Blog Member

Isnin, 5 Mac 2012

luar jangka, dalam jangka atau bom jangka???

NONE

berita : Keputusan PAS Pusat isu di Kedah


sebagaimana dijanjikan bahawa pada hari ini (5/3/2012) akan diadakan sidang akhbar khas berkaitan dengan keputusan PAS Pusat berhubung isu di Kedah yg sepertinya dilanda anak garuda....hehehehe....belum lagi ibu garuda atau bapak garuda.....baru anak garuda...itupun anak garuda yg bongsu sekali.....

maka, berlalu lah sudah sidang akhbar tersebut dan diputuskan sedemikian
"Dalam mesyuarat tersebut kita telah memutuskan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar.
"Selain itu juga kedua-dua exco perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah,"

kenyataan sidang media tersebut disampaikan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali setelah berlalunya sesi pertemuan dan mesyuarat yg diadakan di Pusat dan di Kedah.....tak perlu aku nk bancuh panjang pasai tu....cuma ada beberapa isu yg aku nk sentuh di sini yg berkaitan

pertamanya iaitu apa yg diputuskan pada aku adalah merujuk kpd keputusan awal yg dibuat oleh PAS Pusat sebelum daripada upacara angkat sumpah exco bulan lepas....hangpa boleh rujuk SINI

sememangnya dari peringkat awal lagi, PAS Pusat menghendaki kesemua exco, terutamanya exco yg menjadi kontroversi dikekalkan ke jawatan masing2 setelah pertemuan di adakan di antara Tuan Guru Presiden, YB Ustaz Azizan dan semua exco PAS Kedah pada 17 Februari 2012 yg lalu....dan sebenarnya itulah yg berlaku iaitu perlantikan semula exco berkaitan sebagaimana disarankan oleh Tuan Guru Presiden.....malangnya apabila kedua2 exco kontroversi tersebut tidak hadir bagi upacara angkat sumpah tersebut sedangkan Tuanku Sultan telah memperkenankan kedua2nya dilantik sebagai exco......

justeru, aku lihat keputusan terbaru yg dibuat oleh PAS Pusat ini adalah sebagai mempertahankan keputusan yg dibuat sebelum ini demi menjaga mashlahah parti.....

sebenarnya juga, keputusan yg dibuat itu adalah dalam jangkaan kebanyakan pihak dan pemerhati atas isu yang berlaku. daripada pengamatan aku melalui perbincangan facebook, group2 pro PAS/PR dan pro UMNO juga...aku dapati ianya sesuatu yg sememangnya telah dijangkakan....di tambah lagi pulak, keputusan tersebut juga adalah sesuatu yg diharapkan oleh majoriti ahli, penyokong dan pengundi PAS yang melihatkan 'kembali kepada keadaan asal' adalah jalan terbaik dalam kaedah penyelesaian

melalui pemerhatian aku juga, didapati kematangan ahli2 PAS di Kedah terutamanya begitu teruji dgn isu ini...walaupun sebenarnya apa alasan sekalipun, sama sekali aku tengok majoritinya berkehendakkan kebaikan berkekalan kepada parti sehinggalah Pilihanraya Umum 13 selesai diadakan..... walaupun ada yg menyokong sebelah sini dan sebelah sana, sebenarnya masing2 berkehendakkan suatu kebaikan kpd parti...cumanya mgkn kaedah dan cara yg tidak bertepatan. ada yg menyokong isu yg membawa kpd keharusan apa yg berlaku, tidak kurang pula menyokong isu tetapi menolak tindakan yg amat tidak bersesuaian

apa yg aku lihat lagi berkaitan keputusan ini iaitu seolah2nya pertemuan yg diadakan di Kedah pada 3/3/2012 yg lepas seolah2 tidak memberi kesan kpd keputusan. ini kerana langsung tidak diumumkan apa yg telah dibentangkan dan tuntutan yg disebutkan bakal dibuat oleh Dato Phahrolrozi....tapi, aku yakin ada sebab terbaik mengapa ianya tak patut dihebahkan....cumanya apa yg aku nk bangkitkan adalah 'kesan' tuntutan tersebut ke atas keputusan.....ini kerana, dilihatkan keputusannya masih lagi sama (spt yg diputuskan pada 17/2/2012), maka bagi aku, tuntutan yg dibuat tidak memberi kesan langsung kepada keputusan..... mgkn boleh secara mudah faham kita sebut sebagai 'tuntutan ditolak'

di samping keputusan mengekalkan Ust Azizan selaku MB dan kedua2 exco diputuskan utk kembali menerima jawatan exco, PAS Pusat juga mencadangkan utk menubuhkan satu Jawatankuasa Pemandu yg berfungsi memberikan pandangan dan sama2 bertanggungjawab dalam memantau pentadbiran negeri di bawah naungan PAS ataupun negeri2 yg PAS adalah sebahagian dari pentadbiran kerajaan.....

aku tak mau bancuh bab Jawatankuasa Pemandu tu sbb belum lagi ditubuhkan dan belum jelas bentuk atau format pemantauan yg nk dibuat....tetapi, aku boleh bersetuju hanya dengan 1 perkara berkaitan cadangan ini iaitu dengan syarat tiada kepelbagaian campur tangan dalam pentadbiran kerajaan negeri oleh pentadbiran pusat. campurtangan dalam perkara dasar parti, itu YA...campurtangan dalam dasar pentadbiran kerajaan negeri berteraskan Islam, itu pun YA...tetapi pada masa yg sama, perlu ada kaedah dan saluran yg perlu diperjelaskan......bukannya aku tak setuju pada semua keadaan, cumanya perlu ada satu garis panduan supaya semua pihak tidak menyalahgunakan......kita ambik contoh dalam pentadbiran Rasulullah sendiri pun, Baginda membenarkan gabenor2 di wilayah yg dikuasai berijtihad apabila sesuatu hukum itu tidak terdapat nas dalam al Quran ataupun pada Sunnah Baginda.....tapi pun, ini pendapat awalan aku saja....tak berkaitan dgn yg hidup ataupun mati....hahahaha

keputusan sudahpun dibuat....maka terpulanglah kepada individu terbabit utk akur ataupun bagaimana.... pada aku, aku dah pun bersedia sejak awal utk menerima sebarang keputusan...dan selepas keputusan dikeluarkan, maka hak aku pulak utk buat tindakan.....begitu juga kepada mereka yg berkenaan...keputusan tersebut sebenarnya tidak mengikat kerana tidak disertai dgn sebarang syarat....maka boleh saja ianya diakur atau sebaliknya......

namun, sesungguhnya aku sebagai ahli parti akan tetap setia bersama parti walau apa pun yg diputuskan kerana sudah tentu pucuk pimpinan terutama di peringkat PAS Pusat mengambil segala bentuk hujjah yg bersangkutan dan berkaitan demi menjaga maslahah yg lebih besar berbanding maslahah yg kurang besar... begitu juga yg dinukilkan oleh Prof Dr Yusuf al Qardhawi dalam kitabnya yg terkenal iaitu 'Fiqh Awwaliyyat' yg membicarakan kedudukan maslahah yg patut dipentingkan di antara yang terpenting......makan disebabkan lapar sebelum menunaikan solat tidak bermakna mementingkan makan berbanding solat....tetapi didahulukan semata2 utk menjaga pekerjaan solat supaya khusyuk dan tidak terganggu....tapi bagi sesetengah orang faham bahawa makan itu begitu penting hinggakan solat boleh ditangguhkan......wallahua'lam

semua berita berkaitan, boleh dirujuk di SINI atau SINI atau SINI

sesuatu yg menarik juga untuk pembacaan hangpa semua, aku ada jumpa satu PAGE facebook yg dibuat sedemikian oleh seseorang yg mengaku sebagai ahli umno....

klik gambar utk besarkan

bagi yg ada akaun facebook, klik SINI utk ke laman page nya.....aku tak pasti apa tujuan, tetapi pada aku, inilah yg sepatutnya dibimbangkan apabila isu2 sebegini berlaku....akan ada pihak yg ambik kesempatan terutama pihak lawan.............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...