WAJIB aku menghargai jasa kedua ibu bapaku yang melahirkan aku, membesarkan aku, menyuapkan makan ke mulut aku, mendodoikan aku, menghalau nyamuk yg nak gigit aku, membeli ubat untuk sakit aku, menyediakan tempat berteduh dari hujan dan panas kepada aku dan sebagainya lagi.....
tetapi HARAM untuk aku menyembah kedua ibu bapaku, HARAM juga bagiku mengangkat kedua ibu bapaku melebihi Allah Azzawajall atas segala apa yg telah disuapkan dan disediakan kepadaku.....
apakah jasa umno kepada aku dan seluruh rakyat Malaysia melebihi jasa kedua ibu bapa masing-masing???....sehinggakan umno itu mahu diangkat dan dinobat sehingga tiada taranya lagi...seperti tiada dua dan hanya umno sahajalah yang menentukan apa yg patut kita makan dan menentukan banyak mana kita perlu makan???......
ayyuhal mustakbirun!!!!....laknatulallahi 'alaih....Allah berfirman dalam ayat terakhir surah al Kahfi
yang bermaksud "Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya"....
tetapi, nampaknya puak2 umno ini terusan mahu membawa ajaran songsang dengan meletakkan bahawa umno lah segala-galanya dalam menentukan untung nasib rakyat Malaysia.....
dalam pengajian ilmu Tauhid, terdapat 4 bentuk atau prinsip pujian, iaitu
1. puji Qadim bagi Qadim (Allah memuji Allah sendiri)
2. puji Qadim bagi hadis (Allah memuji makhluk)
3. puji hadis bagi Qadim (makhluk memuji Allah)
4. puji hadis bagi hadis (makhluk memuji sesama makhluk)
ucapan doktor tu bukan kerana kejahilan, tapi kerana kebongkakan, kesombongan dan penuh keangkuhan.....dan aku nampak pujian doktor tu kepada umno seperti sudah mahu mengambil tempat 'puji hadis bagi Qadim'.....itu sebab aku panggil puak2 ni sebagai 'mustakbirun'.... kalau tak faham mustakbirun tu apa....cari orang pandai, tanya....jgn dok tanya aku sebab aku bukan pakar nak menghuraikannya....