Blog Member

Sabtu, 3 Mac 2012

isu di Kedah bantutkan jentera pilihanraya - Mahfuz


berita : PAS akui kemelut di Kedah bantutkan jentera Pakatan
berita penuh :  SINI

Mahfuz Omar, selaku Naib Presiden PAS serta salah seorang pimpinan PAS dari negeri Kedah sudah tentu menerima laporan2 dari peringkat bawahan atas apa yg berlaku kini....dan aku bersetuju dgn pendapatnya bahawa semua yg berlaku sikit sebanyak membantutkan persiapan petugas menghadapi PRU 13

bukan itu saja, isu ini yg menjalar ke seluruh pelusuk warga PAS Kedah, tetap diikuti secara rapat dan dekat oleh ahli PAS seluruh negara....aku sendiri tak larat dah nk menjawab soalan yg bertalu2 samada melalui facebook atau email atau melalui sms, apatah lagi yg terus telefon.....bukannya tak mau nk jawab, tapi tak mau nk cerita sbb tak tau nk cerita......

ada jugak yg tuduh macam2....ada yg menyatakan sokongan kpd sebelah sini ada yg menyokong sebelah sinun....aku pulak tak sokong mana2 pihak, tetapi lebih penting bagi aku adalah keutuhan parti dan kebaikan jama'ie...... terkadang, biarpun pendapat kita benar....tetapi disalurkan melalui cara yg tidak betul atau tidak kena....pendapat yg benar tadi akan jadi salah pada cara

ada jugak yg dok tanya, aku dok belah mana??? hahahahaha.....itupun aku tak larat nk jawab dah la....aku ni ahli PAS, aku isi borang ahli jadi ahli PAS....tak pernah aku isi borang jadi penyokong mana2 individu @ pemimpin parti.....dalam PAS ni, kalau sokong mana2 individu, boleh dapat berapa RM sebulan atau boleh dapat projek banyak mana??? hahahahaha......tak payah lah dok tanya aku soalan bodoh mcm tu....sesiapa saja yg buat kerja yg boleh merosakkan parti adalah seteru aku...titik

berbalik kpd apa yg Mahfuz kata tu....mmg benar ianya berlaku...bukan sahaja kpd petugas, ahli2 biasa, penyokong dan pengundi juga sedang bertelagah sesama sendiri.....kemudian, ditambah pulak puak2 tukang adu domba dan musuh terutamanya umno dan media depa.....makin lah tak jadi kerja kami jentera parti sbb dok jawab isu tak habis2.......

maka saranan aku kpd hangpa semua.....ingatlah....ini parti bukan parti Sendirian Berhad yg boleh nk dibawa semua agenda peribadi ke dalam parti....kami semua yg bertugas di dalam parti bukannya pekerja yg dibayar gaji dan jangan sekali2 mempersoalkan kesetiaan kami kpd parti dan juga jgn sekali2 merosakkan kepercayaan yg telah kami beri.......setiap ahli parti PAS mempunyai hak yang sama, tidak ada 'gold class', 'second class' atau 'low class' dalam PAS......

Tiada ulasan:

Catat Komen

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...