Blog Member

Ahad, 23 November 2014

CATATAN ZOHOR : PKR WAJAR CERMIN DIRI MELIHAT DISIPLIN PARTI SENDIRI

Saya terkilan apabila seorang pimpinan PKR mula mempertikaikan disiplin kehadiran TGHH dalam mesyuarat pakatan, walhal selama ini PKR sarat merancang, melaksana dan melanggar disiplin di dalam Pakatan Rakyat.

a) Isu terdahulu, apabila PKR mengumumkan calon Bagan Serai tanpa berbincang dengan Pakatan Rakyat mahupun PAS. Apakah bentuk disiplin yang kalian perjuangkan?

b) PKR memfailkan saman tanpa usul periksa terhadap TGHH sehinggakan Presiden PAS ini diheret ke mahkamah. Dengan tuduhan yang tidak berasas ini, di manakah disiplin kalian?

c) Kajang Move yang dilakukan tanpa berbincang dengan Pakatan Rakyat, khususnya PAS. Segalanya dilanggar dan main redah. Di manakah disiplin kalian?

d) Kes curi ahli, seperti yang berlaku kepada Ahli Parlimen Lumut yang merupakan Ketua Penerangan Pas Kawasan ketika itu, menerima surat tawaran bertanding Pilihanraya dengan syarat menjadi ahli PKR
Di manakah disiplin kalian?

Sedarkah kalian bahawa kehadiran TGHH ke Mesyuarat Pakatan melebihi LGE yang lebih rajin memonteng. Kenapa pemontengan LGE ini tidak dijadikan isu?

Justeru, saya mencadangkan kepada pimpinan PKR yang telah membangkitkan soal kehadiran TGHH dalam mesyuarat Pakatan agar mencermin diri terlebih dahulu. Ibarat seorang murid yang kerap lompat pagar dan ponteng sekolah mempertikaikan guru pakar yang tidak dapat hadir ke kelas kerana MC.

Mohd Faiz Zainal
Ketua 
Dewan Pemuda PAS
Kawasan Tanjung Malim

2 ulasan:

  1. MC tapi boleh ke luar negeri pulak. MC sampai 20 bulan apa citer. MC tapi kempen boleh plak...

    BalasPadam
  2. Keluar negara atas urusan ulamak sedunia jauh lebih penting daripada meeting PR.

    BalasPadam

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...