Blog Member

Ahad, 18 Mac 2012

satu amah satu kerja

gambar hiasan
berita : Subramaniam: Malaysia tidak pernah setuju dengan satu amah, satu kerja

berita penuh : SINI

sehari dua ni heboh lah pulak isu yg dikatakan kerajaan Malaysia dan Indonesia dah pakat setuju dgn cadangan 1 amah, 1 kerja.....diceritakan pulak bahawa ianya sememangnya telah terkandung dalam MoU yg telahpun ditandatangani oleh kedua2 pihak.....


aku tak payah nk flashback apa yg telah dibincangkan atau dijelaskan sebelum ini oleh banyak pihak... bantahan juga disuarakan oleh banyak pihak dalam isu ini...tetapi adakah kita pernah tengok kepada isu2 yg mendasari perkara ini.....

antara isu yg membelenggu rakyat Malaysia sekarang ini adalah berkisarkan perihal kekeluargaan, kes2 jenayah dan kemalangan melibatkan kanak2, kes2 penceraian yg bertimbun2 dan pelbagai kes lagi yg mendasari hal ehwal keluarga dan masyarakat......

apa yg aku nampak dan boleh lihat iaitu semua kes2 ini sebenarnya perlu kpd penyelesaian konkrit, bukan hanya penyelesaian bersifat sementara yg tidak berkesudahan juga

pada aku, kebanyakan rakyat Malaysia sekarang ni lebih kpd menjadi 'hamba dunia'....mengejar kemewahan menjadi satu agenda utama dalam kehidupan, mengejar kesenangan juga menjadi keutamaan. aku contohkan begini, hangpa boleh pi tengok di kampung2 juga (jangan hanya fokus di bandar sahaja)....ada sebahagian rakyat kita yg hari2 merungut kenaikan itu kenaikan ini, merungut kemudahan dan bantuan tak sampai, merungut harga getah turun atau pendapatan tak seberapa dan merungut lagi apabila harga barangan meningkat.... tetapi hangpa cuba semak isi keluarga....yg kecik dan yg besaq pakai handphone mengalahkan aku lagi, di rumah masing2 pakat ada astro dgn langganan pakej bayaran bulanan dekat RM100 sebulan... dah ada astro, TV kena pakai paling lekeh LCD, elok skit LED..... anak2 plak lebih suka berpeleseran, merempit motor kesana kemari....

kalau di bandar pulak, suami isteri bekerja....anak2 hantaq pi nursery...anak yg sekolah pun, balik sekolah...singgah nursery utk makan tengahari dan mandi utk ke kelas KAFA petang....mak bapak malam baru nk boleh tengok muka anak.....

sedangkan bagi aku, keperluan utk isteri bekerja adalah amat subjektif....ketidakcukupan belanja pun subjektif..... tetapi ianya telah dijadikan objektif bagi masyarakat kita sekarang ini hinggakan menjadi faktor utama anasir2 tidak sihat membiak.....mgkn ada pihak menafikan, tetapi secara umumnya masing2 perlu menerima hakikat bahawa semua permasalahan yg berlaku adalah berpunca dari kita.... masalah yg berlaku dalam kehidupan rakyat Malaysia tidak berpunca dari Amerika, Yahudi mahupun agen Mossad....tetapi ianya sebenarnya adalah berpunca dari corak kehidupan rakyat Malaysia sendiri yg meletakkan objektif mengejar kekayaan, kesenangan dan kemewahan.......

masing2 fikir lah.....aku dah lama fikir benda ni. itu sbb aku tak benarkan isteri aku bekerja sejak hari pertama kami menikah....sbb kalau dia bekerja pun...berapa pendapatan yg boleh diterimanya? mgkn hanya sekitar RM1500...nak lebih pun tak banyak. mmg lah membantu, tetapi kalau dicongak balik pada hari ini....perbelanjaan setiap anak aku utk dihantar ke nursery, termasuk dgn perbelanjaan lain akan mengambil tempat sebanyak RM1000 sebulan...tinggal RM500...perbelanjaan aku nk pi hantaq pi ambik dia kerja pun satu pasal....makan minum tempat kerja dia lagi pun satu pasal..... lebih baik lah aku kerja sorang, walaupun pendapatan aku tak cecah kepada golongan 'mewah'....tetapi alhamdulillah....tak lebih tak kurang... sebenarnya yg paling penting adalah bagaimana kita menguruskan kewangan, bukannya penting bagaimana memperbanyakkan sumber kewangan....syukur jugak aku kepada Allah swt ketika aku pi kursus kahwin yg masa tu disampaikan oleh Syeikh Ahmad Faisol (klik utk ke facebook beliau), beliau mengajarkan serba sikit tips pengurusan kewangan keluarga....apa yg disampaikan oleh beliau, aku ikut dan praktik.... hasilnya, walaupun pendapatan aku rendah....tapi tak susah.....sesiapa yg nak tau tips nya, boleh berhubung dgn aku.... tipsnya mudah, tetapi agak payah utk dipraktik.....

berbalik kpd isu tajuk....pengambilan amah di Malaysia bukan lagi utk menjadi pembantu rumah...tetapi sebenarnya dibayar utk mengambil alih peranan dan tanggungjawab sebahagian dari tanggungjawab dalam institusi keluarga, terutamanya peranan si isteri dan ibu.....kalau dulunya, hanya berperanan mengurangkan beban kerja surirumah, tetapi sekarang ni, hampir 90% diswastakan kpd amah....hanya di tempat tidoq saja belum diswastakan kpd amah....yg lain tu, amah buat kerja.....sedangkan si isteri pi dok buat tanggungjawab yg 'sunat' dgn meninggalkan tanggungjawab yg 'wajib'.....

DUNIA OOOO DUNIA!!!!!

2 ulasan:

  1. Aku setuju sangat2 kat admin...perempuan kalau tak perlu kerja ,dok umah jaga anaklah bg yg pendapatan suami dah besar...sekurang2nya jawatan kosong tu boleh bagi anak2 muda yg ramai menganggur..kalau boring aktif dok umah sekali sekala aktif dlm NGO kebajikan dsbgnya...pahala dapat, badan sihat,keluarga pun manafaat..

    BalasPadam
  2. Klu dia nk sgt 1 amah 1 kerja dgn gaji min RM700, bg aku, suruh amah tu byr sewa rmh, api air, byr mkn minum n mana2 yg berkenaan. tak pun suruh dia cari rmh lain, jgn bg makan free kt rumah, mintak dia cari makan kat luar je.

    BalasPadam

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...