wang orang ramai.

Ia dikaitkan dengan usaha untuk kepentingan Islam dan menjaga kepentingan ekonomi orang Melayu.

Pemimpinnya pula adalah bergelar seorang ustaz yang kini dikatakan sedang diburu polis dan dikatakan orang yang paling dikehendaki Bank Negara Malaysia.

Melalui projek ini, setiap peserta boleh melabur antara RM1,000 - RM1 juta dan bayaran 10 kali ganda akan diberikan kepada peserta itu dalam masa satu tahun.

Description: http://cdn-bm.harakahdaily.net/images/stories/harakahdaily/daily_picture/dis2011/najib_surat.png"Selepas empat bulan, kami bayar 30%, empat bulan lagi 30% dan selepas cukup setahun, lagi 40% akan dibayar dengan keuntungan 10 kali ganda itu

"Saya sendiri secara pribadi menerima wang dan membayar untuk enam bulan pertama duit itu kepada peserta di bawah saya, namun selepas itu tidak ada lagi bayaran dibuat hingga sekarang," kata satu sumber kepada Harakahdaily.
(Surat Setiausaha Sulit Najib yang mengesahkan sokongannya)

Semua urusan pembayaran ini dibuat secara tunai.

Baru-baru ini, akhbar Harian Metro meletupkan kes ini melalui laporan muka depan mereka dengan tajuk "Lebai RM200J".

Namun bagi sumber Harakahdaily, Ustaz ini kini menyimpan hampir satu bilion ringgit wang peserta program ini yang lebih 200,000 orang itu.

Ustaz ini dikatakan mempunyai helikopter dan jet peribadi dan tinggal di kawasan perumahan mewah di Shah Alam.

"Yang membingungkan saya adalah ke mana Ustaz ini pergi. Saya bimbang kalau ia ada konspirasi dan saya minta Datuk Seri Najib menjelaskan perkara.

"Ini kerana, melalui surat Datuk Seri Najib lah ramai yang terpengaruh dengan projek ini dan menyertainya dengan melaburkan wang mereka," katanya.



Sumber : harakahdaily.net

Sila klik rujukan tambahan di bawah untuk maklumat lanjut :
bharian.com.my / bnm.gov.my / kosmo.com.my / bt.com.bn

Apa lagi kerja RTM kalau bukan menjaja fitnah



Aku kesiankan kpd orang kampung yg ditemubual tu....jawapan yg diberikan mgkn bermaksud lain, tapi telah diedit dgn tujuan mengaibkan kerajaan PR Kedah serta ADUN yg dipilih.

Satu contoh yg boleh aku sebutkan iaitu salah sorang penduduk menyebutkan slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"....hehehehe...itu slogan kerajaan umno be end lah pak long, bukan slogan kerajaan negeri...dah tu, apa pasainya nk tujukan kesalahan kpd kerajaan negeri.

Aku sokong YB Nasir pi buat report ja....buat report kt semua yg berkenaan terutamanya SPRM. Tapi, boleh report saja lah kot....nk harapkan tindakan....huh....tunggu tsunami pulak lah baru nk siasat...tang saman, patut ambik tindakan....jgn dok biaq depa ni ikut suka hati saja nk papar dalam TV...mentang2 RTM tu harta tok nenek depa

Parameter Pelaburan Emas - Majlis Fatwa Kebangsaan

Gambar Hiasan
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:

Syarat Umum Jual Beli

1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.

luahan seorang rakyat Malaysia yg dianaktirikan disebabkan menjadi 'ahli PAS'



malas aku nk komen panjang....hangpa tengok sendiri ler.....

Asalkan tak sehaluan saja, dituduh sesat dsb....

Ini isu baru aku jumpa...Asal saja tak sehaluan, pelbagai tuduhan akan hadir terutama dituduh sebagai 'khawarij', 'syiah' dan sebagainya. Entah kat mana syiah-nya, kat mana yg khawarij-nya...aku pun tak tau dan tak paham....tapi, yg aku tau...asal saja menentang parti pemerintah, akan dituduh sesat, khawarij, tak bersyukur dan sebagainya



sumber asal : klik sini

Siri Baru Duit Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri baru wang kertas dan syiling Malaysia yg berwajah baru dan lebih ceria.
rujuk sini - Wang Kertas / Syiling

Memang nampak agak ceria keluaran syiling dan wang kertas tersebut dan segala ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan. Namun bagi aku, walau berbagai siri dikeluarkan dan pelbagai ciri keselamatan diperlengkapkan, ianya tidak akan dapat lari dari gejala pemalsuan kerana yg cetak duit itu juga manusia, penyamun dan penyangak juga manusia. Apatah lagi, penggunaan wang kertas dan syiling ini tidak bersandarkan kepada sebarang nilainya yang sebenar, hanya disandarkan kepada nilai yg diberi kepadanya. Maksud aku, kertas dan syiling itu sendiri tidak punya nilai sekiranya tidak diletakkan tulisan-tulisan atau nombor padanya....berbanding dengan nilai pada emas, perak dan sebagainya yg mempunyai nilai pada fizikalnya yg tidak bergantung kpd nilai yg diberikan kepadanya.

Rabu, 21 Disember 2011

Lagu Palestina yg selamanya mampu menaikkan semangat juang

Pemimpin Pas perlu berjiwa besar perbetul sikap pengikut - Idris Jusoh

Berita Penuh : utusan.com.my

Datuk Seri Idris Jusoh (bekas MB Terengganu) dilaporkan sebagai menasihati Pemimpin PAS supaya berjiwa besar.....HAHAHAHAHAHA....kira gelak besar aku membaca ayat tersebut keluar dari mulut seorang pemimpin umno. Aku tak hairan sebenarnya, cuma kata-kata itu patutnya ditujukan kepada pemimpin dan anak juak umno sendiri terutama di Terengganu.

Adakah org yang bertutur itu juga berjiwa besar? kita diperlihatkan bagaimana bantahan yg dibuat oleh pengikut2nya dalam kemelut perlantikan MB Terengganu pasca PRU 12. Kita diperlihatkan 'jiwa-jiwa besar' pemimpin umno ini dengan penuh kesombongan menolak dan lebih teruk lagi menghina Institusi Raja dengan perkataan yg tidak pernah dan tidak wajar dituliskan.

Manakala secara keseluruhannya pula, adakah pemimpin2 umno dan be end berjiwa besar apabila gagal utk memahami beberapa buah negeri telah secara rasmi ditadbir oleh PR setelah mendapat mandat rakyat? Adakah mereka berjiwa besar apabila seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bahawa rakyat menolak kepimpinan korup mereka? Selamanya pemimpin2 umno be end hanya berjiwa sekecil 'tungau' yg hanya tahu menghisap darah secara sembunyi-sembunyi, tetapi boleh mengakibatkan kegatalan berpanjangan.

Adakah duri dalam daging PAS?

Aku mulanya malas nk melayan isu-isu berkenaan dgn Dr Hassan Ali dan PAS. Tapi setelah kenyataan yg dikeluarkan beliau bahawa PAS telah lari dari dasar perjuangan, maka nk juga aku masuk campur dalam memberikan pandangan peribadi aku.

Bagi aku, mana-mana ahli PAS ada hak utk bersuara bagi menyatakan pendirian dan pendapat. Tetapi bezanya iaitu kaedah dan cara bagaimana pendapat itu dilontarkan atau dikemukakan.

Sepanjang polemik ini berlegar, ianya telah bermula sejak lama dulu. Bukan baru sehari dua ini, cumanya ia semakin dihangatkan dengan tajuk-tajuk terkini yg bersilih ganti.

Selasa, 20 Disember 2011

Lagi Pendedahan Skandal NFC - benarkah?

Berita Penuh : themalaysianinsider.com

Dalam tempoh sebulan dua ini, kita dikejutkan dengan pelbagai pendedahan terhadap NFC ataupun boleh juga disebut sebagai 'tuduhan' kerana belum ada sebarang jawapan, maka aku sebutkan saja sebagai satu tuduhan. Setiap tuduhan itu tak semestinya 'TIDAK BENAR' kerana ia masih perlu kepada jawapan atau pengakuan atau bantahan.


Jika bulan lepas, didedahkan pembelian 2 unit kondo bernilai hampir RM13juta, kemudian didedahkan pula pembelian 2 lot tanah di Putrajaya bernilai lebih RM3juta, hari ini didedahkan pula pembelian 1 unit kondo mewah di Singapura bernilai hampir RM10juta ketika dibeli (S$4.1mil)


Jika benarlah seperti yg dituduhkan, maka amatlah menghairankan bagaimana gerombolan ini menikmati rezeki Tuhan.

Mengikut laporan tersebut juga, Saifuddin Nasution disebutkan berkata "“For the duration of three months between October and December 2010, Shahrizat’s family transferred an estimated S$530,000 or RM1.3 million from the government’s funds to manage its personal business in Singapore"...dan ini menunjukkan bagaimana wang rakyat diselewengkan dgn begitu mudah. Amanah yg diberikan telah dilacurkan dengan sedemikian rupa dgn mengkayakan diri sendiri dan dalam masa yang sama mengajak rakyat utk berhemah.

Apa pun, aku lebih berharap semoga yg dituduh tampil utk menafikan segala pertuduhan, ataupun tampil utk membersihkan nama jika tuduhan dianggap tidak benar. Namun, kebenaran mutlak hanya pada penilaian Allah, walaupun rakyat boleh dibutakan mata...ingatlah bahawa Allah Maha Melihat dan Maha Jelas Segalanya.

UMNO dah tak boleh pakai lagi - Bekas Pengarah Pendidikan


Laporan penuh : klik sini

"Umno dan BN tidak boleh pakai lagi apatah untuk kita bergantung harap membela nasib orang Melayu". Itulah kata-kata oleh Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim yang juga pelakon bersiri 'Cucu Opah nak kahwin lagi'.

Kalau Datuk Adnan kata mcm tu, aku nk kata sebenarnya UMNO memang dah tak boleh pakai lama dah. Bagi aku, sejak penubuhan UMNO lagi...ianya sudah tak boleh pakai apabila meletakkan kebangsaan Melayu sebagai tonggak perjuangan.

Tapi, Allah Maha Penentu dan Allah jualah Maha Pengatur. Inilah aturan Allah yg perlu kita akur iaitu dengan memberikan UMNO berkuasa selama lebih 54 tahun dan dengan Kuasa Allah jua lah, sama-sama kita mendoakan UMNO bakal ditumbangkan PRU 13 nanti.

Tahniah juga aku ucapkan kepada Datuk Adnan yg sanggup dan berani menyatakan pendirian. Ini juga menunjukkan bahawa ketika dalam perkhidmatan, mungkin mata, telinga dan mulut depa dipalam atau disumbat supaya jadi pak turut segala-galanya. Dan setinggi tahniah juga kepada bekas ketua Pemuda Umno Cawangan Permatang Binjai, Saudara Hasni yg telah mengetuai penyerahan borang menyertai PAS pada majlis ceramah yg telah di adakan.

Isnin, 19 Disember 2011

Biaq betoi....bil ayaq 2 kupang ja sebulan


Bil air 20sen jer... ngarutlah..
kah..kah..kah..
Aku nak kongsikan dengan korang bil air salah sorang jiran aku ni.. dia ni orang atas pagar..
bukan menyokong mana-mana parti..
tetapi dah tentulah dengan menjadi jiran aku,dia mendapat banyak input tentang Kerajaan Pakatan Rakyat..
dan sikit sebanyak,apa yang aku sampaikan kat dia memang masuk dalam kepala dia...

dan dia pun mula berani cakap yang "pemimpin kerajaan BN ni banyak "sembang" jer... tapi abok pun takde... "

"cakap nak lawan rasuah,tapi dorang sendiri yang rasuah.."
itu kata dia yer.. bukan kata aku.. dan sudah tentulah aku setuju dan aku gembira bila dia nampak semua tu...

dan semalam,dia tunjukkan aku bil air dia,dia kata masa Khir Toyo dulu tak pernah macam ni..
sebenarnya dia ni dah berbulan-bulan tidak bayar bil air sejak pakatan ambil alih Selangor... tapi tak pernah tunjuk kan kat aku bil air dia..
tapi semalam tah nape,dia tunjukkan kat aku bil air dia..
aku pun apa lagi..aku ambik dan kongsikan dengan korang ler..korang tengok sendiri ok..

ini bil air yang dikeluarkan di negeri Selangor... bukan di Perak, bukan di Johor, bukan juga di Melaka yang dikatakan maju tu..

aku harap korang hargailah apa yang Pakatan Cuba buat untuk mengembalikan hasil Negeri kepada rakyat Selangor...
kalau kita bagi UMNO menang pada PRU 13 nanti...
mungkin jiran aku dan ramai lagi yang menikmati bil yang macam ni sekarang tidak akan
dapat menikmatinya lagi..

kerana UMNO adalah penghisap hasil rakyat jelata.

Jangan umum hari ni nk guna, dekat PRU lain pulak alasannya

PRU-13 akan guna dakwat kekal, kata SPR
Oleh Yow Hong Chieh
December 19, 2011
sumber :  themalaysianinsider.com

Bancuh : jangan dok jadi mcm lepas2 sudahlah....mulanya bukan main setuju nk guna dakwat, beli dakwat hebis berjuta ringgit....tapi last2 pakai alasan budak tadika utk batalkan....lepas tu, langsung tak ada proove apa yg diperkatakan atau yg dikaitkan dgn pengganas dsb.....
---------------------------------------------------------------

Jalan MADA tak dibaiki...siapa Pengerusi MADA?


MADA tak mau tolong orang kampong ka...?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia....


tolong tengok-tengok sat masalah orang kampung nih....
dah banyak kali dok komplen....
tapi tak dak tindakkan jugak....
hantaq aduan melalui e-mail pun asyik dok tendang balik ja...
baik tak payah bubuh e-mail dalam web site MADA tu....


masalah: jalan rosak
laluan jalan : Kg. Pulai Tokai - Kobah (Pendang)
sejak : 5 tahun dahulu
jalan seliaan : MADA


teruk sangat dah...
kesian kat orang-orang kampung terutama musim hujan...
musim kemarau pulak dok telan habuk hari-hari...
ramai dok guna...sekurang-kurangnya 30 keluarga juga dok guna jalan tu...
tak kira orang Kg. Alor Besar lagi dok guna....
cuba tengok gambar tu...kalau kereta berkilat orang besaq MADA lalu jalan tu hari-hari boleh kot....


orang kampung kata kalau takdak tindakkan jugak depa nak panggil wartawan....
dekat-dekat election ni jangan sampai jadi isu....


Sekian.


sumber asal : kedahlanie.info

Adakah benar Kerajaan Malaysia telah meminjam dari Bank Dunia?


Gambar-gambar screenshot ini diambil dari laman web WORLDBANK  yg menunjukkan beberapa pinjaman yg telah diluluskan kepada kerajaan Malaysia. Cumanya yg tidak dapat dipastikan iaitu samada ianya dimohon oleh Kerajaan Malaysia ataupun tawaran oleh Bank Dunia kpd kerajaan Malaysia.

Harap-harap semoga ada jawapan yg konkrit dari pihak Kerajaan Malaysia terutamanya dari Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan dalam isu ini.

Jawapan tuntas berkenaan dgn isu "Tuhan Samseng"


inilah yg aku boleh kirakan sebagai satu jawapan tuntas atau yg paling mudah difahami oleh manusia2 yg hanya tahu nk menempelak dalam isu "Tuhan Samseng"...tapi hakikatnya diri sendiri jahil dalam ilmu Islam...

itu sbb lah dalam isu ini, hanya puak2 yg penuh kejahilan saja dok hingaq tak tentu arah....sedangkan para mufti dan alim ulama lain hanya berdiam diri sbb depa reti....kalau tidak, dah lama depa sahut cabaran TGNA utk bermuzakarah ataupun pasti akan ada fatwa mengatakan TGNA telah sesat aqidah....

melainkan yg ramai la ni adalah golongan yg pernah disebutkan oleh Rasulullah iaitu golongan "al ruwaibid'ah" iaitu golongan yg tak reti apa satu, tp bercakap mcm reti/mahir...

tambahan lagi puak2 yg dok cari makan dalam politik...bukan main jaja seluruh pelusuk kampung bawa isu "Tuhan Samseng"....yg sebenarnya depa dok jaja kejahilan dan kejumudan diri sendiri.....

"Wartawan Utusan" di sidang media Jingga 13

sumber asal : lianglahad.blogspot.com

WARTAWAN UTUSAN DITANAH NMLC,PETANDA KARIER POLITIK SHARIZAT AKAN DITAMATKAN?

Pada 18 December 2011..pukul 2pm..
Jingga 13 telah pergi ke Putrajaya di Presint 10..
mereka pergi melawat apa yang didakwa sebagai dua lot tanah yang dibeli oleh Keluarga Sharizat melalui akaun NMLC yang bernilaiRM3,363,507 juta..

Jingga 13 mendapat maklumat lengkap mengenai dua lot tanah tersebut..
dalam lawatan tersebut..
mereka turut membawa plan tanah sebagai rujukan...


dua lot tanah yang dibeli oleh NMLC.

Ahad, 18 Disember 2011

Hanya Ulama UMNO saja boleh ceramah di Masjid

Hanya Ulama UMNO dibenarkan berceramah di Masjid....Ulama dari parti lain adalah digelar sebagai 'ulama politik'. Ulama politik tak boleh masuk bagi ceramah mahupun khutbah di Masjid...kalau ulama depa (UMNO), itu betul2 ulama....dah entah berapa kitab yg dikarang oleh Fathul Bari ni pun aku tak tau lah sehingga dah boleh diiktiraf sebagai Ulama....mcm Tok Det pernah kata yg lebih kurang mcm ni lah : "bukan semua boleh jadi Ulama, habis belajaq...masuk persatuan Ulama..dah boleh diiktiraf sebagai Ulama"...sambung dia lagi "siapa yg iktiraf depa sebagai Ulama?"....itulah yg pernah aku dengaq dari mulut Tok Det lama dulu....

Inilah sikap double standard pihak berkuasa agama di Malaysia yg sesungguhnya takutkan parti UMNO umpama lebih takutkan Allah swt. Kalau apa yg UMNO nk buat, semua jadi halal....kalau PAS nk jemput seorang tokoh utk bagi ceramah atau khutbah....siang malam hangpa hingaq mcm kera di hutan.


Gambar ni dihantar kpd aku oleh seorang sahabat yg merasakan rakyat patut tahu perangai sebenar puak2 ni yg berselindung di sebalik agama. aku tak kisah sangat kalau depa bersikap adil, tetapi sampai la ni...depa tetap bersikap menindas.

Bapa bernafsu syaitan!!!!

Jadi mangsa nafsu bapa
KULIM - Haruan makan anak. Begitulah yang dapat digambarkan perlakuan jijik seorang bapa yang sanggup menjadikan anaknya tempat pelepas nafsu.


Sikap terlalu memanjakan anak perempuannya itu yang berusia 14 tahun terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan bapanya yang sering memaksa melakukan hubungan seks.


Mangsa yang tinggal bersama keluarganya di sebuah taman perumahan di sini terpaksa menyembunyikan perbuatan sumbang bapanya itu kerana takut dan malu sekiranya diketahui oleh orang lain.

Sabtu, 17 Disember 2011

Sejarah asal lambang Bulan dan Bintang


Beberapa versi pengamat sejarah mengatakan bahwa sebenarnya asal muasal lambang bulan bintang berasal dari lambang khilafah Islamiyah terakhir yang dimiliki umat Islam, yaitu Khilafah Turki Utsmani.

Khilafah ini adalah warisan terakhir kejayaan umat Islam. Memiliki luas wilayah yang membentang dari ujung barat sampai ujung timur dunia. Wilayahnya mencakup tiga benua besar dunia, Afrika-Eropa dan Asia. Ibukotanya adalah kota yang sejak 1400 tahun yang lalu telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW sebagai kota yang akan jatuh ke tangan umat Islam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...