Blog Member

Khamis, 8 Mac 2012

Antara menceritakan yang betul atau membetulkan cerita....manakah pilihan anda???


dah banyak hari aku tak update sebarang posting di blog aku yg tak canggih manggih nih....entahlah, sejak akhir2 ini, mood tak berapa nk galak sangat utk menyerang....ditambah pulak, sibuk dgn tugasan asasi sebagai manusia dan ketua keluarga....makin lah tak berapa nk galak nk berperang.....

cumanya dalam bancuhan aku kali ini, aku tak mau nk merujuk kepada mana2 isu secara spesifik....aku cuma nk bancuh secara rambang atau umum saja yg menyentuh beberapa perkara dalam kehidupan kita

tajuk aku iaitu : menceritakan yang betul atau membetulkan cerita....kedua2 nya menggunakan perkataan yg sama, tetapi membawa maksud yang amat berbeza.....

menceritakan yang betul merujuk kpd meceritakan sebenar perkara yg disoalkan atau ditanyakan ataupun dikisahkan....menceritakan yg betul juga sebenarnya perlu diceritakan secara adil dan saksama tanpa berpihak atau tanpa menunjukkan sokongan kepada mana2 pihak yg terlibat dalam cerita tersebut. kalau dalam mahkamah, tidak ada satu pihak pun yg menceritakan yang betul kerana semua pihak berkepentingan dalam penghujjahan....pihak pendakwaan akan menceritakan mengikut kefahamannya utk mensabitkan kesalahan kpd tertuduh, manakala peguambela pula cuba sedaya upaya menceritakan mengikut kefahamannya dapat membela tertuduh supaya tidak disabitkan kesalahan..... hakikat sebenarnya, konon 'cerita yg betul' tadi sudah terdapat dalam dua versi dan tidak pula dapat dipastikan kedua2 versi tersebut yang mana sebenar 'cerita sebenar'....cumanya, kedua2 cerita tersebut masih lagi boleh dipanggil sebagai 'menceritakan yang betul' walaupun pada persepsi masing2....

apa pulak yg dikatakan 'membetulkan cerita'??? membetulkan cerita iaitu mengolah kembali cerita yg sebenar yg mungkin bukan cerita yg sebenar ataupun terdapat sedikit kecacatan pada cerita sebenar ataupun menipu hingga hampir seluruhnya berbeza dgn cerita sebenar.....membetulkan cerita juga masih tidak lekang dgn pro n kontra nya....masih lagi lekat pada tujuannya.....aku ambik semula contoh mcm dalam satu mahkamah tadi...di satu pihak samada pihak pendakwaraya ataupun peguambela akan cuba membetulkan cerita pihak lawan mengikut versinya. jika pendakwaraya kata tertuduh pegang pisau di tangan kanan, peguambela akan cuba utk membetulkan cerita dgn mengatakan si tertuduh pegang pisau di tangan kiri....begitulah sebaliknya yg diertikan dgn 'membetulkan cerita'.....membetulkan cerita ni juga adalah bersesuaian dgn tujuan samada ianya bertujuan baik atau jahat....termasuk juga dalam membetulkan cerita ini adalah menyembunyikan cerita yg diketahui sebagai salah ataupun terpaksa berbohong demi menjaga tujuan cerita itu dikhabarkan

mgkn ada yg akan keliru dgn perkataan aku di atas.....hahahahaha.....mmg itupun tujuan aku nk bagi hangpa yg baca sedikit pening.....

walau apa pun, isu 'menceritakan yg betul' atau 'membetulkan cerita' perlu dilihat pada sudut kesan sampingan yg bakal wujud pada setiap satunya....ada kesan jangka pendek dan ada kesan jangka panjang....aku bagi contoh beginilah....dalam satu situasi di atas jalanraya....si A memandu kereta dan memotong beberapa kenderaan di double line....si B yg datang dari arah bertentangan dah nampak si A sedang memotong, tetapi disebabkan dia rasa dia tak buat sebarang kesalahan....maka dia tak beri laluan kpd si A dan akhirnya berlakulah pertembungan dua buah kereta yg kita panggil sebagai kemalangan....apabila diminta bagi keterangan, si B akan menceritakan yg betul kerana pada anggapannya dia tak melakukan sebarang kesalahan, maka si A pula akan membetulkan cerita supaya dia tidak dipersalahkan yg menjadi penyebab kemalangan....tetapi pada pihak yg lain, kemungkinan akan berlaku bahawa si A yg akan menceritakan yg betul dan si B akan membetulkan cerita....ini boleh berlaku apabila si A yang melakukan kesalahan akan mempersalahkan si B kerana tidak mengelak dari berlaku pertembungan kemalangan, manakala si B akan membetulkan cerita semata2 utk mempertahankan prinsip undang2 jalanraya yg digunapakainya....situasi yg sebenarnya adalah kesemua pihak akan cuba utk 'mencari kesalahan', sedangkan kesan daripada perbuatan si A dan yg walaupun bukan asal perbuatan si B adalah kemalangan yg merosakkan, merugikan dan kemungkinan akan melibatkan korban......

justeru, dalam situasi tersebut.....sebenarnya kemalangan tersebut boleh dielakkan sekiranya si A tidak memotong double line, jika si A memotong double line pun, kemalangan masih boleh dielakkan sekiranya si B mengelak dari berlaku pertembungan.....tetapi, sebenarnya kita lupa kepada si C, D, E dan F yg turut berada di atas jalan yg masing2 boleh memberi peranan kpd mengelakkan berlakunya kemalangan tersebut. Jika si C, D, E atau F telah nampak situasi tersebut yg boleh memungkinkan berlakunya kemalangan, mereka boleh memberi laluan kpd si A utk menyusup masuk ke laluan supaya dgn itu si A dan B selamat dari kecederaan, kerosakan ataupun kehilangan.....

namun, kemalangan sudahpun berlaku....kerosakan juga telahpun berlaku.....kesan kpd perbuatan si A yg gelojoh memotong di double line tadi sudah merebak menjadi satu kerosakan yg besar. bukan saja merosakkan kenderaan si A sendiri, malah merosakkan kenderaan orang lain juga (B) dan jika dalam situasi sebenar, mgkn si C, D, E atau F akan turut sama terlibat....atau mungkin si G, H atau J yg sedang berjalan kaki juga menerima kesan....bukan itu saja, segala pokok, tiang, tiang lampu, pondok hentian bas atau sebagainya yg berada di laluan akan turut menerima kesan......

maka, berbalik kpd keadaan di atas....adakah kita yg menjadi saksi kemalangan patut utk 'menceritakan yang betul' atau 'membetulkan cerita'???

insyaAllah akan bersambung di tajuk lain pulak.........hangpa jawab ambik sendiri soalan aku tu!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...