Blog Member

Ahad, 15 Januari 2012

Macam duduk di Padang Arafah - TGNA

berita penuh : malaysiakini.com / harakahdaily.net


"Macam duduk di Padang Arafah", itu kata pembukaan TGNA ketika menyampaikan ucapan beliau dalam majlis yg boleh dikatakan sebagai  perhimpunan terbesar ahli dan penyokong PR sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 pada 14/1/2012 kelmarin....

dalam berita Malaysiakini pulak, disebutkan sebagai satu pandangan memukau dari ketayap putih yg dipakai oleh hadirin yg dianggarkan lebih 50 ribu org....dan sepanjang 14/1/2012 adalah hari paling sesak di Alor Setar sejak pagi hingga ke malam....mana tak sesaknya, Konvensyen berjalan dari pagi sampai ke malam dgn kehadiran dari seluruh negara, TPM pula diberitakan turun ke Perlis dan hampir sejat jugak puak2 umno Kedah pakat berbondong-bondong ke sana....sebelah malam pulak, ada Rapat Rakyat Perdana tu dan bertembung pulak dgn perlawanan bolasepak Kedah lwn Kelab Singapore Lion XII....mmg sesak gila Alor Setar semalam nih....

dan memang tak dinafikan lagi bahawa umno menerima tekanan demi tekanan la ni....pada 13/1/2012, seluruh kawasan di negeri Kedah dah buat pra-konvensyen dgn majlis ceramah serentak di seluruh negeri oleh pimpinan PR yg hadir ke Kedah.....aku sempat jugak ke majlis ceramah di Pekan Tanah Merah, Pendang... walaupun tak berapa ramai...tapi boleh jadi sebagai titik mula ke arah PRU 13.....kira 'warming-up' lah

apa yg jelas, insyaAllah umno bakal ditolak sekali lagi dalam PRU 13 nanti di Kedah khususnya....

tapi heran jugak ya....apa pasai akhbar pro-umno tak berani nk lapor berita yg mcm ni...tp ada lah jugak yg lapor kata konvensyen bermula hambar....baca SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...