Blog Member

Ahad, 11 Mac 2012

kesian 'TUPAI'!!!!!

berita : Saya simpati pada 'tupai' isu Kedah - TGNA
sumber : malaysiakini.com

petikan berita :
Dalam kenyataannya semalam, Nik Aziz juga secara sinis berkata, beliau bersimpati terhadap "tupai-tupai" yang melompat keseronokan ketika kemelut itu berputik kerana menjangka dapat "menikmati buahnya".

"Sayangnya, putik tidak menjadi masak, tupai pula jatuh kehampaan," katanya lagi tanpa menamakan dengan jelas pihak terbabit.


Tok Guru Nik Aziz apabila melontarkan ayatnya, pasti akan dijadikan buah bicara. Terkadang terlalu amat dalam maksudnya sehingga perlu menggunakan segala ilmu di dada bagi mencari penafsiran yg sesuai dan tepat dgn suasana....itulah salah satu kelebihan yang ada padanya yg terkadang pula dijadikan isu oleh puak2 umno utk menyelewengkan fakta....sedangkan yg depa (puak2 umno) tak sedar, depa telah membantu mempopularkan apa yg dikatakan oleh TGNA sehingga masing2 mencari jawapan melalui kitab2 ilmiah, makalah dan sebagainya....dan apa yg aku boleh pastikan, kebanyakan orang yg mencari jawapan akan bertemu dgn jawapan yg selari seperti apa yg diperkatakan oleh TGNA...... menariknya juga apabila bahasa-bahasa kiasan TGNA tepat mengenai sasaran walaupun bahasa yg dipakai adalah sesuatu yg 'common' pada pendengaran kita spt gambaran 'tupai' yg disebutkan di atas

TGNA terus terang menujukan simpati beliau kepada 'tupai-tupai' yg jatuh kehampaan kerana putik buah tak sempat nk masak......hahahaha....sungguh indah dan tajam bahasa kiasan ini.....dan bila sebut tupai ni, aku teringat lagu 'anak tupa (tupai)' < klik SINI utk dengar>..... yg dinyanyikan oleh Halim Yazid melalui genre dikir barat Kelantan.... sebenarnya itu jugak lagu kegemaran aku hinggakan aku ulang dengar dalam kereta sepanjang perjalanan aku balik dari KL ke Alor Setar bersama beberapa sahabat selepas menghadiri 'demo anti Israel' pada tahun 2006 iaitu ketika perang Hizbullah-Israel

ok...berbalik kpd kisah 'tupai' di Kedah....sebenarnya TGNA tak tujukan secara khusus siapa yg dimaksudkan sebagai tupai tersebut.....cuma di sini, aku nk buat andaian penyesuaian berdasarkan situasi dan keadaan. dgn andaian tu, barulah kita boleh agak....siapa itu 'tupai'.....hahahahaha

tupai ni memang terkenal dengan 'kejahatannya' tebuk buah.... ungkapan yg ditujukan kpd 'anak dara' yg sudah 'terpakai' secara tidak sah juga dikiaskan dgn kata 'sudah ditebuk tupai'....selain dari itu, tupai juga dikiaskan dgn orang2 yg dok suka buat kerja jahat dgn kata 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua'....kesemua maksud 'tupai' dalam semua ayat tersebut menjuruskan utk mengkiaskan kepada segolongan manusia yg 'jahat perbuatannya'....

apa kerjaan tupai ni??? tupai ni tak ada kerja lain....tugasan utamanya iaitu merosakkan buah...walaupun sebenarnya tujuan si tupai bukan utk merosakkan sbb dah memang sunnatullah Allah jadikan cara cari makannya begitu...tetapi perbuatannya itu dianggap sebagai merosakkan pada sisi manusia....sbb apa merosakkan??? sbb kadang kala buah hanya ditebuk dan dibiarkannya hingga menjadi rosak...lepas ditebuk, si tupai akan beralih ke buah lain pula.... buah2 yg ditebuk si tupai sudah tidak lagi bernilai dan kadangkala langsung tak boleh dimakan kerana sudah rosak keseluruhan..... begitu juga kerja jahat si tupai ni adalah merosakkan bunga dan putik buah..... dan pentingnya juga kita tau perangai si tupai ni, dia boleh tebuk pelbagai jenis buah tak kira samada berduri mcm durian atau putik buah manggis yg belum ada isi.....kerja dia tebuk saja...lepas tu tinggal....dia tak kira buah tu elok atau tak elok....janji boleh tebuk sudah jadi kepuasan..... dan disebabkan itulah juga, tupai dijadikan sebagai sejenis musuh kepada tuan tanah, tuan dusun  buah2an dan tuan tanaman hinggakan para tuan ini sanggup melancarkan 'perang' dgn bergolok berparang, malah bersenapang semata2 utk menjaga tanaman supaya tidak dirosakkan tupai yg berkejaran......

kalau dalam Disney World, si tupai memang jadi pujaan melalui watak 'Alvin and the Chipmunks' yg konon pandai menyanyikan lagu.....kalau dalam dunia sebenar, tupai memang jadi musuh manusia.....

berbalik kpd isu dalam negeri.....agak2 hangpa, puak2 manakah yg boleh digandingkan dengan kiasan 'tupai' tu??? hangpa sendiri jawablah..... cuma yg aku nk bagitau....buah tak pernah kacau tupai, tapi tupai yg dok kacau buah....walaupun buah tu berduri mcm buah durian, isinya tetap sedap dan jadi keutamaan....walaupun ada yg terluka tangan nk koyak buah durian, masih lagi dia nak makan.....tapi kalau tupai, dia bukannya nk makan sangat pun, cuma perangai dan perbuatannya yg menjahanamkan....dan paling aku harapkan semoga si tupai-tupai dan gerombolannya itu segera ditembak supaya tidak beranak pinak dan lebih menjahanamkan.....

catatan aku hari ini disebabkan oleh ada sorang kawan aku msg minta aku bancuh skit pasai tupai ni....kalau tidak, tunggu sehari dua lah sbb kelmarin (jumaat), bapak mertua aku dijemput pulang bertemu Khaliqnya.... semoga sidang pembaca dapat bersedekah pahala bacaan surah al Fatihah kepada bapa mertua aku bernama Haji Abdul Aziz yg menghembuskan nafas akhir pada lebih kurang jam 11.50 pagi Jumaat 9/3/2012 @ 16 Rabiulakhir 1433H.....(sengaja aku catatkan lengkap supaya menjadi kenangan dan ingatan)

1 ulasan:

  1. ulasan yang bernas serta mantap.semoga allah swt menempatkan allahyarham hj.abd aziz dikalangan umat yang dirahmatinya.al fatihah amin.

    BalasPadam

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...