Blog Member

Selasa, 25 November 2014

Gaji RM5juta setahun hanya dengan menjadi dalang???

terkejut aku baca berita ni!!!!..... biaq betoi!!!!....

Pendedahan oleh seorang orang kuat UMNO iaitu yang bernama Zaharin Mohd Yassin yang berjawatan sebagai Setiausaha Kerja Barisan Nasional Bandar Tun Razak ini sungguh sesuatu yang amat mengejutkan.... apa tidaknya...hanya dengan menjadi dalang kepada sindiket pekerja asing, boleh memperolehi pendapatan hingga RM5juta setahun.....


Malah, lebih mengejutkan apabila pendedahan dibuat dengan mengaitkan pekerja di kementerian yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan warganegaranya.... jika benar berlaku pembabitan dan penyalahgunaan kuasa itu, aku rasa....hukuman yang layak hanyalah dilucutkan kewarganegaraan kepada manusia-manusia terbabit.....

inilah sebenarnya rupa bentuk pentadbiran kerajaan Malaysia yg diterajui oleh UMNO bersama BN... apa sahaja yg berlaku ibarat "sudah terantuk baru nak terngadah".... kalau tak jadi sesuatu...tak apa...masing-masing pakat sapu....tapi kalau dah jadi, baru lah orang itu nk bersuara...orang ini nak bersuara....aku pinjam ayat Tun Musa Hitam yg maksudnya dulu (masa kes Memali), dia tak berani dedahkan yg Tun M ada dalam negara....sebab takut dituduh dan difitnah (merujuk kes Anwar Ibrahim)..... tapi la ni, dah tak ada apa-apa jawatan, tak ada kuasa, baru lah berani nak dedah.... 

ini semua membuktikan, nyawa rakyat hanya mainan sahaja.... yang penting, dapat duit...ada kuasa dan ada pengaruh..... kebenaran tak perlu diutamakan..... tambah pulak lagi, dgn Akta Hasutan la ni.... rasa tergugat sahaja.... guna akta dan undang-undang bersifat drakonian tu.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...