Blog Member

Sabtu, 3 Mac 2012

Tiada sebab kami menentang pentadbiran Ust Azizan - Tuan Guru Awang Lanai, YDP PAS Baling

klik gambar utk besarkan
berita : Jangan Khianati Perjuangan


menarik apa yg diperkatakan oleh Tuan Guru Awang Lanai iaitu dengan kata2 beliau seperti berikut :
"Tiada sebab untuk kami menentang pentadbiran Azizan. Saua ingin tegaskan kami bimbang perbuatan dan tindakan mengganggu gugat kerajaan dan parti yg sedang berlaku sekarang ini boleh membawa mereka ke dalam golongan 'Bughah' (penderhaka) yang amat berat hukumannya di sisi Islam"

sudah tentu apa yg disebutkan oleh seorang yg terlalu amat lama dalam PAS dan mengetahui segala selok belok perjuangan PAS dan sejak puluhan tahun telah menginfakkan diri ke dalam perjuangan ini membawa erti yg amat dalam.....

beliau juga dipetik sebagai berkata sikap yang bermotifkan kepentingan peribadi dan perbezaan pandangan yang ada sehingga menatijahkan tumpuan dan sokongan rakyat menghadapi PRU 13 amatlah dikesali.... 

Tuan Guru Awang Lanai merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kedah yang tidak bersetuju dengan tindakan yg boleh memecahbelahkan perpaduan parti walau apa pun alasannya, tindakan sedia ada kini sebenarnya tidak membantu menyelesaikan sebarang permasalahan....tetapi sebenarnya lebih kepada membinasakan......

aku tak berniat nk bancuh banyak sbb apa yg diperkatakan adalah amat jelas dan syabas aku ucapkan juga kepada PAS Kawasan Baling yg menzahirkan sokongan tidak berbelah bagi demi perpaduan ahli parti dan demi kelansungan pentadbiran negeri.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...