Assalamualaikum....terima kasih kerana melawat blog aku yg tak berapa nk canggih-manggih neh...ini adalah wilayah ISA (Ikut Suka Aku) utk aku bancuh apa yg patut dibancuh...sesiapa tak puas hati, pi bancuh sendiri.....aku yang menulis tidak bertuan, tapi aku berTUHAN. Maka, ambik lah yang mana manfaat, abaikan yang mudharat. Jika ada yang mahu menghulurkan sumbangan sebagai meringankan beban, amatlah di alu-alukan. Saluran : MBB-152023088590 / CIMB-02048617025529
Blog Member
Selasa, 6 Januari 2015
syiling apa ni....siapa kenal???....
beberapa tahun lepas, ada sorang hamba Allah bagi kat aku beberapa keping syiling....aku tak kenai pun syiling apa....dok cari dalam internet pun tak jumpa maklumatnya.....kalau sesiapa ada info, tolong habaq mai....kot-kot lah ada harga.....mana lah tahu!!!....kot boleh beli jet macam 9M-NAA...boleh jugak lah menjelajah dunia....hahahaha....
Isnin, 5 Januari 2015
RM800juta telah dibelanjakan???.....BIAQ BETOI!!!!
aku tak pasti samada mahu mempercayai atau tidak laporan dan angka yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan ini....RM800juta bukan satu angka yang sikit jumlahnya.... sikit lagi mencecah angka RM1bilion.....
sedangkan banyak laporan-laporan yang kita dengaq samada melalui fb atau melalui petugas sukarelawan yang menyertai misi membantu mangsa-mangsa banjir bahawa masih banyak kedapatan mangsa-mangsa banjir yang tidak menerima bantuan.....
dan jika angka RM800juta itu diambil kira... dicampurkan dengan bantuan seluruh rakyat Malaysia dengan derma wang tunainya, dengan sedekah barang makanan, pakaian dan pelbagai peralatannya....maka aku rasa keseluruhan angka yang dibelanjakan boleh mencecah Billion Ringgit Malaysia......
aku rasa angka RM800juta ni perlu diberikan butiran sebenar apa yang telah dibelanjakan.... maksud aku, ianya perlu diaudit.....
Jumaat, 2 Januari 2015
lebih kilometer dengan RON'97
petrol dah turun harga..... alhamdulillah.... sedikit perkongsian aku mengenai beza RON'95 (kuning) dan RON'97 (hijau).... aku pakai kereta Proton Tiara... kebiasaan aku memang dok isi RON'95.... sekali isi RM10 saja.... dengan RM10 petrol RON'95 tu (harga tahun 2013), tiara aku boleh bergerak lebih kurang 55km.... baru2 ni orang dok sebut RON'97 lebih menjimatkan walaupun harga agak mahal.....aku try lah isi RON'97 sebanyak RM10 jugak dalam keadaan tangki petrol aku hampir kekeringan..... apa yang membezakan iaitu dengan RM10 petrol RON'97....kereta aku dapat bergerak lebih kilometer berbanding RM10 petrol RON'95....
dalam jumlah RM yang sama, tapi kuantiti petrol yang berbeza antara RON'95 dan RON'97....aku dapat extra 10km....aku dapat buat ukuran sebab kereta aku meter petrolnya mampoih.....hanya lampu amaran saja yang berfungsi....... setiap kali aku isi minyak, aku kena reset meter kilometer supaya aku tahu status petrol kereta aku.....kiranya kalau aku isi RM10 minyak RON'95....aku hanya boleh bergerak 55km saja....kalau gagah lagi....menapaklah aku cari stesen minyak.....tapi kini dengan RM10 petrol RON'97, aku dapat capai lebih kurang 60-65km.....dalam pengiraan kos per kilometer, menggunakan RON'95 kereta aku memakan kos RM0.18sen setiap kilometer....tapi dengan RON'97, kereta aku hanya memakan kos RM0.15sen setiap kilometer...dan dalam kiraan per liter, dengan RON'95, kereta aku menggunakan 0.08liter utk setiap kilometer dan dengan RON'97, kereta aku menggunakan hanya 0.06liter setiap kilometer......
justeru, aku syorkan dengan harga petrol sekarang ni yang dah turun....kita pakat pakai RON'97....walaupun minyak yg masuk ke dalam tangki adalah kuantiti sikit....tapi kita dapat lebih kilometer berbanding RON'95....
Langgan:
Catatan (Atom)