sumber : kedahlanie
merujuk kpd posting (spt gambar) di sebelah, aku rasa jadi satu keperluan utk aku menjawab beberapa perkara yg bagi aku yg amat perlu diperbetulkan seperti ditulis dalam artikel di sebelah....
aku ambik sumber ini dari blog KedahLanie.info sbb aku dah beberapa kali cuba utk masuk ke laman sumber asal artikel iaitu DepaKata.co.cc tak dapat sbb disekat oleh antivirus laptop aku yg dapat kesan terdapat 'malware' pada blog/web tersebut....entahlah apa jenis malware yg dipakainya dan utk apa tujuannya..... mgkn tujuan utk detect IP mana2 individu yg sedang melayari lamannya....entahlah.....
ok...apa yg aku nk kena sebutkan di sini iaitu mengenai beberapa perkara yg disebutkan oleh penulis tersebut yg pada aku TIDAK KENA dan sebenarnya lebih kepada andaian bersifat 'prejudis'...
pertamanya iaitu dikatakan masih ada cubaan utk melaga-lagakan PJ dan TPJ 1 & 2 dalam barisan kepimpinan Badan Perhubungan PAS Kedah melalui usul perlucutan jawatan TPJ 1 & 2 setelah kemelut tersebut telah berlalu..... hahahahaha..... pada aku, hanya orang bodoh yg tak faham asas satu2 mesyuarat saja yg akan sebutkan bahawa itu adalah tindakan melaga-lagakan atau sebagai tindakan mengeruhkan suasana..... sedangkan hakikatnya iaitu dalam mana2 mesyuarat pun, ahli mesyuarat yg layak boleh membawa usul apa pun selagi mana ianya tidak menyalahi peraturan mesyuarat. dan pada aku juga, mana2 individu yg telah membocorkan maklumat mengenai usul yg dibawa di dalam satu mesyuarat yg bersifat 'kerahsiaan penuh' spt mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah adalah merupakan manusia2 yg TIDAK AMANAH....mudahnya, sebutkan saja sebagai munafiq dalam perjuangan.... adakah aku yg membocorkan isi mesyuarat??? dah tentu bukan sbb aku bukannya AJK dalam mana2 bahagian pembahasan... dan sudah tentu ianya dibocorkan oleh segolongan manusia yg rakus dan seronok melihat perpecahan yakni anak2 didik syaitonnirrojim..... kalau tidak, depa tak cerita keluar apa yg dibincangkan dalam mesyuarat perhubungan... walaupun ianya tidak perlu menjadi rahsia penuh atau rahsia besar, tetapi bagi manusia yg ada fikiran dan menjaga maslahah dan inginkan kebaikan....sudah tentunya isi mesyuarat tidak akan dibocorkan sewenang-wenangnya dan bakal menimbulkan polemik yg berlainan.........
yang keduanya iaitu apabila dikaitkan dgn kononnya wujud Unit Tindakan Khas (UTK) yg bertujuan utk memburuk-burukkan TPJ 1 & 2...diperkaitkan pula dgn kewujudan satu individu yg menggunakan samaran nama "selamatkan kedah negeriku (SKN)"...... entah wujud atau tidak UTK yg ditugaskan khas tersebut sbb setahu aku, tidak pernah ada yang seumpamanya....melainkan UTK yg ditubuhkan oleh aku sendiri dgn mengumpulkan beberapa orang facebooker yg komited bagi menyalurkan maklumat2 atau informasi kpd sidang pelayar facebook....tetapi sama sekali tidak pernah menyentuh isu dalaman PAS ataupun menyerang mana2 individu kepimpinan PAS di semua peringkat....fokus kami hanyalah kpd isu2 umno dan rakyat.... hangpa boleh check akaun facebook aku dan segala komen aku, jika ada yg secara terbuka menyerang mana2 individu yg terbabit.........dan UTK yg aku tubuhkan hanyalah bersifat sukarela, tanpa satu sen pun mendapat bantuan dari mana2 pihak dalam PAS dan kerajaan negeri......
menyentuh mengenai akaun 'selamatkan kedah negeriku' yg dikatakan diwujudkan oleh UTK tersebut bagi tujuan menjatuhkan TPJ.....hahahahaha.... aku nk tanya pulak, bagaimana dgn akaun facebook yg bernama 'Hisbah Kedah (HK)' yg telah telah diwujudkan sejak tahun 2011 lagi??? sebelum itu, diwujudkan juga sebuah group facebook yg juga namanya Hisbah Kedah.... aku pernah dimasukkan sebagai ahli group tersebut, kalau tak salah aku sekitar pertengahan tahun 2011 sedangkan akaun SKN baru sahaja diwujudkan kalau tak salah aku pada hampir penghujung Februari 2012, sedangkan akaun HK telah wujud sejak pertengahan tahun 2011 lagi..............so, kalau kita pikiaq logik akai.....siapa yg patut dipersalahkan??? samada HK yg sejak dari 2011 buka akaun utk menyerang, mempropaganda dan melondehkan apa yg difahamkan sebagai 'kelemahan' pentadbiran dan dalaman PAS berbanding SKN yg bertujuan utk mempertahankan setelah di asak bertubi2 sekian lama.....
aku tak menyebelahi SKN, malah hangpa boleh masuk tengok di wall SKN...apa bahasa yg aku tak gunapakai!!! aku selama ni tak pernah dok nak maki orang kok fb, tp keadaan memaksa....begitu juga dgn HK yg dah lama dah aku hantam...dan akhirnya aku dikeluarkan dari group secret nya dan kemungkinan group itu juga telah dimatikan.....
Siapa depa ni??? bagi aku HK, SKN dan semua yg sewaktu dengannnya adalah sejenis makhluk perosak yg digunakan oleh syaitan utk merosakkan jama'ah.... namun, sudah tentunya HK lah yg menjadi buah mula kpd segala bencana melalui facebook.... aku sama sekali tak terpengaruh dgn apa yg depa kata samada benar atau tidak benar..... pada aku, kita tidak boleh menilai kebenaran hanya berdasarkan 'cerita'.... melainkan jenis2 manusia munafiq yg tidak beramal dgn Hadis Baginda Rasul yg menganjurkan kita siasat dulu cerita yg dibawa oleh orang fasiq.... apa itu fasiq??? fasiq secara umumnya adalah 'orang jahat' atau berniat jahat atau mmg jahat......
secara mudahnya, puak2 penyesat lagi menyesatkan senantiasa dok ada sekeliling kita....sama lah spt penulis DepaKata.co.cc tu....bagi aku, tujuan penulisannya hanya menyesatkan saja, bersifat prejudis dgn andaian yg tidak adil kpd semua pihak.....dalam tulisannya juga menyebut
"UNIT ini pada dasarnya dilihat seperti think tank MB namun jika diteliti betul-betul apa motif dan matlamat mereka pun kita tak tahu..hendak kata mahu mengukuhkan PAS KEDAH tidaklah pula... nak bagi KELAM KABUT adalah lagi...dimana proses melagakan ORANG AZIZAN dan ORANG PHAKROL giat di jalankan..." ....
so, hangpa boleh nilai sendiri...siapa yg meletakkan satu 'gap' apabila menyebutkan 'orang azizan' dan 'orang phakrol'??? sedangkan sepatutnya kalau dah kata semua selesai, buat apa nk dok sebut orang itu orang ini...kita semua orang PAS...tak taulah kot ada yg masih dok rasa dia orang itu orang ini....aku tetap 'orang PAS'....aku tak menyebelahi mana2 pihak dan pihak2 yg nak menjahanamkan PAS samada dari luar atau dalam adalah MUSUH aku.... kalau Ust Azizan sendiri nk menjahamkan PAS, maka dia juga adalah MUSUH aku....
dan kemudian, dikatakannya juga motif UTK tersebut utk bagi "KELAM KABUT"....sepatutnya isu itu patut ditala (ditujukan) kpd Hisbah Kedah yg sejak dari pertengahan tahun 2011 lagi telah melancarkan serangan adu domba nya....puak2 inilah yg lebih bertujuan utk mengharu-birukan PAS.....
secara ringkasnya, aku simpulkan bahawa tulisan yg dipaparkan oleh DepaKata.co.cc tidak lebih dari satu penulisan berniat jahat jika benar2 si penulisnya ingin 'berlapang dada'....dan mana2 pihak yg berada dalam mesyuarat dan keluar mendedahkan isi mesyuarat adalah termasuk golongan manusia yg tidak amanah dan juga bertujuan jahat... sedangkan apa yg dibuat hanyalah berbentuk 'usul' ataupun cadangan, dah ahli mesyuarat tak setuju, so apa lagi yg nak dihebohkan??? sbb itu lah juga, ummat Islam tak boleh maju di Malaysia ni sbb perangai Melayu teramatlah tinggi walaupun dalam individu yg dok dalam jama'ah PAS..... yg mencadang kena hantam, yg menolak atau menerima cadangan juga dihantam.... masing2 tak reti nk meraikan perbezaan pendapat
selain itu, individu yg mengawal akaun facebook Hisbah Kedah teramatlah jahatnya walaupun apa sekalipun cita-citanya dan SKN juga turut jadi penjahat sbb gunakan taktik pertahanan yg sama....
kalau ada orang nk jawab apa yg aku tulis ni pun, jawablah.....aku peduli apa!!! mmg aku tak peduli dgn hangpa semua....tak kira lah Ust Azizan, Phahrol ataupun Dr Ismail.... semua hangpa juga akan diadili di Mahkamah Allah kelak..... dan para pengikut jgn dok eksen sbb hangpa juga akal berhadapan dgn mahkamah yg sama termasuk aku juga...... aku hanya bimbangkan kutukan dan tindakan dari Allah...sama sekali aku tak heran dgn hangpa semua selagi hangpa bernama makhluk Allah......