Blog Member

Khamis, 8 Mac 2012

sambungan - 'menceritakan yg betul' atau 'membetulkan cerita'

gambar tak ada kena mengena dgn tajuk
sblm hangpa baca ni, kena baca part 1 nya dulu di sini (klik tajuk di bawah)
Antara menceritakan yang betul atau membetulkan cerita....manakah pilihan anda??

berbalik kpd contoh kemalangan yg aku dah bawa pada tajuk yg lepas....so, persoalannya adakah hangpa sebagai saksi akan 'menceritakan yg betul' atau 'membetulkan cerita'???

keadaan hangpa sebagai saksi pulak adalah terlibat secara langsung dalam pertembungan kemalangan tersebut, yang mana hangpa naik salah satu kenderaan samada kereta si A atau si B.....dalam satu keadaan, jika menceritakan yg betul, hangpa mgkn tak dapat sebarang pampasan insuran, dan kalau membetulkan cerita juga hangpa kemungkinan akan hilang hak mendapat pampasan insuran sebagai penumpang akibat daripada kejadian....

ok...aku tinggalkan dulu persoalan tu untuk hangpa jawab ambik sendiri ikut kefahaman sendiri....cumanya aku nk bancuh pulak sini adalah akibat atau kesan daripada perbuatan.....

masa si A ambik keputusan nk potong double line tu, dia dah tentu punya pengiraan tersendiri....pertamanya yg akan dia kira iaitu jumlah kereta, keduanya kadar pecutannya atau kelajuannya, ketiga iaitu jenis kenderaan yg bakal dipotongnya, keempat pula iaitu bentuk jalan samada rata, selekoh atau berlopak dan akhir sekali pertimbangannya iaitu jarak kenderaan bertentangan di hadapan......

kadangkala semua pertimbangan itu diringkaskan hanya kpd satu sahaja iaitu "chances" atau dalam bahasa omputihnya dipanggil "peluang"....hahahaha....peluang hanya akan datang sekali pada satu2 ketika, kalau tak grab atau rebut masa tu....peluang akan hilang dan perlu tunggu peluang yg lain pulak...sedangkan hakikat tujuan sedang berada di hadapan iaitu nk sampai ke destinasi mengikut masa yg ditetapkan atau lebih awal ataupun ada lagi satu tujuan tersembunyi iaitu nk menunjuk power keretanya yg mgkn saja baru dibeli atau diubah suai atau dibaiki atau sebagainya.......

oleh kerana 'chances' itu lah, si A nekad utk ambil kesempatan dan ketika itu sebenarnya dia tahu bahawa ianya satu kesalahan, tetapi dgn peluang yg ada...padanya dia akan selamat memotong serta selamat sampai ke destinasi......dalam mengambil peluang itu juga, apa yg hanya ada di fikirannya iaitu 'kesan' kepada kejayaannya memotong sederet kenderaan di double line, tetapi tak akan ada di kepalanya 'kesan' sebenar sekiranya dia berjaya atau tidak berjaya...... apa itu kesan sebenar?

kesan sebenar jika dia berjaya memotong dan selamat masuk kembali ke laluan iaitu sebenarnya si A telahpun melakukan kesalahan dan tetap salah pada undang2.....walaupun dia selamat, kesalahan tetap satu kesalahan dan setiap kesalahan perlukan kpd hukuman.....cuma, harap ada lah polis trafik di hujung jalan....hehehehehe
di samping itu juga, kesan dan akibat lain walaupun dia selamat masuk kembali ke laluan iaitu boleh menyebabkan kemarahan kepada pemandu lain (C, D, E @ F) yg secara tiba2 terpaksa membrek utk bagi dia laluan....itupun kalau depa tu nampak signal yg dia bagi....mcm mana kalau dia langsung tak bagi signal utk masuk laluan??? lagi lah kena maki....tapi kesian jugak kpd yg dok maki si A tu sbb hangpa maki dalam kereta hangpa sendiri....si A haram tak dengaq apa yg hangpa maki....

lebih teruk kalau keadaan si C yg berada di hadapan membrek kereta dgn penuh kejutan, membuatkan si D yg berada di belakang penuh kegelabahan dan brek emergency dan akhirnya mengakibatkan kemalangan berlaku antara C dan D atau sesama C, D dan E.......sedangkan si A dgn bangganya memecut meninggalkan kesan kesalahannya ditanggung oleh C, D dan E...... dan sudah tentu itu juga tak ada dalam kotak fikiran si A masa dia nk potong double line tadi..... dan keadaan pertama akan kembali berlaku iaitu samada 'menceritakan yg betul' atau 'membetulkan cerita' di antara C, D dan E......

maka, sebenarnya 'menceritakan yg betul' dan 'membetulkan cerita' akan tetap memberikan kesan kepada semua pihak samada terlibat secara langsung atau tidak langsung.....begitulah juga kesan dari satu tindakan yg sepatutnya boleh dielakkan bermula dari si A sendiri sbb dialah sebenarnya pencetus kepada kejadian, walaupun penyebab kemalangan yg berlaku itu boleh jadi si A, B atau C sendiri......

ish....pening jugak no!!!! apa beza pulak 'pencetus kejadian' dgn 'penyebab kemalangan'....hahahaha.... pencetus kejadian iaitu pihak yg menjadi punca kejadian itu berlaku....pencetusnya hanyalah si A sahaja...manakala penyebab kemalangan boleh jadi si A, B atau C sbb masing2 boleh mengelakkan dari berlaku kemalangan....dah kalau tak elak, dia lah sebenar yg menjadi penyebab kemalangan....kalau si A tak memotong...kemalangan boleh dielakkan...kalau si B dah nampak A dan berikan laluan atau mengelak ke tepi, maka kemalangan insyaAllah tak berlaku dan jika si C berikan laluan kpd si A masuk balik ke laluannya...ianya juga insyaAllah boleh mengelakkan dari berlaku kemalangan.....

berbalik kepada KESAN....ianya adalah sesuatu yg sepatutnya dijangka kan...dan sesuatu yg boleh dielakkan....namun, kesannya amatlah jelas, besar dan merosakkan...... kerana apa? kerana tidak mahu mengikut panduan dan ketetapan yg telah ditetapkan oleh Allah melalui contoh Rasulullah.....

justeru itu jugak, dalam menghakimi sesuatu permasalahan atau situasi, jgn hanya melihatkan kepada isu yg mencetuskan kejadian....tetapi perlu juga melihatkan kepada KESAN atau akibat daripada kejadian yg dicetuskan.....maka segala kesan yg berlaku perlulah ditanggung oleh si A secara keseluruhan kerana tanpa tindakannya, kejadian insyaAllah tidak akan berlaku, kemalangan juga insyaAllah dapat dielakkan dan tiada kerosakan bakal ditanggung dan semuanya dapat berada di jalanraya dengan keadaan selamat dan menyeronokkan.......

peringatan kpd yg baca....kalau tak paham, buat2 saja paham!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...