Blog Member

Ahad, 4 Mac 2012

Tokoh PPP akan sertai PAS, adakah ianya Kamal Batcha???

berita : Tokoh PPP akan sertai PAS
Harakahdaily, 02 Mac 2012
sumber : SINI

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Seorang bekas ahli majlis tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP) akan menyerahkan borang menyertai PAS secara rasmi dalam masa terdekat.

Beliau dijangka mengetuai penghijrahan beramai-ramai ahli PPP ke dalam PAS termasuk menjadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Difahamkan, beliau yang juga bekas ketua salah satu bahagian PPP di SElangor itu akan menyerahkan borang keahlian PAS berserta lebih 500 yang lain secara rasmi kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada satu majlis di Klang pada 10 Mac ini.

Kesemua mereka adalah ahli PPP daripada 15 cawangan di Klang.

Malam tadi, individu berkenaan dibawa ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut bagi diperkenalkan kepada pimpinan dan AJK PAS Pusat yang berkebetulan bermesyuarat malam tadi.

Antaranya beliau bertemu dengan Mohamad Sabu, Dr Siti Mariah Mahmud dan juga Mazlan Aliman.

Beliau telah bersama PPP lebih empat tahun. Sebelum bersama PPP, beliau bersama Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) selama 13 tahun dan pernah menjawat jawatan sebagai setiausaha agung.
-----------------------------------------------------------------------------


adakah individu tersebut adalah Kamal Batcha (gambar atas)???
jika berita di bawah ini diambil kira, itulah kemungkinan yang ada......
----------------------------------------------------------------------------------------
Maglin sahkan terima surat letak jawatan Kamal Batcha


KUALA LANGAT 22 Feb. - Naib Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Maglin Dennis D’Cruz mengesahkan anggota majlis tertinggi dan Ketua Bahagian Kota Raja parti itu Kamal Batcha Noor Mohideen telah meletakkan semua jawatan parti.

Beliau berkata, surat peletakan jawatan Kamal Batcha dihantar ke ibu pejabat PPP pada Isnin.

"Kami menerima surat peletakan jawatan daripada Kamal (meletakkan jawatan daripada semua jawatan dalam PPP) dan beliau bukan lagi anggota PPP,” katanya kepada pemberita selepas melawat penempatan Orang Asli di Kampung Sungai Bumbun di sini hari ini.

Maglin mendakwa, Kamal Batcha telah melemparkan tuduhan liar dan tidak berasas terhadap beliau, kesemua anggota majlis tertinggi parti dan juga BN Kota Raja menerusi surat peletakan jawatannya itu.

"Beliau telah mengkritik saya dan anggota majlis tertinggi PPP menerusi surat itu, menyatakan alasan bagi peletakan jawatannya. Saya menimbangkan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Saya telah berjumpa peguam saya mengenai perkara ini,” katanya. - BERNAMA

sumber : SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...